Friday, February 17, 2012
PAKATAN HAMPIR PASTI KALAH PRU13
Semakin hampir dengan PRU13, semakin nampak ketara nasib mungkin tidak menyebelahi pembangkang. Riak-riak tidak baik yang bakal menimpa pakatan semakin jelas menampakkan bukti. Ada saja kesalahan, kesilapan dan isu-isu tak dijangka muncul satu demi satu yang menyebabkan pakatan semakin tertekan. Kebanyakan kesalahan atau isu "backfire" baru muncul ini semuanya terhasil dari "kesilapan" pemimpin pakatan sendiri. Macam Malaysia lawan Bahrain la. Kalau nasib memang tidak menyebelahi, ada saja kesilapan tanpa dirancang yang berlaku menyebabkan Malaysia kalah, walaupun pada awalnya kita sudah mendahului 2-0. Nasib inilah yang dikatakan ketentuan dan takdir tuhan.
Riak-riak dan tanda kekalahan Malaysia sewaktu menentang Bahrain sebenarnya sudah boleh dibaca sejak awal permainan lagi. Walaupun pasukan Malaysia bermain baik, tapi ada saat-saat tertentu pertahan Malaysia begitu mudah dibolosi. Saat-saat berlaku kecuaian inilah yang telah digunakan sepenuhnya oleh Bahrain untuk menambah gol demi gol. Riak-riak kekalahan pakatan pembangkang ini juga boleh kita baca dari kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang. Siapa sangka BN dapat rezeki harimau bila tak semena-mena Anwar keluar kenyataan "akan berbuat apa saja untuk menjamin keselamatan Israel" jika pakatan berkuasa. Siapa sangka mahkamah yang dikatakan dicucuk hidung oleh pemerintah, boleh membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat atas alasan teknikal.
Segala rancangan meraih simpati jika Anwar dipenjara telah terbatal. Siapa sangka Anwar sanggup dicalit "nandek" di dahi dan meraikan upacara mengusung api dalam majlis Thaipusam. Kelam kabut blogger pakatan superimposed gambar Najib pakai "nandek". Siapa sangka kerajaan pakatan Selangor akhirnya terbukti tidak berani untuk bersikap telus seperti tuduhan yang sering dilabel kepada UMNO, apabila muncul isu curi pasir yang membabitkan yb-yb DAP hingga membawa kepada kematian misteri Patrick Wong.
Koordinasi politik pakatan juga semakin bercelaru dan kelihatan sukar untuk melakukan "damage control". Permainan politik keterlaluan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS telah menyebabkan pemimpin dan penyokong rakan pakatan berlaga ideologi sesama sendiri. Bila Anwar sokong Israel untuk kembalikan kepercayaan Amerika dan rakan yahudi kepada dia, hakikatnya telah menyebabkan PAS tersepit di antara ikatan sesama pakatan dan ideologi perjuangannya. Bila Hasan Ali menunjukkan ketegasan dalam isu DUMC, DAP pula yang melenting. Bila DAP melenting, PKR melompat dan akhirnya PAS juga yang terpaksa buat keputusan pecat Hasan Ali tanda akur.
Tindakan DAP merekrut seramai mungkin melayu ke dalam DAP jika berjaya, akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pengaruh PKR dan PAS di kalangan orang melayu. Tindakan ini hanya akan menyebabkan berlakunya budaya tarik menarik sokongan melayu di dalam kandang sendiri kecuali jika DAP berjaya menarik melayu yang tidak menyokong mana-mana parti melayu sedia ada. Semua konflik luar jangka yang muncul di kalangan pakatan pembangkang ini akan menyebabkan pengundi atas pagar hilang keyakinan terhadap kemampuan pakatan pembangkang untuk mengambil-alih Putrjaya. Jika pakatan pembangkang gagal menyaingi persefahaman yang terbentuk sekian lama di antara sesama komponen BN, dan pakatan mereka terus bercelaru tidak keruan, besar kemungkinan pengundi atas pagar yang menjadi faktor penentu siapa yang harus menjadi kerajaan akan memberikan sokongan mereka kepada BN secara status quo.
Jika ini yang terjadi, maka jelaslah kepada kita bahawa mungkin takdir tuhan akan terus menyebelahi BN pada PRU13 nanti. Di dalam proses penentuan takdir ini, satu demi satu kesilapan dan kelemahan ketara dan tidak dijangka terjadi di pihak pembangkang dan ia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Inikah yang dimaksudkan oleh ayat Allah yang bermaksud "Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang dikehendakiNya". "Allah berhak memulia dan menghina sesiapa yang dikehendaki".? Golongan yang paling rasional dalam membuat keputusan adalah golongan atas pagar. Penyokong tegar ke dua pihak, BN dan pakatan akan tetap menyokong parti meerka walau apa pun terjadi. Golongan atas pagar ini sedang memerhatikan tingkahlaku ke dua belah pihak. Siapa yang pada penilaian rasional mereka "tak elok laku" pasti tidak akan dapat sokongan mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment