Kit Siang & Guan Eng bersama keluarga besar di Tanah Besar China
Semua rakyat di mana-mana negara pun kalau boleh, mahu pendidikan percuma.
Kalau Malaysia boleh memberi barang keperluan dapur secara percuma kepada seluruh rakyat yang berpendapatan di bawah RM1500 sebulan, adalah lebih baik. Jika ia dilaksanakan, maka tiada mana-mana negara yang mampu berbuat sepertimana keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap golongan berpendapatan rendah.
Malah Malaysia akan menjadi lebih baik dari Norway dan switzerland.
Tapi apa boleh buat. Malaysia dan tiada mana-mana negara yang mampu berbuat demikian. Tiada mana-mana manusia pun yang beraknya seperti lembu, makannya seperti kancil.
Kalau hapuskan belanja dapur pun tidak mustahil. Tapi rakyat kena bersedia makan di restoren yang lebih tinggi kosnya. Melainkan jika dapat dicari formula bagaimana untuk berhenti makan.
Begitu juga dengan penghapusan pinjaman PTPTN. Ia boleh dilakukan. Tapi, bolehkah rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan sehingga 50% dari jumlah pendapatan? Atau, satu lagi caranya, tak payah belajar tinggi-tinggi atau tak sekolah langsung.
Kalau nak berjanji tu boleh, bukan tak boleh. Tapi mesti di dalam kemampuan, agar janji boleh terlaksana dan ditepati. Janganlah berjanji seolah-olah ada kuasa dan kelebihan seperti tuhan, yang boleh menghidup dan mematikan, yang boleh memberi rezeki dari sumber yang tidak diketahui.
Janji nak bantu anak tadika pun gagal. Janji nak bantu orang tua, janji nak bantu orang muda belanja kahwin dan janji nak bagi sumbangan RM1000 sambung belajar universiti pun kerajaan PKR gagal. Inikan pulak mahu janji hapuskan RM43 Billion PTPTN.
Anwar jangan nak tangkap rakyat guna cara yang sama nak tangkap binatang. Nak tangkap anak ayam bagi umpan padi. Nak tangkap burung, umpan pisang dalam sangkar. Nak kandang lembu, letak rumput napier dalam kandang.
Nak tangkap sokongan golongan pengundi muda, umum hapus PTPTN! Tidakkah tindakan Anwar ini suatu tindakan yang cuba menyamatarafkan anak muda dan terpelajar setaraf dengan binatang?
Anwar... Aku cakap baik-baik ni. Tolonglah berhenti dari kerja-kerja memperbodoh-bodohkan minda rakyat. Jangan samakan otak insan di Malaysia dengan otak binatang yang tidak berakal yang terlalu mudah untuk ditipu.
90% IPTS di negara ini dimiliki oleh cina yang mana undi golongan ini terlalu penting buat kamu. Tanpa undi cina, PRU2008 dulu PKR tak boleh dapat lebih dari 10 kerusi parlimen pun. Apakah kamu ingat semua cina-cina yang sokong kamu tu, anak mereka belajar bayar sendiri? Semua tu lapar duitlah! Sama macam melayu dan india jugak! Tanpa PTPTN, 60% anak cina mungkin tak mampu nak masuk universiti pun!
Itu sebab Lim Kit Siang dan LIm Guan Eng adalah di antara ahli Dewan Rakyat pertama yang menyokong pembentukan akta PTPTN di Parlimen.
Anwar sedang menyamatarafkan pemikiran melayu, dina dan India di Malaysia setaraf dengan otak haiwan.
LIM Kit Siang dan Karpal Singh kena ambik maklum perangai Anwar ni. Otak kamu berdua pun tidak terkecuali telah disamatarafkan dengan dengan otak binatang oleh Anwar Ibrahim.
anwar ni yg sebenarnya otak binatang...
ReplyDeletetabiat binatang yg kekal kat anwar ni ialah kencing merata-rata...
pejuang hamas...
Dear Blogger,
ReplyDeleteYour bigotry and prejudice amazes me.
Wishing you continued success in life and afterlife,
--Anon
Tadika PASTI pun PAS kasi charge, bukan free tau Anwar Ibrahim, macam mana mau bagi hapus PTPTN?
ReplyDelete