"Tidakkah umat Islam membuang masa menyertai perhimpunan membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina agama itu"? -Koo Ham, DAP.
Tegas Nasharudin Mat Isa, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".
Mana suara pauk-puak Anwarinas dalam PAS dalam soal kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh Koo Ham DAP? Mana suara Mat Sabu, Khalid Samad dan suara dan lidah Anwar yang lain?
Kenapa begitu tegas dan begitu cepat melenting bila Ust Nasha megeluarkan kenyataan balas terhadap Karpal Singh yang begitu tegas mempertahankan Islam dan prinsip perjuangan PAS?
Puak Anwarinas PAS ini begitu takut akan terjadinya kemurkaan tuhan-tuhan Karpal dan Koo Ham melebihi ketakutannya akan kemurkaan Allah tuhan Semesta Alam.
Jalan yang lurus terbentang luas, jalan yang sesat juga yang dipilih oleh puak Anwarinas PAS.
Semua ini demi kerana mahukan kuasa, takut kehilangan sokongan dan takut kehilangan saki baki kuasa yang masih ada.
Sebijak-bijak Anwar mengikat ekor PAS dan DAP, tidak terlawan juga akan hikmah dan maha bijaksananya Allah.
Hanya dengan terbitnya youtube 13 minit "innocence of muslims", umat Islam Malaysia mampu melupakan dendam dan perbezaan fahaman politik yang sengaja diwujudkan oleh Anwar bagi menjauhkan sokongan umat Islam di Malaysia terhadap UMNO.
Begitu cermat Anwar menyusun strategi bagi mengekang sokongan Umat Islam terhadap UMNO dan pada masa yang sama memisahkan undi cina dari MCA, India dari MIC dan mencantumkan semua sokongan ini ke dalam pakatan.
PAS berjaya dibisukan berkaitan dengan soal Islam yang begitu sensitif kepada DAP. Dengan strategi ini maka dapatlah dikurangkan perbezaan fahaman antara DAP-PAS menjelang PRU13. Bagi mereka lepas PRU13 soal lain. Tidak perlu dibincang.
Tup-tup meletup filem IOM. Perkembangan ini mampu meleraikan ikatan ekor DSP-PAS yang sudah disimpul oleh Anwar. Samalah macam Khairy Jamaludin yang mengikat ekor Pak Lah sebelum PRU12 yang lalu. Tup-tup segala perancangan masa depan KJ terbatal bila BN hilang 2/3.
Hikmah dan maha kuasanya Allah inilah yang gagal difahami oleh perancang-perancang "wamakaru" yang merasa perancangannya lebih licik dari perancangan Allah.
UMNO memang parti bangsat terhadap anak bangsanya sendiri, lebih-lebih lagi kebencian UMNO terhadap ISLAM - bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi, adalah kejahatan UMNO dalam tragedi PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI orang Melayu Islam di MEMALI pada tarikh sejarah hitam tanah air, 19 Nov 1985.
ReplyDeleteIni kejahatan yang sudah tidak boleh UMNO padam, dua kepala syaitan UMNO yang ganas pada ketika itu adalah MAHATHIR MOHAMAD dan MUSA HITAM. Kedua-duanya masih hidup, dan masih belum mau insaf atas kejadian yang cukup menyayat hati orang Melayu.
Orang ISLAM diMalaysia tidak berdepan dengan GEORGE BUSH, atau CLINTON atau OBAMA atau PUTIN - tetapi syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang sudah lama sanggup menjadikan orang Melayu sebagai collateral damage bagi menentang Islam.
Kalau di Myanmar pembantaian umat ISLAM ROHINGYA dilakukan oleh sami dan pengikut agama Buddha, dan kalau di Bosnia pembantaian umat Islam dilakukan oleh tentera Serbia - tetapi di Malaysia ia adalah atas TITAH PERINTAH UMNO.
Kali dua UMNO sanggup mengorbankan nyawa orang ISLAM Melayu adalah apabila pehak polis menembak dua orang Islam di Terengganu, nasib baik tak mati, semata-mata untuk mencetuskan suasana bahawa pengikut part pembangkang adalah ganas.
Dan kali terakhir UMNO bertindak ganas terhadap orang Melayu adalah sewaktu siri kempen demonstrasi BERSIH.
UMNO memang bukan parti orang MELAYU (ISLAM), ia adalah instrument tinggalan bekas penjajah BRITISH yang masih bernaluri menentang ISLAM.
Cepat-cepat bersedia kerana PERKASA akan menjanakan TITAH PERINTAH UMNO untuk menjadi pencetus keganasan UNTUK MEMBOLEHKAN UMNO SYAITAN KEKAL BERKUASA
Abis parti pembangang yg ko sokong tu xkejam ke? Bingai
Delete