Apa Anwar kata...?
Tindakan anak muda membawa bendera SANG SAKA MELAYA dan kemudian memperkenalkan kepada orang ramai bertujuan untuk memberitahu bahawa bendera tersebut ada semangat pejuang di dalamnya.
Dia setuju dengan tindakan mempertahankan bendera itu kerana dakwanya ia merupakan sebahagian dari sejarah negara.
Itu namanya taada kerja cari kerja. Taada masalah cari masalah. Taada penyakit cari penyakit. Taada isu cari isu. Suka cari hal dan tak habis-habis nak buat hal.
Perangai macam anak tak cukup ajar. Siang malam menyusahkan emak bapak. Ada sqja perkara yang dia buat yang menyebabkan emak bapak susah hati, tak tidur malam.
Kejap kena tahan kes mat rempit. Kejap polis datang rumah bagi tau anak accident motor, kaki patah. Dah elok sebulan dua dah kena tahan lokap pulak. Kes hisap dadah. Tulat dah kena lagi. Kes curi motor pulak.
Perangai tak boleh ditegur langsung. Dia saja yang betul. Tegur sikit melenting. Tuduh pulak mak bapak tak amik tau pasal dia. Asyik nak marah tak sudah-sudah. Adik beradik lain taada mak bapak marah pun. Elok je...
Budak-budak tak makan ajar dan tahu dia saja yang betul dan semua orang lain salah, memang selalu memberontak. Walhal mak bapak bukan tak tau nak fikir. Bukan nak mendiskriminasi atau pilih kasih. Tapi macam mana mak bapak nak letakkan kepercayaan jaga syarikat pada anak yang hisap dadah macam ni. Macam mana mak bapak nak serah hak milik tanah awal-awal. Kalau bagi awal silap-silap kena jual.
Mak bapak tau setiap inci perangai, lagak dan tabiat setiap seorang dari anak-anak. Mak bapak tau bila dan kenapa dia bertindak atau membuat sesuatu keputusan. Maka bapak tau apa yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka. Ada juga mak bapak yang gila dan tidak mengikut rasmi seorang mak bapak. Ada juga yang macam haruan makan anak atau macam menyusukan kera di hutan. Tapi berapa kerat sangat?
Dalam dunia ni mana-mana pemimpin yang jelas zalim dan mengkhianati rakyatnya bukan lama pun boleh memerintah. Tak lama. Satu hari pasti kena guling dengan rakyat. Memang wajib pun dijatuhkan. Serupalah macam mak bapak yang gila dan zalim.
Cuba bayangkan. Bendera rasmi negara dah ada. Kenapa perlu dibangkit dan diungkit bendera Sang Saka Malaya? Dalam bendera rasmi tersebut segala saka mak bapak, tok nenek semangat juang pun ada. Koreklah segala semangat juang tu kalau mau.
Nak mempertahankan Sang Saka Malaya kerana ia sebahagian dari sejarah? Burxxla...
Ape...dalam bendera Jalur Gemilang tu taada mesej sejarah? Segala mak bapak tok nenek sejarah sudah terkandung di dalam Jalur Gemilang. Cuma mereka yang tak tau sejarah dan tak sedar dek untung. Mereka yang sebenarnya tidak ada perasaan patriotik dan tidak ada perasaan taat kepada negara.
Kejahilan tentang sejarah negaralah yang menyebabkan mereka bertindak mempermainkan bendera negara dan mengambil enteng suatu lambang kebanggaan yang sangat penting bagi negara.
Pandainya tak boleh diikut, bodohnya tak boleh ditunjuk-ajar. Mak bapak yang melahirkan mereka diperlekehkan dengan menunjukkan kasih sayang kepada, kononnya "mak bapak angkat" mereka yang lebih bertanggungjawab dan mempunyai daya juang untuk menjaga mereka.
Hakikatnya mereka bukan mahu memperkenalkan dan mengingati Sang Saka Malaya, tapi mereka mahu memperlekeh dan menghina apa saja yang dilakukan "untuk dan demi" negara oleh pemerintah yang tidak pernah dipersetujuinya. Itu saja.
Tapi belit dan tipu helahnya sungguh mengelirukan dan mampu menipu para pengikut yang jahil dan berjiwa hamba. Itu sebab pengikut mereka terlalu mudah diperkudakan. Penyokong jahil dan taksub ini tidak mampu lagi untuk berfikir dan tidak mampu lagi membezakan di antara ketaatan kepada negara dan ketaatan kepada pemerintah negara.
hang saja la yg pandai..
ReplyDeleteSenjata makan tuan akhirnya.. Tu lah kalau berbuat sesuatu tu berpada-padalah.. Ada limit.. Kini strategi Nuar menyemai rasa kebencian terhadap UMNO/BN, PM, isteri PM dan kerajaan secara berlebihan sedikit hari lagi akan bertambah menyusahkan dia..
ReplyDeleteKebencian akan terarah kepada dia pulakkkkkkk!!!
Tambahan buku Sodomy hasil karya Mark Trowell dah keluar..habis kau Nuar, Rakyat semakin sayang kepada PM.
Buatlah taktik sedih dan meraih simpati selepas ini.. kalau tidak.. tak yah sertai PRU13.. lingkup mu..