Saturday, May 11, 2013

SERUAN JUJUR UNTUK KAUM CINA DI MALAYSIA!!

Terbukti sudah bahawa asas-asas penting kenegaraan samada dari segi asas stuktur politik mahu pun dari segi asas sosio-politik yang berteraskan prinsip permuafakatan di antara kaum sedikit demi sedikit sudah menampakkan tanda-tanda besar untuk diruntuhkan oleh pola pemikiran baru yang sangat berisiko buat rakyat dan negara.

Dari segi struktur politik, BN yang selama ini diterima oleh seluruh kaum hari ini sudah jelas tidak lagi diterima oleh kaum cina. Hampir seluruh kaum cina menolak BN dan memberikan sokongan kepada DAP, manakala 2 lagi kaum utama, melayu dan india masih lagi bersama BN secara majoritinya.

Adakah petanda ini memberi mesej bahawa kaum cina tidak lagi percaya kepada prinsip perkongsian kuasa melalui permuafakatan di antara semua kaum yang telah sekian lama menjadi teras dan kunci kepada kejayaan membina negara bangsa melalui model dan prinsip yang dijunjung oleh Barisan Nasional?

Melalui model kerangka politik dan prinsip permuafakatan yang disusun melalui konsep dan amalan BN, setiap kaum di negara ini berjaya meningkat maju, hubungan antara agama dan kaum berjalan lancar tanpa ada kekangan untuk masing-masing mengamalkan agama dan adat resam masing-masing, malah masing-masing tidak pernah menyakiti atau menyentuh hak dan sensitiviti di antara penganut agama.  

Kerangka politik yang menekankan prinsip permuafakatan di dalam perkongsian politik, ekonomi dan sosio-budaya serta kebebasan mengamalkan kepercayaan masing-masing, jelas telah menghasilkan kejayaan kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang unik dan tidak pernah terjadi di mana-mana negara selain dari Malaysia.

Keputusan PRU13 jelas menggambarkan kaum cina lebih cenderung untuk menyokong kerangka politik ikatan/pakatan yang longgar dan tidak rasmi di antara DAP-PKR-PAS. Kaum cina juga jelas menolak politik permuafakatan yang lebih memberi keutamaan untuk menjaga dan menghormati sensitiviti antara agama, antara kaum dan antara adat resam yang dijunjung BN. Kaum cina jelas lebih cenderung untuk menerima prinsip Malaysian Malaysia yang dijunjung oleh DAP.

DAP yang membawa prinsip Malaysian Malaysia bersedia pula bergabung dengan parti Melayu Islam yang lebih ekstrim pendekatannya daripada UMNO, tetapi dalam masa yang sama berterus terang pula menolak prinsip negara Islam dan hukum hudud yang dibawa oleh PAS. Ironinya, mereka boleh pula membentuk pakatan sedangkan prinsip yang masing-masing junjung amat berlawanan di antara satu sama lain.

Masing-masing DAP dan PAS memutuskan untuk pergi ke destinasi yang berbeza. DAP mahu menuju ke Tambak Johor dan PAS memberitahu mereka mahu menuju ke Golok, tetapi mereka memutuskan untuk menaiki gerabak keretapi yang sama walaupun landasan dan laluannya sama sekali berbeza.

Tetapi, yang lebih menghairankan kenapa kaum cina berbondong-bondong juga untuk menaiki gerabak yang tidak tentu haluan dan destinasi ini?

Siapa yang bertanggungjawab memberi salah isyarat kepada kaum cina ini sehingga mereka berbondong-bondong menaiki gerabak yang jelas terdapat di dalamnya PAS yang mahu menuju ke Golok?

Siapa yang bertanggungjawab meyakinkan PAS bahawa gerabak ini akan menuju ke Golok walaupun jelas, sebahagian besar tempat duduk di gerabak ini sudah di penuhi oleh kaum cina DAP yang mahu menuju ke Tambak Johor?

Siapa sebenrnya yang telah memberi isyarat yang salah hingga berjaya meyakinkan 2 pihak yang berlawanan sama sekali prinsip, destinasi dan ideologi perjuangan ini supaya menaiki gerabak yang sama, walaupun jelas gerabak ini tidak tentu haluan?

Hari ini, pengundi kaum cina sudah termalu sendiri apabila keyakinan mereka yang tidak berpaksikan kenyataan kerana terlalu percaya bahawa "ini kalilah" mereka pasti berjaya menumbangkan Barisan Nasional tidak menjadi kenyataan.

Keberanian kaum cina melakukan perjudian berdasarkan isyarat yang salah dan harapan palsu Anwar hingga mereka menolak BN secara total adalah satu kesilapan terbesar yang telah dilakukan oleh kaum cina sejak negara ini diperbetulkan semula oleh para pemimpin semua kaum selepas peristiwa hitam 13 Mei.

Hari ini, satu Malaysia sudah tahu bahawa kaum cina telah melakukan satu gerakan berpura-pura menjunjung DS Najib dengan menunjukkan gambaran jelas bahawa mereka menyokong segala gagasan DS Najib untuk negara ini maju ke hadapan. Mereka datang berbondong-bondong dengan keluar beramai-ramai hingga puluhan ribu di mana saja DS Najib turun padang. 

Akhirnya, kejelikan hati, sikap hipokrit dan opportunist mereka "kedapatan" juga apabila lebih 90% kaum cina menolak BN secara total. Walaupun undi adalah sulit, tetapi keputusan pilihanraya jelas menunjukkan 9 dari setiap 10 orang kaum cina yang datang meraikan di mana saja PM turun padang telah menipu dan memberi harapan palsu kepada DS Najib Tun Razak.

Hari-hari mendatang tidak mungkin akan sama indahnya seperti sebelumnya buat negara kita Malaysia apabila permuafakatan di antara kaum yang telah sekian lama terjalin dan seperti telah wujud kontrak sosial di antara mereka demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air yang dikongsi bersama telah dikhianati oleh sebahagian kaum  yang telah bersama mengikat janji setia.

Walau bagaimana pun perkara setiap perkara yang terjadi pasti bersebab. 

Jika kaum cina dapat menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya sudah ditipu, dibohongi dan telah termakan hasutan serta harapan palsu yang gembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim, bapa pengkhianatan permuafakatan kaum di Malaysia, keadaan mungkin akan kembali sepertimana asal dan rakyat seluruhnya mungkin dapat hidup kembali dengan aman tanpa syak dan tanpa was-was di antara satu sama lain.

Segalanya terletak di tangan kaum cina. Kaum melayu,india, kadazan, bajau, Iban murut dan lain-lain masih bersedia untuk berkongsi kuasa dan negara bersama kaum cina melalui struktur, model dan prinsip yang dijunjung oleh Barisan Nasional selama ini.

Jika sudah merasa tertipu dan tersesat di hujung jalan. Jangan malu asal saja kembali semula dengan nilai-nilai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran sepertimana sikap jiwa besar pemimpin terdahulu kamu seperti Tan Cheng Lok, Lim Chong Eu, Tan Chee Koon, Tan Siew Sin dan ramai lagi pemimpin-pemimpin kamu yang sangat kami hormati.

2 comments:

  1. Correction:
    1) Mereka bukan ditipu oleh hanya satu manusia tetapi "beberapa org" manusia. Tetapi wait a minute !

    2) Gula memang ada dimana2. It is an offer but it is entirely terpulang kepada diri kita samada nak beli tawaran itu atau tidak. Bottomline apa niat nak gula tu? Sebab nak manis kan? Ini samalah kes nya. Sokong DAP sebab gula disini adalah kuasa. Sebab berkongsi kuasa dengan BN sebelum ni tak seronok. Bukan sebab they are deprived from getting the most that they want tapi they are so greedy that they don't want everything. This is exactly yg terjadi.

    Dan sy faham knp ini terjadi in the first place. Because kita beri muka sangat kepada mereka. Sy setuju dengan Kamarulzaman, yg kalau mereka sedar kembali semula ke pangkal jalan tapi cara nak pujuk kita pula give back part of what they have been given... itu baru buktikan mereka ikhlas...Sebab cakap tapi tak buat bukan satu perkara yg sama. Adil kan?

    ReplyDelete
  2. Sir,

    Only recently you wrote an article on the problem of perception of current UMNO/BN by DSN's admin (that arose from the actual misdeeds carried out previously).

    I believe you identified the issue correctly in looking at the maturity of the chinese voters in the politics of transparent admin and good values.

    it is not the style of coalition that is the problem but the mistrust in a corrupt and inefficient admin, perception notwithstanding.

    UMNO as BN leader need to be honest and correct this misconception (if indeed it is) whilst looking at the inter-racial formula that has worked so well since Perikatan.

    ReplyDelete