Gendang perang sudah bermula dalam menentukan siapa bakal Ketua pemuda Umno Malaysia. Pengumuman secara rasmi oleh YB Dato Mukhriz Mahathir amat ditunggu-tunggu. Ditunggu-tunggu bukan oleh mereka yang berkuasa di bahagian atau pun di pusat, tapi oleh akar umbi pemuda yang ingin melihat Pemuda Berani Berubah. Berubah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan generasi muda dan rakyat.
Pertembungan merebut jawatan KPPUM adalah pertembungan di antara dua darjat. Pertembungan di antara aspirasi akar umbi dan kelaziman lalu. Pertembungan di antara demokrasi sebenar dan demokrasi terpimpin. Pertembungan di antara hasrat akar umbi dan hasrat elitis. Pertembungan di antara mandat akar umbi dan mandat naungan.
Pengumuman oleh Dato Mukhriz bersaksikan 500 pemuda tiada nama, tiada jawatan besar dan tiada kuasa. Kerana apa? Kerana mereka adalah pemuda akar umbi. Datangnya mereka tanpa membawa pangkat dan nama semata-mata untuk melihat pemuda Umno kembali menemui sentuhan rakyat. Hadirnya mereka semata-mata untuk membuktikan mereka Sedia Berubah Berani Berubah dan Sedia Merubah.
Sambutan hebat terhadap Dato Mukhriz amat menyentuh jiwa yang merdeka tapi menggemetarkan jiwa yang terkongkong. Terkongkong oleh arahan, terkongkong oleh survival keperluan hidup dan terkongkong oleh jaminan masa depan sendiri. Jiwa yang terkongkong ini tiada kena-mengena dengan masa depan parti atau maksud perjuangan ‘alif, ba, ta’.
Kalaulah media cetak dan media elektronik tiada kongkongan, majlis pengumuman itu sudah pasti akan dirasai oleh segenap lapisan pemuda seluruh negara. Dengan sambutan yang begitu bersemangat sudah pasti akan membakar semangat dan jiwa pemuda merdeka untuk menabalkan terus Dato Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia Disember akan datang.
Pemuda sudah kesuntukan masa. Pemuda harus pantas dalam membuat pembetulan semula hala tuju dan perjuangan selepas tsunami PRU 12. Pemuda harus Berani Berubah. Ikhlas, jujur dan tidak membohongi perjuangan. Pemuda harus bijak menilai dan harus sedar bahawa mereka sedang memilih pemimpin yang bakal diletakkan di barisan paling hadapan bagi menebus semula aib yang berlaku dalam PRU 12.
Pilihan sudah begitu terhad. Pemuda harus memilih samada parti diperkasa semula atau terus kekal dalam sindrom penafian. Kalau pemuda merasakan mereka perlu diperkasa semula, maka usaha kearah pemerkasaan harus selari dengan kehendak dan hasrat generasi muda dan rakyat. Pemuda tidak boleh bergerak menyongsang dari hasrat ini.
Bagi mempastikan pemerkasaan pemuda selari dengan hasrat generasinya, maka pemuda hendaklah memastikan pilihan mereka tepat. Tepat dalam erti kata pemimpin yang ditabalkan itu mestilah seorang yang boleh menjadi asset kepada parti. Pemuda jangan tersasar dari maksud ini sehingga terpilih seorang yang menjadi beban atau liabiliti kepada parti.
Seseorang itu hanya boleh dikira sebagai asset parti, jika dengan adanya beliau sebagai kemudi maka generasinya dan rakyat akan kembali memberi penghormatan kepada UMNO. UMNO akan kembali berperanan sebagai tiang seri kepada Barisan Nasional. Kukuh tiang seri, mantaplah tiang sokongan. Kuat Umno, padulah rakan komponen. Dihormati kawan, digeruni lawan.
Jika pemuda menabalkan seorang Ketua Pemuda, tetapi bertentangan dengan aspirasi generasinya, tidak menokok kekuatan dan tidak menambah penghormatan terhadap UMNO, maka beliau bukan asset, tetapi adalah beban atau liabiliti kepada UMNO.
Pemuda harus Berani Berubah untuk menyediakan seorang Ketua Pemuda yang mampu mengembalikan persepsi baik generasinya dan juga rakyat. Pemuda seharusnya memikirkan keadaan ini secara matang. Pemuda harus tampil semula di barisan paling hadapan dalam mendepani segala permasalahan kronik yang sedang dihadapi negara ketika ini.
Kehilangan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan telah menyebabkan isu-isu hiliran datang bertali-arus. Semua pihak mengambil kesempatan untuk meletakkan tekanan kepada parti dan kepimpinan. Tekanan bukan saja datang dari pakatan pembangkang, malahan rakan komponen juga turut serta mempersulitkan lagi setiap isu yang timbul.
Bangsa melayu dan pemimpin UMNO sudah menjadi seperti seorang ‘penjaga gol’ yang kerjanya hanya menepis setiap tendangan dan tandukan pihak lawan. Melayu dan UMNO sudah kehilangan ‘skill’ untuk merancang bagaimana untuk menepis setiap serangan yang datang dari segenap sudut. Melayu dan UMNO sudah kehilangan punca bagaimana mengatur strategi untuk sentiasa berada di posisi menyerang dan mengawal permainan. Barisan pertahanan melayu dan UMNO begitu mudah dirobek oleh pasukan penyerang pihak lawan.
Pemuda harus berani berubah. Pemuda harus berani melahirkan pemimpin-pemimpin yang boleh meletakkan semula UMNO di posisi menyerang dan sentiasa mengawal permainan. Pemuda harus melahirkan pemimpin yang digeruni kawan dan lawan.
Pemuda tidak boleh memilih pemimpin sembarangan. Pemimpin tidak boleh dipilih ikut pintu belakang. Padang permainan ini memerlukan seseorang pemimpin itu dipilih berasaskan meritokrasi. Jika pemimpin dipilih ikut pintu belakang sudah pasti pasukan ini tidak akan dapat melahirkan pemain yang benar-benar berkebolehan. Jika begitu kriteria pemilihan yang dijalankan, maka peluang untuk terus tumpas amat cerah.
Fikirkanlah wahai pemuda merdeka….! Masa mencemburui kita….
Pilihan kita dlm tangan kita, undi adalah sulit, silap memilih burok padahnya, orang yang paling layak memimpin pemuda UMNO M'sia adalah yang berjiwa besar, bukan suka projek besar, perwatakan sederhana, bukan mendabik dada dengan sombong angkuh, dan yang paling penting SENANG MATA MEMANDANG WAJAHNYA kerana ada tersirat perjuangan ikhlas, jujur & setia, kita jgn pilih bakal KP UMNO M'sia yg ckp tak serupa bikin, rakus, sombong bodoh, protokol mengalahkan sultan....pemuda harus ingat bahawa org yang suka bercakap besar dan lantang akhirnya akan jadi pembangkang....PERCAYALAH
ReplyDeleteDen ingat ekau blok jerung. aleh-elah den jumpo ekau kek Titi Gajah. Den duduk yo di Baling asal Nogori. Rajin-rajin updete blok ekau ni.
ReplyDeleteDiharap tak do lah yang takut nak angkat tangan maso pencalonan di bahagian nanti. Takut ilang projek. Ramai lai yang tak tau. tak masuk TV. Kesian den nengok mamat-mamat yang usung kamera tu. Dah la poso. Gambar diambik eh tak masuk TV. Kuang ajooo boto...
kau orang jugaklah yang bagi si KJ tu naik dulu 2004. nah sekarang kau orang jugalah yang rasa.
ReplyDeleteMasing-masing nak jaga kepentingan dengan PM, pi bagi menantu yang entah datang dari mana jadi Naib KP.
Kalau nak lawan, lawan terus, jangan main wayang. Tengok macam budak-budak UMNO dalam Prowaris tu, pertahan untuk lawan KJ.
Kamarulzaman Ahmad
tahniah bro..cuma mana exco-exco yg lain.saya hormat dgn bro,Datuk sazmi & exco yg hadir masa program tersebut.anda di kalangan yg berani dan inginkan perubahan.harap exco yg lain 2 sedar la cpt.tak perlu lagi untuk kita berselindung.salam.
ReplyDeletesuaraperubahan..