Tuesday, April 7, 2009

GEMPAR : PEMUDA BERTELUR DI PWTC

Sempena meraikan barisan exco pemuda yang sudah mula bertelur, maka penulis ulang posting semula posting penulis buat pada April 2009 seperti di bawah:

Ada 2 agenda besar yang perlu digalas oleh barisan baru pimpinan Pemuda UMNO Malaysia;

1. Memastikan golongan muda kembali menjadikan Pemuda UMNO sebagai aset perjuangan unggul, diterima dan disegani kawan dan lawan.

2. Memastikan Item ‘Ketua Pemuda UMNO, kembali diletakkan di dalam kolum asset dalam ‘Balance Sheet UMNO’. Ketika ini item ini terpaksa diletakkan di bawah kolum 'Liability'.

Item ‘Ketua Pemuda UMNO’ yang menjadi ‘liability’ telah menyebabkan ‘gearing ratio’ UMNO meningkat tinggi. ‘Gearing’ yang terlalu tinggi tidak baik untuk sesebuah syarikat atau organisasi kerana ia akan melenyapkan keyakinan pelabur untuk melabur. Pelabur lebih cenderung memilih kaunter yang mempunyai kadar ‘gearing’ yang munasabah dan lazim bagi sesuatu organisasi. Itu lebih selamat.

Pemuda UMNO tidak boleh membiarkan keadaan ‘Tanggungan Semasa melebihi Aset Semasa’.

Jika (Aset Semasa - Tanggungan Semasa) terus-terusan menunjukkan angka negatif, dikhuatiri Pemuda UMNO akan berhadapan dengan masalah ‘insolven’ sokongan golongan muda.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga PRU13. Jika dibiarkan pelabur yang berstatus pengundi akan mengalihkan minat dan kepentingan pelaburan mereka kepada organisasi lain yang lebih diyakini.

Jika tiada pilihan, ‘liability’ yang telah menjadi penyebab kepada beralihnya minat pelabur perlu distruktur semula dan jika perlu ‘dihapus kira’, UMNO tidak perlu takut. UMNO harus berani lakukannya untuk menyelamatkan UMNO dari digulung tikar oleh pengundi.

Kita sudah lihat contoh jelas di Bukit Gantang dan Selambau. UMNO terpaksa menutup angka ‘liability’ ini dengan melakukan ‘perakaunan kreatif’ dan luar biasa, di mana orang yang menang Ketua Pemuda terpaksa disorok di belakang stor kerana takut dilihat oleh pengundi, sebaliknya yang kalah pula terpaksa diletakkan di barisan hadapan untuk menarik sokongan pengundi muda.

Kenapa yang menang menerima nasib seperti orang kalah dan orang kalah dijulang seperti orang menang…?

Semua ini berpunca dari percaturan ‘304 pegawai bank perwakilan’ Pemuda UMNO yang telah membelakangkan kemahuan akar umbi dengan memberi rating ‘AAA’ kepada calon kebencian rakyat, sebaliknya telah memberi rating ‘DDD’ kepada calon yang kukuh fundamental dan sokongan akar umbi.

Rasuah politik telah mengubah segalanya…

Setelah hampir setahun jantina barisan exco dipertikaikan oleh banyak pihak, semalam barulah teka-teki ini terjawab. Memang majoriti di kalangan barisan exco ini sudah mula bertelur. Jika proses peneluran ini berjalan dengan lancar dan tiada telur yang "sambang", insyaallah akan lahirlah benih-benih berbaka baik dari rahim pemuda.

Sememangnya inilah yang ditunggu ramai terutama di kalangan ahli UMNO dan golongan muda.

Walau pun respon dari Ketua Pemuda yang tidak menjawab kepada persoalan yang diperbincangkan, itu tidaklah penting. Semua maklum Ketua Pemuda pasti tidak akan tunduk. Apa yang penting barisan exco sudah menjalankan tanggungjawab mereka kepada akar umbi pemuda yang diwakili mereka. Jika Ketua Pemuda mengumumkan tahun lepas 25,000 ahli baru telah menganggotai pemuda, mungkin pada tahun mendatang angka ini akan berganda lantaran dari telur-telur pemuda yang menetas di sana sini.

Tahniah...

7 comments:

  1. Salam, Saya tertarik kepada rating yang telah diberikan,,, iaitu AAA dan DDD kerana saya adalah ADD...lawak petang menjelang closing balance sheet.

    Artikel 304 perlembagaan PAU yang lepas sepatutnya di audit oleh SPRM dengan lebih teliti selepas PRK hari ini samada menang atau kalah BN.

    Akauntan bertauliah seramai 304 ini seharusnya keluar tampilkan diri kepada SPRM.

    Sekiranya takut "item masyuk" terjejas akibat pengeluaran item kata-kata terhadap item Ketua Akauntan 304, maka suntikan kata-kata seharusnya disalurkan ke akaun yang baru dibuka iaitu akaun semasa DSN.

    Sama-samalah kita lihat apakah badan audit luaran SPRM dan badan audit dalaman LDP akan menjalankan audit secara terperinci dek kerana SPRM dan LDP pun masing-masing "terhutang budi" dengan akaun yang baru do closing pada tanggal jumaat lepas.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa akauntan tak buat peruntukan "depreciation" dan "bad debt", hehehehe

    ReplyDelete
  3. sekiranya:
    1. organisasi lain itu menang besar bermakna pelabur tidak peduli dengan rombakan dan tawaran dividen dan liability ini amat kuat dan terpaksa hapus kira la bro.

    2. organisasi lain itu menang kecil bermakna pelabur hanya menerima tawaran dividen

    3. BN menang kecil bermakna pelabur sensitif dan peduli dengan rombakan dan tawaran dividen dari UMNO dan BN. Namun Liability yang tersembunyi WAJIB terus bersembunyi

    4. BN menang besar bermakna pelabur terima rombakan dan tawaran dividen dan liability ini tidak memberi kesan kira-kira. Mungkin akan boleh jadi eset penting(weeekkkk)...

    ReplyDelete
  4. Wooyo fulamak pergh...
    Ini mesti penganalisa kewangan terror punye....
    Auditor siape ye CPA mana?
    penasihat UMNO EPU ketua dia dulu keje MBB, dia patut jadi CFO UMNO.
    Tahniah ,bagus lah, ...
    Setiausaha DAP pun acountan tau, agak nya dia buat ape dengan asset nam TKM tu "susut nilai atau lupus terus.... he he heh he.
    chnagkat lobak
    arjuna waspada.
    K

    ReplyDelete
  5. Buang Masa,
    Tada total loss ka?
    Umno write off!!

    ReplyDelete
  6. khairy jelas dan terang merupakan liability yg menjadi tinggalan legasi "JASA" dari Kepala Batas

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Nampaknya keputusan PRK memihak kpd pembangkang 2-1, tapi ini tidak mencerminkan suara keseluruhan rakyat msia, ianya sekadar kawasan tertentu saja..dimana kesilapan BN, jentera nya kah, isu yang di bawa kah, atau pada calon nya kah...hanya Pak Belalang saja yang tahu jwapannya...peranan Pemuda BN sebagai gerak gempur adakah membawa kesan kpd pengundi2 di Bkt Selambau,Bkt Gantang, senario calon juga memainkan peranan penting..Datuk Nizar Jamaludin mungkin dapat undi simpati drpd pengundi Bkt Gantang...tapi semua ini bukan lah melambangkan bahawa rakyat menolak BN dan Dato Seri Najib secara totalnya...di Batang Ai pengundi begitu bijak memilih calon..tradisi meneruskan agenda pembangunan di kawasan tersebut adalah matlamat utama masyarakat DUN Batang Ai Sarawak..Tahniah, di masa akan datang PRU 13 adalah diharapkan bahawa BN akan menyusun strategi bagi penyatuan ONE MALAYSIA agar majoriti 2/3 dapat dicapai...

    ReplyDelete