Isu perkauman terus kekal menjadi asas perjuangan setiap pemimpin kaum secara tersirat walau pun ‘tagline’ perjuangan parti kebanyakannya melambangkan konsep berbilang kaum, Malaysian Malaysia dan pelbagai lagi.
Hari ini, kawasan pengundi bercampur-campur sudah tidak selamat lagi buat BN, terutamanya kawasan yang mengandungi 30 ke 49% pengundi bukan melayu. Bila wujud keadaan pengundi bercampur-campur seperti ini, ‘peluang keemasan’ akan datang kepada pihak ‘opportunist’ untuk menuai peluang.
Ada puak akan bertindak menjadi kuasa penentu kemenangan atau kekalahan satu-satu parti yang bertanding.
Mutakhir ini, satu-satu kawasan di mana terdapat 60% pengundi melayu, kalau 10% saja pengundi melayu ‘swing’ kepada PR, maka kedudukan BN pasti berada dalam kedudukan sukar.
Puak pencari ‘peluang keemasan’ akan menjadikan medan pertandingan ini sebagai peluang ‘tawar-menawar’. Dengan minima 10% ke 20% pengundi bukan melayu yang berada di satu-satu kawasan, sudah cukup untuk mereka memenangkan sesiapa yang mereka kehendaki.
Lebih sengit saingan dan perpecahan undi di kalangan orang melayu, maka lebih tinggilah kuasa tawar-menawar yang akan diperolehi oleh puak pencari peluang keemasan ini.
Di sinilah pengundi bukan melayu akan menggunakan pendekatan ‘demand dan tipu’. Semua peruntukan pembangunan dan segala masalah tertunggak kaum mereka akan dikemukakan untuk penyelesaian oleh pihak berkuasa.
Di sini jelas kelihatan betapa berbezanya maksud perjuangan antara melayu dan bukan melayu.
Melayu terikat kepada perjuangan berasaskan ideologi manakala kaum bukan melayu tidak menjadikan ideologi sebagai maksud utama perjuangannya. Perjuangan tersirat dan tersurat mereka kelihatan berbeza. Mereka bijak dalam hal ini.
Melayu UMNO akan bermati-matian membawa perjuangan atas maksud agama, bangsa dan negara, manakala melayu PAS pula bertegas meletakkan Islam sebagai ‘tagline’ perjuangannya. Masing-masing tidak akan kompromi dalam menegakkan prinsip mereka.
Selama ini, kepercayaan ideologi ini tidak nampak boleh menjejaskan survival melayu kerana sokongan melayu kepada UMNO dan PAS begitu menjurang menyebelahi UMNO.
Tapi, apabila jurang sokongan ini berjaya dirapatkan oleh PAS dengan bantuan PKR, maka di sinilah datangnya ‘peluang menggolek’ kaum bukan melayu untuk mengambil peluang sepenuhnya dalam memenuhi tuntutan kepentingan kaum mereka.
Bagi mereka soal parti samada MCA, Gerakan, DAP dan MIC hanyalah alat untuk mereka mencapai kepentingan bersama, iaitu survival kaum.
Jika orang melayu ‘solid’ kepada UMNO seperti yang selama ini terjadi, mereka yang berada dalam BN tidak ada pilihan kecuali turut sama menumpahkan taat setia mereka kepada BN kerana mereka tidak mahu terlepas peluang dalam membantu kepentingan kaum mereka.
Melayu tidak boleh salahkan mereka kerana mereka tidak berjuang berasaskan apa-apa ideologi. Ideologi mereka ialah ‘di mana ada peluang, di situ ada jalan’. Apa yang penting adalah jaminan survival kaum mereka.
Di sini jelas, asas perjuangan politik orang melayu dan bukan melayu sebenarnya tidak bermula di padang yang samarata.
Hasilnya, survival BN hari ini sudah berada di dalam genggaman puak pencari peluang keemasan.
Dengan pola pengundi melayu yang sudah terbahagi kepada 50:50 antara UMNO dan lain-lain parti pembangkang melayu, maka kedudukan BN sebenarnya sedang berada di kedudukan paling sukar.
Untuk membolehkan BN kembali unggul, hakikatnya UMNO perlu kembali mendapat sokongan sekurang-kurangnya 70% undi orang melayu.
Jika ini tidak dapat dilakukan, selagi itulah BN akan dijadikan ‘punching bag’ oleh rakan-rakan komponen yang pada hakikatnya tidak memperjuangkan idealisma bersama sebagai anggota BN secara tersirat.
Tangan kanan menghulur, tangan kiri memulas, telunjuk lurus ‘keling king’ berkait.
Jemaah tertinggi BN harus akur dengan ‘idelisma bersama’ yang telah termaktub. Rakan komponen bukan melayu wajib buktikan kesetiaan dan komitmen bersama sebagai rakan komponen.
Bukan saja menjadi tanggungjawab UMNO untuk mendapat kembali sokongan sebahagian besar orang melayu, mereka juga wajib buktikan bahawa mereka mampu menarik kembali sokongan kaum mereka terhadap parti mereka.
Sokongan kaum mereka terhadap parti mereka jauh lebih merudum berbanding dengan sokongan orang melayu terhadap UMNO. Mereka perlu sedar hakikat ini.
Mereka juga jangan cari alasan dan mengatakan sokongan kaum mereka hilang adalah disebabkan angkara UMNO.
Mereka juga patut malu untuk tuntut jawatan itu dan ini dengan cara ‘beri jawatan dulu baru kaum mereka sokong BN’. Ini kaedah ‘mengugut dari dalam’ melalui pendekatan mencagarkan undi kaum mereka.
Kegagalan BN akan berterusan pada setiap kali PRK selagi rakan komponen tertentu terus dibiarkan berkelakuan 'mencagar undi untuk survival kaum' ….

Salam,
ReplyDeleteArtikel yang sangat baik! UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal. Fokus pada Melayu/Bumiputra untuk dapatkan kembali 70% sokongan ke atas. Sudah-sudahlah tertipu dengan senyum tawar mereka ini. Usah ditabur budi pada yang tak beri sokongan. DSN perlu kembali merenung perjuangan ayahandanya Arwah Tun Razak. Menabur budi kepada Melayu (melalui FELDA) sehingga dikenang hingga kini.
SAUDARA KEPAL NASI KEPAL BERAS,
ReplyDeleteANALISIS YANG SANGAT BAIK UNTUK DIAMBIL PERHATIAN OLEH SELURUH UMAT MELAYU DI MALAYSIA. UMNO SEBAGAI PARTI TERBESAR ORANG MELAYU KENALAH BERUSAHA UNTUK MENYATUKAN KEMBALI KEPERCAYAAN RAKYAT KHUSUSNYA MELAYU UNTUK BERSATU.
Benarsekali kata Kembara politik.Sebenarnya orang Melayu massih mengharapkan UMNO dalam survivalnya cuma kita kena bersatu kembali dan itulah tugas kerajaan pada hari ini.Sebenarnya kalau pembgkg meng pun pilihan raya mereka sebenarnya tidak menghiraukan pun nasib rakyat ...contohnya semasa mereka memerintah Terengganu dulu dan Kelantan sekarang.Sangat malg rasanya suasana negeri ketika itu,rakyat berjumpa wakil-wakil mereka untuk minta bantuan TETAPI tidak langsung di HIRAU DAN dilayan,malah disuruh BALIK buat kenduri dan buka tabung seperti mana mereka buat untuk parti mereka.Sedih sungguh.... INI KISAH BENAR mereka sendiri bercerita kpd saya sebenarnya pengundi melayu mahu urusan mereka sentiasa diambil berat dan diri mereka diberi perhatian janganlah biar mereka terasa hati.... ubatilah segera kelukaan ini janganlah kita sibuk mengira projek ..kesusahan mereka diabaikan.......yang dah kaya macam DSAI dan orang yg kaya lain mungkin TIDAK MENNGAPALAH TETAPI ANAK CUCU KITA YG AKAN DATANG BAKAL MEREMPAT DITANAH AIR SENDIRI JIKA KITA TERUS KECUNDANG.....dalam mainan politik ...pada hari ini......
jangan salahkan cina dan india kalau mereka memilih parti yang boleh memenuhi kemahuan survival kaum mereka.. sebab melayu pun akan buat perkara yang sama..
ReplyDeleteramai yang menyertai UMNO pun bukan sebab ikhlas mahu bantu melayu.. tapi lebih kepada mahu menggondol projek..
anda kata UMNO perlu fokus untuk mendapatkan semula sokongan 70% melayu. bagaimana tu?
kalau betul UMNO mahu sokongan melayu kembali.. isytiharkan sahaja yang UMNO akan laksanakan hudud... saya pasti ramai penyokong tegar PAS akan tertarik hati untuk menyokong UMNO.. selain itu, kembalikan biasiswa untuk pelajar melayu dan mansuhkan PPSMI..
Salam,
ReplyDeleteDari analisis yang kubuat masalah yang berlaku kepada orang melayu adalah masalah merachuni pemikiran orang Melayu oleh orang Melayu yang desprate.Mereka meracuni minda anak-anak melayu dengan mengatakan pemimpin itu ini rasuah dengan tidak tahu hujung pangkal , tidak ada apa-apa sumbangan pemimpin UMNO kepada mereka.. hanya mendengar dari sebaran fitnah yang telah menjadi Sistem Piramid melalui sms dan Blog....Mereka tidak dapat berfikir dengan sendiri hanya berbekalkan maklumat temberang..yang dianggap betul..Anak-anak muda melayu diracuni supaya mengakui dan hak samarata Melayu, india, cina tanpa tahu asal usul sejarahnya..dan mereka tidak nampak bencana yang bakal mereka, anak cucu mereka yang akan tempuhi.
Ambil contoh mudah, mereka anak-anak ini menerima meritokrasi , itu kita memang setuju..Contohnya untuk dapatkan biasiswa perubatan atau luar negeri..yang biasanya hendakan SPM gred tinggi contohnya 12A1, 11A1, 10A1..cuba lihat berapa kerat anak melayu yang dapat 12A1 sedangkan bukan melayu berlambak-lambak. Cuba bayangkan jika dipilih samarata secara meritokrasi..aku yakin dalam 1000 anak Melayu yang berjaya boleh dibilang dengan jari.Itu yg. mereka hendak.Tidak percaya pergi lihat di sunway College etc..Persediaan A level, berapa orang budak melayu yang boleh dibanggakan? ini disuarakan oleh kawan Cina aku..katanya yang ramai budak melayu tu tak berkualiti..tak dapat a xam.
Sementelahan lagi anak-anak yang kena racun inilah mengatakan keputusan eg. SPM senghaja direndahkan untuk budak Melayu. jadi kalu tidak direndahkan saya rasa lagi mala petaka kepada orang melayu..(aku harap ini tidak berlaku)ini baru satu contoh malapetaka yang akan dihadapi oleh generasi akan datang..akhirnya jadilah mereka seperti Melayu Singapura mungkin 15 ke 30 tahun akan datang.harap semua orang Melayu x kira parti insaflah..
SAYA SETUJU SANGAT!
ReplyDeletesemoga kerisauan dan pandangan jauh sdr turut sama ada dlm benak pemimpin2 muda umno.Aku sebenarnya tak dpt nak luahkan betapa sedihnya,melihat melayu pas melompat2 girang kononnya perjuangan islam mereka diterima oleh org bukan melayu sperti dap.Adakah mereka ini terhijab dgn bencana yg ada di hdapan,waallahua'lam.
ReplyDeletehanya Allah sahajalah yg akan melindungi kita.
Agama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????
ReplyDelete'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.
Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!
Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...
Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...
Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!
Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.
PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...
Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???