Wednesday, December 24, 2008

LEMBAGA DISIPLIN : KESALAHAN LAIN SUDAH TERBUKTI, KECUALI POLITIK WANG...

1. Ahmad Kuris diberi amaran kerana menggunakan blog untuk kempen bertanding Ketua Bahagian.
2. Kapten (B) Zahar Hashim digantung 2 tahun kerana membuat kritikan terhadap kepimpinan parti.
3. Ahmad Lebai Sudin pun digantung, kerana sabotaj calon parti dalam PRU12.
4. Dalam senarai kesalahan yang dibentangkan oleh Tengku Rithaudeen, ada 3 ahli diberi amaran kerana membuat tuduhan palsu berkaitan politik wang.
5. Lain-lain yang diberi amaran, antaranya kerana menjadi agen menganjur majlis makan malam calon.

224 dari hampir 900 laporan sudah diselesaikan dan 23 sudah dijatuhkan hukuman dan tiada satu pun yang berkait dengan wang. Lain-lain kesalahan semua dapat dibuktikan kecuali wang..wang..wang. Rupanya orang Umno tak main politik wang.

Maka setakat ini kita kena andaikan bahawa tidak wujud politik wang dalam parti. Buktinya, hingga kini belum ada tindakan disiplin parti yang berkaitan politik wang. Selagi belum dibuktikan, maka kita tidak boleh menuduh berlakunya politik wang. Jika menuduh tanpa bukti, kita akan dikenakan tindakan.

Setakat ini ahli parti hanya melakukan kesalahan-kesalahan lain saja seperti kempen guna blog, kesalahan mengkritik kepimpinan dan membuat fitnah dan tuduhan palsu, menganjur majlis kempen dan sabotaj pilihanraya. Kesalahan bentuk lain, calon-calon masih belum boleh dikatakan terlibat. Untuk mengatakan calon-calon melakukan politik wang pun belum boleh lagi selagi ia belum dibuktikan bersalah. Oleh itu mereka perlu kekal dilihat bersih dari sebarang pertuduhan menggunakan wang. Full stop!

Ramai calon sudah dikhabar-anginkan melakukan politik wang. Ramai juga yang sudah buat penafian melakukannya. Ada calon yang mencabar terutama mencabar jurublog-jurublog yang ada dendam peribadi kepada calon-calon tertentu supaya buktikan semua tuduhan itu.

Pendekkan cerita, semua pihak tertuduh yang sedang disiasat ini mempunyai status yang sama dengan Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan kes juruliwat. Masih suci bersih dan tidak boleh dikatakan sudah melakukan liwat dengan Saiful kerana mahkamah belum memutuskan dia bersalah.

Anwar pun boleh kata, ‘kalau setakat kata ana meliwat orang, ana pun ada dengar orang lain juga melakukan liwat’, tapi semua itu harus dibuktikan…

Macam ada kisah orang negeri bawah bayu cakap dengan jurublog, ada wakil calon bagi RM100k kepada wakil-wakil harapan di setiap bahagian atas nama hasil komisyen projek.

Katanya, ‘ini 100k.. dan kalau kau kasi lepas pencalonan, nanti akan menyusul lagi 80K’. Jurublog terus kata, ‘kau jangan main cakap-cakap saja tanpa bukti’. ‘Mati kau nanti, jangan kau main-main..amaun ni bukan sikit’.

‘Betul bos..adaa.. aku sendiri dapat’. ‘Aku sudah pakai 20K buat belanja mesyuarat’. ‘Ada lagi balancenya sama aku’. Jurublog pun cabar dia, ‘Bah..kalau betul ada..nah apa lagi… kau lapurlah itu barang…Kalau kau takut itu barang haram.., kasilah aku..aku ada cara mahu kasi halal balik itu wang..!’

Cekap dia jawab…’Indak boleh repot bos..mati aku..mati..nanti kawan2 semua hantam aku. Lagi pun aku memang betul-betul perlu itu wang’.

Ini semua cakap cakap dengar…mahkamah mana pun tak pakai. Apa lagilah mahkamah parti. Jadi tutup je lah kes politik wang ni. Anggap tak berlaku je lah.

Takkan ade de….

1 comment:

  1. Ayat Anwar tu macam ciplak ayat KJ bila dia nafi amal politik wang...

    ReplyDelete