Sunday, July 10, 2011

SAMIQNA WAATOQNA..KATA PAS PADA AMBIGA

Prestasi demonstrasi jalanan bersih pada tahun ini amat mengecewakan jika dibandingkan dengan bersih 2007. Jumlah kehadiran merosot hingga berkurang 10x ganda dari bersih 2007. Senario 2007 jauh berbeza dari senario 2011. Era Pak Lah dulu, majoriti ahli umno hanya berpeluk tubuh membiarkan rakyat keluar dijalanan berapa ramai pun yang mereka mahu.

Semalam, seorang ulamak terkenal, Haji Hadi telah didapati berbohong kepada KDYMM. Sebelum ini Hj Hadi telah menyambut baik dan akur dengan nasihat yang telah diberikan oleh KDYMM supaya tidak melakukan demonstrasi jalanan. Semalam Hj Hadi melanggar janjinya kepada sultannya sendiri hingga dia ditangkap.

Anwar pula, walaupun sudah berumur 63 tahun dan pernah sampai ke taraf TPM, tetapi dia masih berminda undergraduate, terikut-ikut dengan gerakan mahasiswa seolah-olah dia masih lagi undergraduate. Caranya tidak pernah berubah dari dulu. Semasa gerakan pelajar dulu, dia menarik perhatian rakyat dengan cara menyebar berita karut, ada penduduk Baling yang mati kebuluran. Kali ini dia masih melakukan pendekatan menipu dengan menyebar cerita dia cedera ditumbuk polis. Nak bagi suspen, dia twit dalam twitter, kata dia akan buat city scan. Tujuan dia sebar dalam twitter adalah supaya penyokong dan rakyat akan speculate macam-macam dan menyalahkan polis yang mereka label sebagai anjing upahan kerajaan.

Hanya satu saja 'kisah benar' sepanjang dia menjadi penentang kerajaan, iaitu dia ditumbuk dan ditempeleng oleh Rahim Noor. Itu pun akibat dari mulut celuparnya dengan menggelar Rahim Noor anjing kerajaan. Lain-lain cerita yang keluar dari mulutnya boleh dikatakan bohong belaka.

Cerita layanan buruk di Sungai Buluh. Kisah Tun M mengarahkan polis cucuk dia dengan kuman HIV. Tuduhan bahawa pihak kerajaan cuba membunuhnya dengan racun arsenik. Menyebar gambar super-imposed Najib dengan Altantunya. Ahhh....banyak lagilah. Malas nak ulang.

Pendek kata, Anwar memang tidak pernah jujur dalam perjuangannya. Itu sebabnya barangkali Allah cabut kekuasaan dari tangannya sekelip mata. Semua langkah politik untuk jadi popular, boleh dikatakan mengikut jalan salah dan haram belaka. Tipu, bohong, fitnah dan dusta sangat sinonim dengan perjuangan Anwar. Kita tengok nanti apa dia cakap, apa pasal dia masuk Hospital Pantai. Yang pasti dia akan tuduh kerajaan. Dia yang claim dia cedera tapi dia suruh pulak pentadbiran Najib jawab kenapa dia cedera.

Lim Kit Siang pula langsung tak nampak muka dalam demo Bersih hari ini, selaras dengan arahannya kepada kaum cina DAP supaya jangan keluar demo.

Ambiga pula adalah kambing hitam Anwar untuk bersih kali ini. Sebelum PRU 12 dulu Anwar dapat peluang kudakan Hindraf. Kali ni Hindraf dah rosak imej. Itu sebab kali ini Anwar tak tunggang Hindraf, sebaliknya tunggang Ambiga.

Tapi percaturannya juga silap. Dalam bijak-bijak dia menyusun strategi dia lupa Ambigalah orangnya yang mempertahankan penganut Islam yang murtad. Ambigalah orangnya yang ingin menyamaratakan agama Islam dengan lain-lain agama di negara ini. Ambigalah orang yang mempertikaikan perlembagaan negara yang melindungi kesucian agama Islam dan penganutnya.

Mereka-mereka yang mendahulukan kepentingan kuasa dan politik tidak akan tersentuh hatinya dengan semua isu yang jelas menghina islam ini. 

Pas juga jelas telah membakulsampahkan semua isu Ambiga yang sepatutnya diperangi ini demi 'hubud dunia' yang tidak lagi dapat dibendung.

Semalam dengan rasminya PAS telah menggadaikan agama islam hingga ke celah kelangkang, apabila 'samiqna waatoqna' dengan arahan pembela golongan murtad.

2 comments:

  1. Just hope kita tak jadi mcm Pak Kaduk.. MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI..

    ReplyDelete
  2. arrayah.info - Larangan Mengadakan Hubungan dengan Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan

    ReplyDelete