Apa yang perlu PKR lakukan sekarang adalah menanti detik persaraan Hadi dan Nik Aziz. Pas akan mengalami re-brand total bila itu berlaku. Malahan, ada kumpulan penasihat dalam PKR yang mahu PKR dan PAS bergabung dengan nama Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM). Malahan slogan parti tersebut pun sudah diperhalusi ‘Utamakan Kepentingan Rakyat’.
Katanya, antara perbincangan Anwar dan SBY di Indonesia baru-baru ini adalah kemungkinan aspirasi ‘nasionalis-religius’ (nasionalisme-penting agama) akan turut menjadi akar PDRM di Malaysia, sama seperti Partai Demokrat Indonesia. Anwar juga banyak bertanya tentang kaedah mengurus ‘agamawan’ seperti yang dilakukan di Indonesia.
Struktur PDI juga sudah diteliti secara menyeluruh. Perlu disesuaikan dengan suasana politik Malaysia.
Penggabungan Pas dan PKR ini dirasakan jalan terbaik dalam menangani pengurangan undi Melayu. Dalam satu mesyuarat strategik, Anwar sendiri mengakui bahawa dia perlu lebih membawa imej ‘nasionalis-religius’ selepas daripada ini. Orang Melayu mahukan itu.
-keratan berita dari Blog Gelagat Anwar.
Jika berita ini benar-benar terjadi, ia adalah isyarat penting untuk UMNO memikirkan perkembangan ini secara serious.
Akhirnya pembangkang melayu mengakui juga hakikat bahawa perjuangan siasah melayu tidak mungkin boleh dipisahkan dari asas bangsa dan agama Islam.
Pendekatan Ideologi Ini sebenarnya adalah ideologi asal UMNO yang terhasil dari Kongres melayu pertama pada tahun 1946. Xuma ketika itu label nasionalis-Islamis ini tidak diketengahkan pada nama, sebaliknya ia dikenali dengan nama "semangat nasionlis melayu" kerana nilai-nilai Islam memang sudah embedded di dalam semangat nasionalis tersebut.
Buktinya, perlembagaan persekutuan yang dibentuk pada tahun 1948 awal-awal lagi sudah dilengkapkan dengan peruntukan-peruntukan yang jelas melindungi segala kepentingan agama dan bangsa. DAN, di atas landasan itulah UMNO menterjemahkan segala ideologi perjuangannya hingga UMNO terus diterima oleh hampir seluruh umat melayu.
UMNO hanya beransur ditinggalkan oleh bangsa melayu apabila ideologi dan perjuangan yang dibawanya sudah beransur tersasar dari maksud ini.
Saya katakan apa yang sedang diusahakan oleh PKR dan PAS untuk melakukan rebranding terhadap ideologi dan matlamat perjuangannya adalah ancaman terbaru paling besar buat UMNO.
UMNO tidak boleh "leka mengubahsuai" ideologi dan matlamat perjuangannya hanya disebabkan UMNO melihat rakyat khususnya orang melayu ramai yang berpihak kepada perjuangan pembangkang melayu yang lebih terbuka, sedangkan secara sulit mereka sendiri sedang berusaha mengambil tempat UMNO dengan berjuang di atas tiket nasionalis-Islamis.
Seandainya "rebranding" yang sedang mereka lakukan ini bertepatan dengan naluri dan aspirasi perjuangan asal umat melayu, yang sememangnya sensitif dengan perjuangan nasionalis melayu dan agama Islam, sudah pasti lebih ramai melayu akan lebih yakin dengan perjuangan dan ideologi baru yang mereka cuba adaptasi.
Ini sangat merbahaya buat UMNO.
Pemimpin UMNO jangan rambang mata melihat bini orang lain yang cantik disebabkan make up yang tebal, akhirnya mengabaikan bini sendiri yang punya kecantikan asli hanya disebabkan bini tidak mengenakan make up. Akhirnya pihak lawan secara sulit merampas bini UMNO yang punya kecantikan asli.
UMNO jangan biarkan Ideologi dan perjuangan asas umat melayu ini dirampas oleh PDRM. UMNO jangan jadi lebai malang. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Kalau benar pun ia sekadar menjadi ganti UMNO yang tengah hilang arah sekarang.
ReplyDeleteJika di fikir mendalam apa guna nya membunuh parti keramat orang Melayu? Berapa lama pula parti baru gabungan ini mencapai tahap matang?
Sesungguh nya Allah SWT benci dengan hamba nya yang kuat berangan-angan...
DSAI boleh merancang tapi Allah saje yg menentukan samada dia boleh jadi PM.
ReplyDeleteOrang Melayu dah tak caya dgn dia.
Sy melayu dan sy percaya dsai. Malah lebih percaya dap dr hantu hantu dan draculla dalam parti melayu purba tu. Yg dok sokong parti purba tu tak tau nak kata ape lg.. Dah kena balun, tipu, apa2 la yg blh difikir... Semua da depa buat... La ni masih nak sokong... Gila ape !
ReplyDelete