Friday, September 5, 2008

KALAULAH BRITISH TIDAK BAWA BURUH LADANG DAN LOMBONG...

Kalaulah penjajah British tidak impot tenaga buruh ladang dan lombong, tidak wujudlah masalah kaum imigran di Persekutuan Tanah Melayu.

Kalaulah tidak wujud masalah kaum imigran, maka orang melayu yang akan tuntut sepenuhnya kemerdekaan dari British.

Kalaulah kaum imigran tidak wujud di bumi melayu, maka percaturan British untuk memberi kemerdekaan kepada tanah melayu tentu lebih mudah kerana British tidak sakit kepala memikirkan bagaimana untuk hantar kaum imigran ini balik ke negara asal mereka. Sebaliknya proses menuntut kemerdekaan itu jadi sulit disebabkan hal-hal yang berkait dengan masalah kaum imigran. British tidak mahu hantar mereka balik ke negara asal apatah lagi untuk membawa mereka pulang ke England. Maka British telah cari jalan mudah dengan memberi syarat kepada pemilik tanah melayu agar menerima kaum imigran ini menjadi sebahagian dari mereka. Jika syarat asas ini dipenuhi barulah boleh buat perbincangan lanjut mengenai kemerdekaan.

Kalaulah dulu orang melayu tidak mahu bertolak-ansur menerima kaum imigran ini menjadi sebahagian dari mereka, maka hari ini seluruh tanah melayu dan seisinya adalah 100% menjadi milik kaum pribumi.

Kalau tanah melayu ini 100% milik orang melayu, apa perlunya wujud istilah bumiputera atau bukan bumiputera? Istilah itu tidak akan relevan kerana semua penduduk negara ini adalah penduduk pribumi.

Kalaulah tanah melayu ini dimiliki 100% oleh orang melayu, maka hari ini kita tidak perlu sakit kepala fikirkan masalah kuota itu dan kuota ini. Tidak perlu ada kuota pasal lesen dan permit, tidak perlu kuota pasal biasiswa. Orang melayu tidak perlu fikir bagaimana untuk jaga hati bukan melayu kerana bukan melayu tidak wujud di negara ini.

Kalau dulu tanah melayu ini dimiliki 100% oleh orang melayu, maka kerajaan tidak perlu sakit kepala fikir untuk buat akta tanah rezab melayu, tidak perlu fikir pasal keseimbangan kek ekonomi antara kaum, tidak perlu fikir soal sekolah jenis kebangsaan dan soal bahasa pengantar.

Kalau tanah melayu ini 100% milik orang melayu, maka sekurang-kurang 95% penduduknya adalah beragama islam. Tidak perlu fikir macam mana nak jaga sensitiviti penganut agama lain. Tidak perlu fikir kaedah untuk menyediakan tanah dan segala prasarana untuk kemudahan ibadat penganut agama lain. Tidak perlu susah payah untuk mengadakan hari kebesaran serentak atau tak perlu beri macam-macam cuti hari keagamaan untuk pelbagai penganut.

Tetapi semua ini hanya kalau negara negara ini 100% milik melayu. Hakikatnya tanah melayu ini sudah dikongsi bersama dengan cucu cicit kepada datuk nenek yang suatu ketika dulu adalah merupakan buruh asing yang di impot oleh kerajaan penjajah.

Kini, kerajaan yang memerintah negara bernama Malaysia, terpaksa memikir dan memerah otak berkali ganda melebihi pemerintah kerajaan India atau pun China kerana mereka tidak mengalami masalah kebanjiran kaum imigran yang menjadi warganegara mereka. Mereka tidak berkongsi negara seperti mana orang melayu terpaksa berkongsi segalanya.

Mereka hanya perlu menjadi pemerintah yang berkesan, menghapus jurang kemiskinan, menghapus jurang pendidikan antara rakyat dan antara bandar dan luar bandar. Memacu ekonomi untuk rakyat, membangun tenaga profesional di kalangan rakyat dan segala-galanya untuk rakyat. Tapi di negara kita di hujung perkataan 'rakyat'terpaksa ditambah perkataan ‘yang berbilang kaum dan kepercayaan agama’. Itulah konflik dan komplikasi yang sudah wajib dihadapi oleh pemerintah negara ini.

KERAJAAN CHINA DAN INDIA JUGA TIDAK PERLU WUJUDKAN AKTA DAN UNDANG-UNDANG UNTUK MELINDUNGI HAK DAN KEPENTINGAN KAUM PRIBUMI KERANA 100% PENDUDUKNYA ADALAH PRIBUMI.

SEBALIKNYA KITA PERLU WUJUDKAN PERLINDUNGAN DI BAWAH PERLEMBAGAAN TERHADAP HAK DAN KEPENTINGAN MELAYU DAN BUMIPUTERA KERANA NEGARA INI TELAH KITA KONGSI BERSAMA DENGAN CUCU CICIT KEPADA KAUM IMIGRAN DARI NEGARA CHINA DAN INDIA. HAK MEREKA SEBAGAI WARGANEGARA JUGA DILINDUNGI OLEH PERLEMBAGAAN SEBAGAIMANA HAK DAN KEPENTINGAN MELAYU DAN BUMIPUTERA DILINDUNGI.

4 comments:

  1. cina dan india pun taka mahu duduk sini kalau melayu tak beri jus soli! mereka kuat kerja. macam orang indon sekarang kalau mereka balik... habis ekonomi kita. fikirlah dek

    ReplyDelete
  2. salam bro..itu semua sejarah lama.perkara dah berlaku tak perlu dipertikaikan.kesimpulannya,semua berpunca dri PM kita skrg yg terlalu bg muka pada bangsa lain.apa dorg nak semua bagi.lepas tu dia tak boleh nak control pemimpin2 parti komponen.semua berani bersuara.perkara macam ni tak berlaku pun semasa TUN MAHATHIR jd PM.takde pun dorg minta yg bukan2.cma yg tak berani bersuara skrg nie DS Najib je.menunggu jawatan yg belum pasti.
    salam suaraperubahan.

    ReplyDelete
  3. Kita telah dibelenggu dengan kebimbangan persaingan antara kaum, dlm soal ekenomi. pembangunan, sosial dll...pemimpin kita sering melaungkan perpaduan kaum, tapi yang memecah-belah kaum adalah parti politik yang di dokong oleh pemimpin.....kita mesti BERANI BERUBAH utk melangkah lebih jauh lagi.

    ReplyDelete
  4. SAUDARA OTAI,

    Saya rasa kalau China dan India tiada lebih aman kot negara kita danpemimpin pun tak pening kepala seperti saudara penulis katakan...itu memang tepat sekali...dan mereka mungkin boleh berniaga kat lain ..Semasa sebelum penjajahan dulu orang Melayu hebat sebagai seorang pelayar,pedagang dan sebagainya sehingga berdagang kenegeri china..cuma bila British datang mereka menjalankan dasar pecah dan perintah sehingga orang melayu hilang jati diri dan tertinggal terkebelakang...orang melayu pun tak kurang kebolehan bila diberi peluang ....cuma jangan tidor sudahla...terbukti dah kepimpinan melayu sebelum ini amat bijak dan ...berjaya membangunkan negara sehingga pintu rezeki melimpah ruah direbut oleh pendatang dari indo, bangla, myanmar dsbnya.Itu adalah jelas atas kebijaksanaan orang melayu sendiri....berbanding dgn negara lain....contohnya Felda,Pertronas dll ......

    ReplyDelete