Thursday, September 4, 2008

AKTA HASUTAN : PERTIKAI STATUS KEWARGANEGARAAN CINA / INDIA & HAK ISTIMEWA MELAYU

MCA, Gerakan dan DAP dapat bola tanggung bila Dato Ahmad Ismail bangkitkan isu kaum pendatang yang dituju kepada masyarakat cina. 1 parti yang berasaskan perkauman dan 2parti berbilang kaum, tapi didominasi oleh satu kaum, iaitu kaum cina telah sependapat dalam pendirian terhadap sikap rasis Dato Ahmad Ismail. Bertali arus desakan supaya permohonan maaf dilakukan terhadap ketelanjuran dan kebiadaban Ahmad Ismail. Lapuran polis dan fail siasatan telah pun dibuka. Cepat sekali tindakan pihak polis!

Sekali lagi mereka cuba mengatakan mereka lebih ‘Malaysian’ dari orang melayu. UMNO dan orang melayu kononnya masih tebal dengan sifat rasis. Topeng rakyat Malaysia digunakan untuk melempar tuduhan rasis terhadap sesiapa juga di kalangan orang melayu yang mempertikaikan status kaum mereka. Tindakan orang melayu mempertahankan hak dan kedudukan kaum sendiri pun telah dianggap rasis.

Hakikatnya, kritikan dan desakan agar Ahmad Ismail memohon maaf adalah kerana mereka ingin mempertahankan dan tidak mahu orang lain mempertikaikan hak dan status kaum cina sebagai warganegara di negara ini.

Kenapa mereka bebas mempertikai hak dan ketuanan melayu sedangkan soal kewarganegaraan kaum pendatang dan juga soal hak istimewa kaum pribumi, semuanya telah dilindungi dengan jelas oleh perlembagaan negara.

Kedua-dua tindakan, iaitu mempertikai status kaum cina dan mempertikai hak keistimewaan kaum pribumi di negara ini adalah suatu pelanggaran terhadap apa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan. Kedua-dua kesalahan ini tidak ada bezanya dari segi sifat. Kalau ucapan Dato Ahmad Ismail berbaur rasis, tindakan majlis peguam dan ucapan lain-lain kaum yang mempertikaikan hak dan keistimewaan melayu juga berbaur rasis!

Dato Tsu Koon, Dato FC Onn, Dato OK Ting, Lim Kit Siang hari ini sepatutnya memohon maaf secara terbuka bagi pihak kaum cina yang sering mempertikaikan soal hak dan kepentingan orang melayu, sebagaimana DS Najib bertindak memohon maaf kepada kaum cina di atas sikap segelintir orang melayu yang cuba mempertikaikan status kaum cina di negara ini!

Jangan cuba memutar persepsi rakyat dengan cuba menggambarkan kaum cina lebih Malaysia sifatnya dari kaum asal negara ini. Jangan jadikan perjuangan atas nama Malaysia sebagai alat untuk memenuhi nafsu sendiri yang sebenarnya lebih rasis.

Kalau ada cadangan untuk menuduh Ahmad Ismail di bawah Akta Hasutan, maka akta yang sama seharusnya digunakan lebih awal lagi bagi menghukum mereka yang begitu lantang mempertikaikan segala hak dan kepentingan orang melayu!

1 comment:

  1. suruh cina tu buka sejarah.. ditulis imigran bukan pendatang dik. cina datang sini 1930an. india pulak lewat sikit... tapi kita semua hindu dulu.... dan asal kita Cina Yunan... guano gamok dik

    ReplyDelete