Friday, September 12, 2008

PERUBAHAN TIDAK SELESAI MASALAH - KHAIRY

Demikian tajuk berita Utusan di m/s 5 hari ini. Katanya, perubahan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam BN.

Beliau menjelaskan lagi, pihak yang mencadangkan dilakukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO perlu mengemukakan perancangan yang jelas bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

Apa kajian dan apa cadangan lagi yang perlu dilakukan? Cadangan supaya dilakukan perubahan pucuk pimpinan itu adalah hasil dari kajian dan rumusan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Kalau dikemukakan perancangan jelas, apa jaminan cadangan itu akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap BN boleh pulih?

Saya boleh buktikan fakta kenapa perubahan pucuk pimpinan wajib dilakukan bagi tujuan pemulihan semula kekuatan UMNO dan BN.

1. Perebutan jawatan peringkat tertinggi parti pada 1987 telah membawa kepada perpecahan dalaman sehingga membawa kepada kematian UMNO pada Feb 1988. Pada tahun PRU 1990, BN menang majority 2/3 di Dewan Rakyat.

2. Pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 Sept 1988 telah menyebabkan UMNO sekali lagi berhadapan dengan krisis yang boleh menggugat kekuatan parti. Pada PRU 1999, BN masih mengekalkan majority 2/3 di Dewan Rakyat.

3. Pada PRU 2008, tanpa ribut taufan atau pun pertandingan mahupun perpecahan dalaman UMNO, tiba-tiba BN hilang majority 2/3 di Dewan Rakyat!

Apa kajian dan rumusan yang boleh kita analisa dari 3 peristiwa ini? Tidakkah ini akibat dari gara-gara rakyat sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Perdana Menteri , manakala ahli UMNO pula telah hilang kepercayaan kepada Presiden parti?

1. Perpecahan dan pertandingan dalam parti tidak pernah menggugat keyakinan rakyat kepada UMNO. Bila berlaku pertandingan dalam parti, hanya kelompok dalam parti yang tidak menyokong seseorang pemimpin itu saja yang hilang keyakinan kepada pemimpin yang mereka tidak sokong. Ia tiada kena-mengena dengan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

2. Rakyat majoriti senyap tidak ambil pusing apa yang berlaku pada pemilihan UMNO atau berlaku apa-apa keributan dalam cawan UMNO. Rakyat lebih cenderung untuk ambil pusing tentang kehidupan dan masa depan mereka. Selama mana soal cari makan, soal pendidikan anak-anak, soal harga barangan dan lain-lain keperluan hidup tidak menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga, selagi itulah keyakinan mereka akan tetap bersama kerajaan yang ada. Inilah majoriti senyap yang mengekalkan status 2/3 BN pada setiap kali PRU diadakan.

3. Apa yang berlaku pada PRU 2008 jelas membuktikan kepada kita bahawa rakyat sudah tidak yakin dan sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Rakyat majoriti senyap yang selama ini bertanggungjawab mengekalkan majority 2/3 BN telah merasai kesan langsung akibat dari kelemahan pucuk pimpinan. Kesan langsung itu telah memberi tempias hingga ke dapur rumah mereka. Mereka tidak rasai semua ini di bawah kepimpinan sebelumnya. Walau pun UMNO berkecamuk sesama sendiri tapi kehidupan isi rumah mereka tidak terjejas apa-apa. Business as usual.

Masalah rasuah, masalah kehakiman atau masalah ketelusan dan hak kebebasan bersuara tiada kena-mengena dengan mereka. Itu bukan faktor bagi mereka untuk menukar undi.

Fakta lain ialah faktor peralihan kuasa yang tidak meyakinkan. Peralihan kuasa sebegitu rupa tidak beri apa-apa kesan terhadap proses ‘pemulihan’ semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada BN. Ia hanya beri kesan terhadap ‘pemilihan’ parti. Kesan baik hanya berlaku pada pemegang jawatan presiden parti, bukan kepada parti. Cuba analisa bersama hujah berikut;

1. Tunku Abd Rahman juga dipertikaikan rakyat pada 1969 sebagaimana Pak Lah dipertikai rakyat pada 2008.

2. Parti Perikatan juga terjejas terok pada PRU 1969 seperti mana PRU 12.

3. Tapi Tunku telah serah mandat dan kuasa pada Tun Razak 6 bulan selepas 13 Mei, walau pun jawatan PM hanya diserah pada 1971. PakLah tak serah mandat dan tak serah jawatan pada Najib. Hanya serah setakat jadi wakil dalam undangan dan acara tertentu seperti wakil ke PBB.

4. Selepas krisis 1969, Tun Razak dilihat sebagai harapan baru rakyat kerana mandat yang diberi Tunku. Segala perubahan yang dilakukan mudah diterima rakyat kerana orang yang dipertikai rakyat tidak lakukan usaha pemulihan. Usaha pemulihan dilakukan oleh bakal pengganti.

5. Rakyat lihat ada ‘total revamp’ – Demokrasi dipulihkan selepas MAGERAN, prinsip rukun Negara telah digubal, DEB telah diperkenalkan, Perikatan telah dijenama semula kepada BN. Semua ini dilakukan oleh Tun Razak. Akhirnya keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dimenangi semula kerana rakyat melihat kerajaan telah melakukan sesuatu yang betul untuk kembalikan kepercayaan mereka.

6. Kalau ‘total revamp’ seperti ini dilakukan oleh Tunku, impaknya tidak sama atau tidak sebaik seperti mana kalau ianya dilakukan oleh Tun Razak. Ini adalah kerana Tunku telah dianggap subjek kepada permasalahan ketika itu seperti mana juga Pak Lah ketika ini.

Berdasarkan fakta perbandingan PRU 08, PRU 90 dan PRU 99, berserta dengan kajian perbandingan di antara pendekatan yang diambil oleh Tunku dan pendekatan PakLah dalam menghadapi krisis, sudah cukup untuk menjawab kenapa Pak Lah harus berundur.
Cakap-cakap dan hujah-hujah untuk mengekalkan Pak Lah dianggap lebih retorik dari bercakap tentang soal perubahan...

Saya amat bersetuju dengan pandangan Khairy bahawa ahli UMNO perlu menerima hakikat bahawa BN menjadi kuat hasil daripada sokongan yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dalam parti komponen BN.

Persoalannya...bagaimana untuk dapatkan kembali sokongan rakyat yang telah merudum tanpa terlebih dulu memulihkan kepercayaan dan keyakinan mereka?

Sikap ‘berani berubah’ bukan sahaja perlu kepada golongan yang berminda kelas tiga. Minda kelas pertama juga tidak terkecuali...

Salam

8 comments:

  1. saya mesti pilih!

    saya sokong statement tuan.

    kj ni jenis yang tak sedar diri, sbb org duk himpit dgn dia sentiasa bgtau rakyat masih mahukan paklah, walhal kalau tanya 1000 orang yg bukan ahli politik, 2000 orang (sbb sorang cakap ulang dua kali) akan kata saya mesti pilih letak jawatan sekarang jugak!

    ReplyDelete
  2. jangan cakap banyaklah Khairy. Kau dah nak kena tanam!

    ReplyDelete
  3. mintak reciprocal link. perjuangan kita satu kapal.

    ReplyDelete
  4. "nah haih..mano datang si kj ni.
    tak ko dari rombau. malu kek den orang nogori. Harap jadi menantu jo ekau kenal dek orang. Dah la tu melebih sudu pulak tu."

    1. kj keluarkan kenyataan seperti terdesak.
    2. Kepopularan KJ semakin menurun dari hari ke hari.
    3. Orang-orang KJ semakin kalut di bahagian masing masing cth di Baling ( kawasan aku la ni. Dato' Azeez lawan ketua bahagian ) Tangga Batu, kemaman dan bahagian-bahagian budak T4.
    4. "Perubahan tak selesai masalah"-KJ kata macam tu ka. Abih tu yang dia ni naib ketua pemuda selesaikan sesuatu tak perlu berubah ka. Banggang punya kenyataan. Untuk selesaikan sesuatu masalah kena berubah la bang ooooiiiii.
    5. Perubahan tak selesaikan masalah = masalah tak selesai tanpa perubahan = ada masalah dan tidak berubah = tak nak berubah, masalah bertambah = yang tak nak berubah tu yang ada masalah = masalah bertambah kalau KJ jadi ketua pemuda = KJ tak suka perubahan = kita yang kerlu ubah supaya KJ tak cukup pencalonan.

    http://wanbaki.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Perubahan tidak selesai masalah - tak berubah lagilah masalah.

    Keputusanya, kena berubah!

    Salam dari kami yang ramai.

    ReplyDelete
  6. Fuh blog entry yang jitu... but... maaf je lah, KJ & PM tak sedar-sedar..lotih den nak mikir!

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kalau nak diikutkan kj ni sampai kiamat dunia ni dia tak akan berubah, biarlah pak mentuanya jadi PM utk selamanya, itu lah kemahuan kj, masih belum puas dia mengumpul harta dunia yang telah mencecah berbilion-bilion ringgit, hasil drpd kuasa yang ada dgn beliau, pegi mampus lah kj,kita kena BERANI BERUBAH dlm apa jua bidang yang kita ceburi, terutama politik negara kita , demi utk anak cucu kita kelak, kita tanam mayat kj ni hidup2 bila sampai masanya kelak.....

    ReplyDelete
  8. kalau nak selesai masalah, buat saja KJ!

    http://pokpet.blogspot.com

    ReplyDelete