Satu lagi kebenaran sedang diperjelaskan kepada rakyat, tetapi bukan oleh bapa Saiful. Sebaliknya kebenaran yang lahir di atas kehendak Allah. Kebenaran yang bakal menghapuskan kebatilan sepertimana janji Allah.
Hingga kini Saiful Bukhari tetap istiqomah dengan sumpah laknat yang dilakukannya di Masjid Wilayah. Hingga saat ini Saiful masih tidak dimakan sumpah. Sebaliknya, bapanya yang bertindak menjadi saksi utama sumpah laknat tersebut seolah-olah yang sudah termakan sumpah.
Ujian sebenar adalah kepada Saiful dan bukan kepada saksi persumpahan. Walau bagaimanapun seseorang saksi juga mempunyai bebanannya sendiri disisi Allah sebagai saksi, dan bukan sebagai orang yang bersumpah.
Sesuatu kebenaran atau sesuatu yang benar-benar hak disisi Allah adalah urusan Allah dan ia bebas dari sebarang bentuk konspirasi dan niat yang batil dari manusia yang batil.
Kebenaran yang hak tidak mungkin dizahirkan oleh Allah melalui perantaraan yang kotor. Kebenaran yang Allah mahu zahirkan tidak mungkin bercampur dengan perkara-perkara shubhah di sisi agama seperti rasuah dan konspirasi.
Hakikatnya Anwar sedikit demi sedikit sedang diperangkap oleh Allah dari segenap sudut melalui perbuatannya sendiri, dan bukan dari perbuatan sesiapa.
Bila Allah mahu zahirkan kebenaran tak siapa boleh menghalang. Tak siapa boleh menjangka cara mana Allah akan menzahirkannya.
Lihatlah hari ini. Tiada siapa yang menjangka bapa Saiful sendiri telah dijadikan umpan oleh Allah untuk memerangkap Anwar. Tiada siapa yang mahu ambil tahu lagi kes liwat Saiful kerana tarikh rayuan perbicaraan pun hanya akan berlangsung bulan Julai nanti.
Tiba-tiba dengan izin Allah Anwar sendiri yang mendedahkan semula kisah liwatnya. Dia mengharapkan satu pukulan maut akan terjadi terhadap Perdana Menteri apabila usaha mengaitkan Khairil Anas cuba dilakukan melalui kenyataan Bapa Saiful. Tetapi disebabkan hati sudah tertutup dengan petunjuk, Anwar boleh tak terfikir Saiful zelaku mangsa mempunyai pelbagai pilihan untuk mempertahankan dirinya.
Saiful sudah pun membuat kenyataan akhbar. Semua rakyat akan membaca kenyataannya.
Kita tunggu apa lagi perangkap seterusnya yang akan memerangkap Anwar sedikit demi sedikit.
Dah elok-elok menang kes, Anwar masih juga mahu mendedahkan keaiban diri dan kerja kotornya di depan seluruh rakyat Malaysia. Dia ingat wang rasuah membeli maruah keluarga Saiful boleh mensucikan dirinya dari kekotoran.
Wamakaru Anwar makin menjerat diri. Lawanlah lagi perancngan Allah. Makin kau lawan makin terjerut leher kau nanti. U ulang U lagi parah...!!
Relax...... Citer belum tamat, disaat menjelang pru13, bapa saiful buhari akan dedahkan kpd dunia bahawa beliau cuma nak perangkap anuwar dgn pura2 terima duit rasuah anuwar...... Ini hanya trick ja, anuwar bakal di check mate...... Stay tune !
ReplyDeleteTerkadang saya hairan, orang boleh tuduh kata DS Anwar menggunakan 'wang rasuah' untuk membeli keluarga Saiful....tetapi tidakkah boleh juga kita menterbalikkan tuduhan tersebut di mana pihak satu lagi yang sebenarnya memberi rasuah kepada Saiful?
ReplyDeleteIo tak io jugak KNKB,
ReplyDeleteOrang dah tak sobut lagi kes liwat ni, apo ko bangang bona Nuar poie idupkan balik dokek2 nak PRU ni, tak pasal2 tadi maso ceramah Jokiden sobut balik kes liwat ni.
Samolah dgn kes amanat Hj Hadi, bukan UMNO yg timbulkan totibo yo muncul cikgu abc tu menaikan balik kes ni.
Ado laie sok ni, kito tunggu yolah..