Friday, December 26, 2008

HUDUD : PAS DAN UMNO JANGAN LEBIH-LEBIH..!

Tutuplah cerita fasal hudud ni. Hudud bukan hukum yang tuhan bagi untuk didebat-debatkan. Tuhan turunkan hukum-hakam untuk diamal.

Tuhan bukan suruh cabar mencabar sama ada nak dilaksana atau pun tidak. Kenapa bab hudud saja yang berani sangat cabar mencabar? Kenapa tak cabar bab sembahyang sekali? Cabarlah. Orang PAS cabar orang UMNO supaya semua rakyat diwajibkan sembahyang wajib 5 waktu di masjid.

Orang UMNO pun cabarlah orang PAS supaya wajibkan semua orang Islam puasa wajib jika dapat memerintah negara.

Samalah ayat cabar mencabar bab hudud. Orang UMNO cabar PAS wajibkan laksana hudud yang memang dah wajib. Orang PAS cabar orang UMNO supaya wajibkan hudud yang memang sudah sedia wajib.

Apa bezanya semua hukum-hukum ni. Tak kisahlah ia fardu ain ke, kifayah ke. Itu kan hukum tuhan belaka..! Ini bukan main-main. Ini betul-betul. Jangan jadikan hukum tuhan barang mainan. Ini bukan barangan yang tuhan benarkan untuk jadikan bahan kempen dan mileage politik…!

Hukum hakam tidak akan termampu diamal atau dilakukan oleh sesiapa pun tanpa iman dan takwa. Boleh juga dilakukan atau diamal dengan nafsu, tapi ia tidak akan bertahan. Maklumlah nafsu…nafsu..takkan tak faham apa itu nafsu! Nafsu ni bila sudah tercapai hajat dan agenda tertentu , amalan itu akan terhenti dan akan turut tamat sampai di situ. Macam nafsu syahwat juga. Bila dah selesai qadak hajat, ia akan terkulai layu.

Jadi tanya diri balik. Baik PAS mahu pun UMNO…Hudud ni nak diguna macam mana dan untuk apa? Dari tuhan, untuk tuhan dan kepada tuhan? Untuk dunia dan kuasa atau untuk keselamatan akhirat? Atau untuk agenda tertentu atau untuk digunakan sebagai bahan/isu agar hajat/niat supaya rakyat menyokong perjuangan atau parti kita?

Kalau semata-mata mahu dilaksana kerana tuhan usahakan sajalah. Keputusan sama ada berjaya atau tidak itu kerja tuhan. Nabi saw pun tak dapat nak pastikan bapa saudara Abu Talib masuk islam, sebab tuhan hanya suruh usaha tapi keputusan hidayat adalah hak Dia. Dari segi kewajipan menyampaikan Nabi saw sudah terlepas.

Apa yang penting kalau nak usaha bab hudud ni usahalah dengan ikhlas kerana tuhan. Kalau nak usaha kenalah ikut pendekatan yang nabi saw tunjukkan. Bukan ikut kepala otak sendiri. Kalau tak terlaksana, nak paksakan juga bagi jadi, guna pulak taktik perangkap memerangkap sampai timbul perpecahan sesama islam. Bukankah cara ini akan membuatkan tumbuh pulak dosa baru? Mana boleh macam tu. Tuhan tak suruh hamba Dia ambil alih tugas dan hak Dia untuk bagi petunjuk.

Malulah sikit dengan tuhan. Jangan samakan tuhan dengan manusia boleh ditipu-tipu. Husam ke Khairy ke atau siapa juga, sama di sisi tuhan. Semua boleh dapat pengecualian dari api neraka jika tuhan berkehendak. Semua di antara kita juga boleh dikecualikan dari masuk syurga, juga jika tuhan berkehendak. Cuma tuhan hanya perlu sabitkan dengan amalan semasa di dunia sama ada tuhan terima atau pun tidak.

Jurublog pun 2 x 5 juga. Nasib pun tak tahu ke mana. Patutnya carilah perkara lain untuk dijadikan visi dan misi politik. Kalau nak kudakan manusia kamu kudalah cukup-cukup sampai misi tercapai. Tapi hukum tuhan janganlah dikuda sekali.

Janganlah bangga sangat bila kita dapat perangkap orang lain dengan guna isu agama. Orang yang memasang perangkap dengan orang yang diperangkap sama di sisi tuhan. Dua-dua tak boleh tipu tuhan.

Ali r.a berperang dengan Aisyah r.a, jangan kita salah faham. Mereka dua-dua masuk syurga. Tapi kita sekarang dua-dua belah pihak berperang, takut dua-dua terjun masuk lubang lain.

Orang UMNO dan PAS kena kursus bab pembahagian kuasa. Bukan kuasa dalam kerajaan. Tapi pembahagian kuasa antara manusia dan tuhan. Terok sangat dah kita ni. Kuasa manusia memang dah lama kita rampas merampas. Sekarang kuasa tuhan pun kita nak ambil alih juga..

Sadakallahulazim…

2 comments:

  1. Entahlah...
    Saya pun malu nak komen pasal ni :-)















    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bro.. Man... Kalau inilah pandangan peribadi dan bukannya di cilok dari mana2 artikel, gua tabek. Pandangan yg cukup berilmu dan beradap dan semestinya lahir dari lubuk hati yg bersih lagi ikhlas. Sepak terajang politik mutakhir ini, banyak mengundang kearah simpang2 yg cukup mengaibkan. Hilang martabat makhluk yg mulia di panggil insan. Terutama UMNO(BARU), jauh untuk menjurus erti kata perjuangan. Leka dgn limpahan dan tamak. Retorik yg terlampau dan maka runtuhlah peradaban apa yg di panggil pandangan dan teguran. Berdendang upacara agenda menjatuhkan dgn fitnah yg cukup meloyakan. Man.... UMNO(BARU) bukan lagi untuk penjuang seperti lu. Ilmu dan keikhlasan melakar kasih sayang sudah lama hilang terutama di UMNO KP. @@ Bro LUV @@

    ReplyDelete