Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Bahagian Sistem Maklumat(IT) ibupejabat UMNO di PWTC?
Bagaimana bahagian keahlian dan unit IT ini boleh membuang dan memasukkan sesiapa saja yang dikehendaki sesuka hati dari atau ke dalam senarai keahlian UMNO?
Ramai ahli dari cawangan yang datang ke pejabat UMNO tingkat 20 PWTC kerana nama mereka tiba-tiba hilang dari senarai ahli cawangan setelah bertahun-tahun menjadi ahli UMNO dan hadir persidangan UMNO cawangan.
Banyak juga cawangan yang bertambah keahlian mereka secara tiba-tiba.
Saya berani mendedahkan perkara ini kerana cawangan saya sendiri telah menjadi mangsa permainan peringkat unit IT ini.
Harus diingat, Menurut peraturan parti, sebarang pemecatan atau pengguguran seseorang ahli dari menganggotai parti mestilah berdasarkan fakta dan bukti-bukti yang menyokong kepada pemecatan atau kehilangan hak mereka sebagai ahli parti.
Sebarang cadangan pemecatan/pengguguran hasil dari siasatan oleh Jawatankuasa siasatan/pihak pengurusan atau lembaga disiplin parti harus dikemukakan kepada MKT dan akhirnya MKTlah yang berkuasa penuh untuk membuat keputusan untuk memecat atau menggugurkan keahlian seseorang anggota parti.
Terbaru, seramai 100 ahli cawangan Kg Gadong, Labu keluar berdemo kerana nama mereka hilang dati senarai ahli cawangan tersebut. Mereka penduduk dan ahli asal cawangan tersebut. Sebaliknya wujud 50 nama ahli baru yang tidak kenali
Sebelum ini saya belum mahu membuat tuduhan kepada sesiapa yang berkedudukan lebih tinggi seperti Setiausaha Agung ataupun Setiausaha Kerja UMNO. Saya hanya baru di peringkat menaruh syak wujudnya permainan menghilangkan dan menambah nama ini berlaku di peringkat seksyen Data Maklumat Keahlian UMNO yang diketuai oleh En.Azwan Aziz.
Saya ada menghantar email kepada Azwan Aziz dan kepada Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah saya telah berjumpa sendiri dengan DS Tengku Adnan pada 29 Ogos, jam 2.30 petang di pejabat kementerian beliau.
1. Bagaimana boleh berlaku dalam tahun yang sama, iaitu 2013 dan cawangan yang sama, ibupejabat parti boleh mengeluarkan 3 senarai keahlian yang berbeza?
1.1. Senarai keahlian pertama yang dihantar oleh ibupejabat ke UMNO bahagian pada 4 Julai 2013 berjumlah 248 orang.
1.2. Senarai keahlian yang ada dalam simpanan Ketua Cawangan pula berjumlah 221.
1.3. Manakala senarai keahlian yang ada di tangan pemantau pula berjumlah 219.
1.4. Jika 27 nama yang digugurkan dari senarai ini disebabkan mereka melanggar disiplin dan peraturan parti, apakah kesalahannya? Perlu jelas apa kesalahan mereka. MKT seharusnya menyiasat terlebih dahulu dan membuat keputusan jika wujud aduan, bantahan dan lapuran berkaitan dengan nama-nama berkaitan. Bukan ikut suka bahagian data maklumat untuk membuang atau memasukkan keahlian parti berdasarkan "know who".
1.5. Keputusan mesyuarat lembaga disiplin dibuat kemudian, iaitu setelah nama-nama tersebut dibuang! Itu pun setelah kedua-dua belah pihak menghantar bantahan dan lapuran.
1.6. Kenapa bahagian data maklumat membuat keputusan tanpa mengikut saluran dan peraturan parti? Bagaimana unit ini boleh bocor dan hilang kekebalannya?
1.7. Banyak lagi "lapuran ahli belot" dalam PRU13 pun masih belum diputuskan oleh MKT sehingga kini. Tetapi kenapa 27 nama ini boleh dibuang begitu saja dalam tempoh tidak sampai 24 jam? Hari Isnin, 19 Ogos 2013 nama mereka masih wujud, tetapi pada persidangan cawangan, keesokan harinya, nama mereka sudah dibuang berdasarkan senarai keahlian yag dipegang oleh Ketua Cawangan?
1.8. Sebaliknya, cawangan kg Jerjak Padang Lebar, Kuala Pilah yang telah membuat lapuran dan cadangan kepada pihak pengurusan parti menggugurkan nama-nama yang secara jelas telah berkempen menyokong calon PKR pada PRU lalu tidak pernah mendapat apa-apa jawaban dari pihak ibupejabat. Akhirnya, Ketua Cawangan yang ada telah menjadi mangsa, tewas di pemilihan parti peringkat cawangan baru-baru ini kerana pendokong parti lawan yang masih menjadi ahli UMNO yang sah ini telah membawa calon pilihan mereka.
1.9. Hari ini, cawangan Kg Jerjak ini boleh dijadikan contoh klasik bagaimana pendokong parti lawan telah berjaya menguasai UMNO di peringkat dalaman melalui pertandingan secara proksi!! Pasti banyak lagi cawangan di seluruh negara yang menerima nasib yang sama seperti cawangan Jerjak.
1.10. Beginikah cara ibupejabat UMNO melayan ahli UMNO dan orang-orang melayu yang ikhlas dan jujur mahu menganggotai UMNO?
1.11. Hari ini, bukan sahaja UMNO bahagaian dan cawangan, malah, Ibupejabat UMNO juga turut bertanggungjawab dan menyumbang secara langsung hingga menyebabkan ramai orang melayu termasuk bijak pandai dan golongan terpelajar menjauhkan diri mereka dari UMNO dan lebih cenderung menganggotai parti lawan.
1.12. Ironinya, lebih menghairankan, 27 nama ini sudah pun diterima dan diluluskan keahlian mereka pada 25 September 2009! Kenapa sehari sebelum persidangan UMNO cawangan 2013, nama mereka dihilangkan dari senarai?
Ketiga-tiga senarai keahlian 2013 yang berbeza ini datangnya dari ibupejabat UMNO Malaysia yang tertera tandatangan dan cop Setiausaha Agung UMNO.
Saya dimaklumkan secara lisan, bahawa mesyuarat MKT pada 30 Ogos telah memutuskan untuk membuang 27 nama ini dari senarai, sedangkan senarai tersebut telah pun dikeluarkan secara tergesa-gesa oleh seksyen Data Maklumat pada 19 Ogos, iaitu sehari sebelum persidangan cawangan Kg Sg Jelutong.
Kepada siapa lagi ahli UMNO marhaen mahu meletakkan kepercayaan dan pergantungan jika pengkalan data ibupejabat UMNO sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai dan boleh digodam sesuka hati oleh mereka yang berkepentingan untuk terus berkuasa di cawangan?
Apakah wujud sindiket atau rangkaian yang membuat kerja gila ini di bahagian Data Maklumat sendiri, tanpa pengetahuan Setiausaha Agung, Setiausaha kerja mahu pun Majlis Kerja Tertinggi parti? Atau apakah Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO sendiri sedar atau terlibat sama membantu pihak-pihak terbabit menjalankan kerja kotor mereka?
Jika benar wujud sindiket "buang nama", apakah tujuan mereka berbuat begini? Ataupun, apakah kakitangan seksyen ini sudah boleh "dibawa berunding sulit" dengan cara ini?
Apakah wujud elemen sogok atau "wang bawah meja" yang telah menyerap di peringkat Seksyen keahlian dan IT ibupejabat parti?
En Azwan Aziz juga ada membalas email saya dengan menyatakan bersedia untuk ditemui atau beliau sendiri sedia datang berjumpa dengan saya untuk berbincang secara baik. Saya akan dedahkan kanungan email tersebut bila sampai masanya.
Saya sudah menyerahkan bantahan rasmi berserta dengan bukti-bukti serta hujah berkaitan dengan penangguhan persidangan cawangan dan diskrepansi yang berlaku pada persidangan cawangan yang berakhir dengan penangguhan kepada YB DS Setiausaha Agung di ibupejabat parti.
Ramai melayu termasuk golongan terpelajar akan bertambah benci dan akan menjauhi UMNO, kerana mereka sendiri berpengalaman secara langsung menjadi mangsa kepada permainan kotor pihak dalaman parti dan pemimpin cawangan.
Saya mendedahkan di dalam blog saya masalah dalaman UMNO ini setelah pelbagai saluran parti yang saya gunakan menemui jalan buntu.
Saya juga bertindak mendedahkan perkara ini di atas kesedaran dan maklumat yang saya perolehi bahawa kes yang terjadi di Kg Sg Jelutong bukanlah kes terpencil. Banyak lagi cawangan UMNO yang mengalami masalah serupa di seluruh negara.
Selaku ahli UMNO yang bertanggungjawab, saya tidak boleh mendiamkan perkara ini hingga menjadi barah yang bakal meruntuhkan UMNO secara anai-anai.
Kepada sesiapa ahli atau mana-mana cawangan yang mengalami masalah ini boleh menghantar email atau komen terus ke blog ini. Blog ini sedia membantu demi melayu danmasa depan UMNO.
Jangan biarkan UMNO dijadikan bahan tongganggan makhluk-makhluk perosak UMNO hingga menyebabkan otang melayu benci kepada UMNO.
Apakah trend "hilang dan tambah nama" ini berlaku secara kebetulan atau ianya berlaku disebabkan format sistem pemilihan parti di peringkat pusat yang sudah berubah, di mana wakil cawangan ke persidangan UMNO bahagian berkuasa menentukan siapa menang dalam pemilihan peringkat MKT?
Jika ia berhubungkait dengan pemilihan peringkat MKT, maka tidak menghairankan kenapa DS Tengku Adnan hanya membutakan mata dan memekakkan telinga dengan membiarkan keadaan ini berlaku.
Maka tidak hairan kepada kita kenapa Sekyen Data Maklumat keahlian di ibupejabat sudah menjadi umpama bursa saham yang menentukan turun naik harga saham, menggantung perniagaan sesetengah kaunter dan mencela atau menyahsenarai PLC-PLC tertentu.
Mereka yang mendapat keuntungan besar adalah mereka-mereka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dan para insider trading.
Ibupejabat UMNO seperti sudah di "cornered" atau menjadi "designated counter" yang telah dimonopoli oleh pihak tertentu!!
tuduhan semata2 jauhh dari kebenaran...
ReplyDeletehakikatnya ahli umno ada 3 juta...10 org nama tiada,....tidak mencerminkan apa2..
bawa berbincang....dan siasat...improve SOP... itu saja..
Sikap tidak telus ini sekiranya berterusan akan membawa kepada kemusnahan UMNO kerana ada yang mengambil kesempatan menggunakan kuasa untuk menyangah hak ahli yang taat setia dalam parti.Apa yang perlu dilakukan ialah UMNO kena berubah demi kaum melayu yang kian tertindas di Negara sendiri.Jangan abaikan kepercayaan kami sebagai ahli.
ReplyDeleteJika benar bagai dikata, maka ianya adalah jelas, sudah terang lagi bersuluh, inilah tanda-tanda bahawa UMNO itu sudah mati 'roh' nya cuma jasadnya saja yang masih hidup dalam keadaan terumbang-ambing.
ReplyDeleteDitempat kami Ketua Wanita yg baru tu 3 suku PAS.
ReplyDeleteMan, nampaknya UMNO bergerak ke arah kemusnahan kalau macam ini lah caranya. Bagus kau dedahkan perkara itu. Nama den pun tak ado dalam cawangan. Sudah hantar borang pertukaran alamat di ibu pejabat UMNO PWTC. Tapi nama den masih di tempat lama yang den dah tinggalkan lebih 20 tahun. Haprak betul. Ini yang buat den nak berubah arah ni.
ReplyDeleteEden saudara kau.
Teruskan pendedahan bro!
ReplyDeleteTerima kasih kerana mendedahkan isu ini. Selepas mesyuarat cawangan Setul (Mantin) ditangguhkan baru-baru ini akibat kekecohan, kami dapati kuncu2 AJK sedia ada telah turun naik berjumpa saudara Azwan dan Tengku Adnan meminta agak nama-nama kami dikeluarkan dari senarai ahli UMNO (atau sekurang-kurangnya dihalang dr menghadiri mesyuarat yg bakal diadakan). Kami difahamkan seramai 60-80 orang yg dikeluarkan. Tujuannya x lain x bukan untuk menghalang ahli2 ini mengundi di dalam msyuarat yang akan di adakan sebelum 15 Sept ini. Inilah mentaliti pemegang kuasa dlm UMNO, parti lain sibuk tambah ahli; dia sibuk nak buang ahli!
ReplyDeleteCwgn sy pun isunya sama. Thn 2010 dah buat pemutihan, ahli meninggal dunia, ahli sokong kuat pmbngkg dn ahli tak dpt dikesan dah dikeluarkan), senarai keahlian yg dikeluarkn oleh ibu pejabat UMNO pd thn 2011 dn thn 2012, OK spt yg diputihkan. Malangnya senarai keahlian 2013, yg dah mati dulu hidup semula, yg tak dpt dikesan ada dlm senarai dan yg kuat ke pmbngkng (PRU12-2008)dah masuk semula. APA RAA mcm ni. Sidang cwgn baru-baru ni yg pmbngkng dtg, mreka ni agresif, melaung kami sokong pmbngkng tapi tak ada apa2 pun, mrka jg cuba rampas cwgn dgn cuba mencalonkan di kalngn mrka utk jawatan utama di cwgn. Nasib ahli UMNO yg setia di cwgn ini dpt mematahkan serangan mreka. Sapa yg nak disalahkn dlm hal ini, ibu pejbt UMNO kah, bahagian kah. Bengong betul.. mcm ni tak minatlah duduk dlm UMNO, kita yg setia yg susah. Kepimpinan tertinggi UMNO jgn bangga ahli ramai jutaan org, tapi sebilangan besarnya tak berkualiti. Fikir2kan lah
ReplyDelete