Secara kebetulan TPM, TS Muhyiddin dan kolum Awang Selamat juga turut mengutarakan isu undi bukan melayu atau undi minoriti yang sudah menjadi kuasa penentu dalam pilihanraya. Lihat Mingguan Malaysia hari ini.
Sudah pastilah isu yang jurublog utarakan dalam posting yang lepas adalah sesuatu yang amat penting untuk difikirkan oleh kepimpinan baru negara.
Secara mudahnya, selagi undi majoriti yang ada pada tangan orang melayu kekal terbahagi 2, selagi itulah undi minoriti akan terus menjadi kuasa penentu pada setiap kali PRK. Mungkin undi minoriti ini juga yang akan menjadi kuasa penentu siapa yang harus menjadi pemerintah pada PRU 13 akan datang.
Ada 2 tugas wajib kepimpinan hari ini harus selesaikan sebelum PRU 13;
1. Memastikan undi majoriti orang melayu kembali menyokong UMNO sekurang-kurangnya mencapai tahap sokongan 70%
Sudah pastilah isu yang jurublog utarakan dalam posting yang lepas adalah sesuatu yang amat penting untuk difikirkan oleh kepimpinan baru negara.
Secara mudahnya, selagi undi majoriti yang ada pada tangan orang melayu kekal terbahagi 2, selagi itulah undi minoriti akan terus menjadi kuasa penentu pada setiap kali PRK. Mungkin undi minoriti ini juga yang akan menjadi kuasa penentu siapa yang harus menjadi pemerintah pada PRU 13 akan datang.
Ada 2 tugas wajib kepimpinan hari ini harus selesaikan sebelum PRU 13;
1. Memastikan undi majoriti orang melayu kembali menyokong UMNO sekurang-kurangnya mencapai tahap sokongan 70%
2. Memastikan rakan komponen terutamanya MCA, Gerakan dan MIC mematuhi semangat perkongsian kuasa BN.
Jika 2 perkara pokok ini tidak dapat diatasi, BN akan terdedah kepada bahaya besar kehilangan kuasa pada PRU 13 nanti.
Persoalannya;
1. Apakah formula untuk dapatkan kembali 70% sokongan orang melayu?
2. Apakah rakan komponen mampu untuk tenggelam dan timbul bersama BN?
Antara halangan besar yang harus diambil pertimbangan dalam mengartikulasi formula penyelesaian untuk membulatkan 70% sokongan melayu terhadap UMNO ialah;
1. Sejauh mana tahap perubahan yang harus dilakukan oleh kepimpinan baru UMNO yang akan menyebabkan orang melayu kembali menyokong?
2. Di mana keutamaan yang akan ditumpukan oleh PAS. Adakah keutamaannya di atas maksud perpaduan atau ikatan ukhwah Islam dalam ertikata sebenar atau ukhwah Islam yang terikat di dalam perspektif demokrasi, politik dan persekitaran kuasa?
3. Sejauh mana pula ‘nekad’ Anwar Ibrahim. Adakah dia akan terus lakukan apa saja kaedah yang terfikir olehnya asal boleh berkuasa tanpa memikirkan akhirnya jika menang ‘melayu jadi abu, kalah jadi arang’?
Jika semua halangan-halangan ini hanya dibiar atau diserahkan kepada majoriti orang melayu untuk mengadilinya melalui proses pilihanraya, akan adakah salah satu pihak yang bakal mendapat sokongan 70% majoriti melayu?
Tahap kematangan politik majoriti melayu belum wujud untuk membolehkan mereka mengundi di atas maksud survival bersama.
Jika benar PAS boleh mendapat sokongan 70% orang melayu, demi survival melayu saya dan mungkin ramai lagi akan akur. Bukan saja orang melayu akan akur, malahan puak ‘opportunis’ atau pencari peluang keemasan di kalangan bukan melayu juga pasti akan akur disebabkan kuasa melayu tetap tertumpu kepada parti politik yang berteraskan orang melayu.
Tetapi adakah ini akan berlaku? Jawabannya sudah pasti ‘TIDAK’.
Bila tiada parti di kalangan orang melayu yang mendapat sokongan 70% orang melayu, maka kuasa penentu akan jatuh kepada bukan melayu.
Apabila kuasa penentu sudah jatuh ke tangan bukan melayu, maka keadaannya samalah seperti sewaktu British menjajah tanah melayu. British bebas menentukan siapa raja yang harus naik dan turun takhta. Cukup dengan mengalihkan sokongan kepada musuh raja yang sedang bertakhta, maka tergugatlah kuasa raja dan naiklah boneka yang dikehendaki British.
Dalam PRU 13 nanti, kuasa penentu ini akan berlagak seperti penjajah melalui proses demokrasi untuk menunjuk siapa yang harus memimpin negara. Sudah pasti yang bakal ditunjuk adalah siapa yang difikir sesuai menjadi boneka mereka.
Kepada para pemimpin melayu yang berada di dalam UMNO, PAS mahu pun PKR, soalah yang patut ditanya ialah ‘apakah sebenarnya keutamaan atau aulawiyyat perjuangan anda’?
Kuasa untuk parti sendirikah atau kuasa untuk kesinambungan melayu?
Pilihan samada bersatu atau tidaknya orang-orang melayu sebenarnya ada di tangan mereka.
Sifat ketaatan melayu telah mendarah mendaging secara turun temurun.
Jika kamu, pemimpin-pemimpin melayu bersedia mengorbankan sifat sombong, riak dan takabbur yang paling dibenci tuhan bermaharajalela di dalam diri, sudah pasti kamu akan sahut-menyahut untuk bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.
Jika benar PAS boleh mendapat sokongan 70% orang melayu, demi survival melayu saya dan mungkin ramai lagi akan akur. Bukan saja orang melayu akan akur, malahan puak ‘opportunis’ atau pencari peluang keemasan di kalangan bukan melayu juga pasti akan akur disebabkan kuasa melayu tetap tertumpu kepada parti politik yang berteraskan orang melayu.
Tetapi adakah ini akan berlaku? Jawabannya sudah pasti ‘TIDAK’.
Bila tiada parti di kalangan orang melayu yang mendapat sokongan 70% orang melayu, maka kuasa penentu akan jatuh kepada bukan melayu.
Apabila kuasa penentu sudah jatuh ke tangan bukan melayu, maka keadaannya samalah seperti sewaktu British menjajah tanah melayu. British bebas menentukan siapa raja yang harus naik dan turun takhta. Cukup dengan mengalihkan sokongan kepada musuh raja yang sedang bertakhta, maka tergugatlah kuasa raja dan naiklah boneka yang dikehendaki British.
Dalam PRU 13 nanti, kuasa penentu ini akan berlagak seperti penjajah melalui proses demokrasi untuk menunjuk siapa yang harus memimpin negara. Sudah pasti yang bakal ditunjuk adalah siapa yang difikir sesuai menjadi boneka mereka.
Kepada para pemimpin melayu yang berada di dalam UMNO, PAS mahu pun PKR, soalah yang patut ditanya ialah ‘apakah sebenarnya keutamaan atau aulawiyyat perjuangan anda’?
Kuasa untuk parti sendirikah atau kuasa untuk kesinambungan melayu?
Pilihan samada bersatu atau tidaknya orang-orang melayu sebenarnya ada di tangan mereka.
Sifat ketaatan melayu telah mendarah mendaging secara turun temurun.
Jika kamu, pemimpin-pemimpin melayu bersedia mengorbankan sifat sombong, riak dan takabbur yang paling dibenci tuhan bermaharajalela di dalam diri, sudah pasti kamu akan sahut-menyahut untuk bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.
INGAT..! MCA, Gerakan, MIC menunggu di dalam. DAP dan sebahagian dalam PKR berada di luar. Kesemua mereka akan bertindak menjadi kuasa penentu.
Kamu, Melayu dalam BN, melayu PAS dan melayu dalam PKR ada 65% pengundi melayu dari keseluruhan pengundi yang bersama kamu. Tapi sayang, telah terbahagi 2.
Macam mana kamu campur tolak dan bahagi pun, kamu akan kalah....
INGAT...! Jika terjadi apa-apa kepada orang melayu angkara kesilapan perhitungan kamu, kamilah yang bakal menerima musibah...
Bukan kamu...
kalau melayu jatuh ditangan cina dan keling dimalaysia ni, maka orang yang tidak akn wujud dibumi ini ialah DSAI,Haji hadi,nik aziz nizar,dan konco-konco...
ReplyDeletesetahu saya dulu PAS pernah bergabung dengan UMNO.. kemudian ditendang keluar... tapi itu dulu...
ReplyDeletesekarang pun saya tak nampak satu usaha yang bersungguh-sungguh dari UMNO untuk pujuk balik PAS supaya bergabung..
sebelum salahkan orang lain.. elok kalau UMNO cermin dulu kesalahan sendiri...
Kawan2 yang masih berfikir dalam kotak-kotak penjajah umno dan mengamalkan politik suku dan agama suku.Politik islam bukan untuk org melayu islam sahaja.cina islam sahaja mahupun india islam sahaja.malah melangkau pemikiran kita yang bukan derhaka kepada Allah.Percaya barakah bukan dari kepemimpinan umno.Inilah kesan penjajah minda oleh mike yang selalu di canang dlm media perdana yang tetap membutakan melayu.Yang dikata hebat sebenarnya memenangkan sorak kita,tapi kampung tergadai.tak payah fikir-fikirlah,yahudi tentu senyum tengok kita.
ReplyDeleteAgama dipolitikkan, inilah jadinya. Yang salah diagungkan, yang tak bersalah difitnah semahu-mahunya hingga membawa masuk wartawan asing dan menyogok orang asing dgn berita2 dan gambar2 yg diada2kan, semuanya DENGARCAKAP sahaja. Sumpah muhabalah sebut nama Allah SWT, tak nak terima. Surat akuan bersumpah RM5 senang2 diterima. Mengaku orang ISLAM apa begini? Kata tak percaya mahkamah, tak percaya hakim2 Malaysia tp surat akuan bersumpah cap mahkamah Malaysia , boleh pulak terima????
ReplyDelete'Double standard' mainan pembangkang jelas terserlah terutamanya bila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Kalau mereka menang, mereka benar, kalau kalah semua orang lain salah, hakim salah, pendakwaraya salah, polis salah, orang tu salah, orang ni salah...susahnya hidup mereka di bumi Allah ni kerana mereka sendiri menyulitkan keadaan...kerana ada orang yg tutup dua2 belah mata mereka.
Memang benar perbuatan beberapa kerat ahli UMNO di T'ganu menderhaka kpd Sultan TIDAK mendapat sokongan ahli UMNO di akarumbi. Kami juga terkejut melihat kebiadapan sesetengah orang UMNO ni tetapi kami tidak terikut dan merestui mereka. Bagi ahli UMNO yg masih waras, kami menyuarakan rasa kesal dgn perlakuan melampau mereka itu. Bukan semua ahli UMNO buta hati!!
Mengenai pengundi hantu pula, ia adalah ciptaan pembangkang yang dari dulu suka menuduh orang lain. Tidak ada istilah itu dalam SPR dan pilihanraya yang dulu2, yg ada cuma nama2 pengundi yg meninggal atau berhijrah ke luar negara tetapi ahli keluarga mereka tidak memberi maklumat untuk membatalkan nama2 mereka. Masalahnya, perayu undi pun jadi pengundi hantu bagi pembangkang!!! Kalau dah hidup penuh syak wasangka...
Pasal rasuah ni, sama saja dlm PR. Mungkin ada pengikutnya yg tak dapat bahagiannya sebab tu lah ada yg dok teriak2 dlm blog Tun ni!!! Kalau dapat laba, takkan nak bising2 di sini? Pemimpin2 PR ramai yg bila jumpa pemimpin2 kerajaan bertukar2 senyum ada makna, bersalam2 mesra makan semeja, tetapi pengikut2 mereka di bawah mereka api2kan membenci pemimpin kerajaan. HIPOKRIT!!! Sumbangan2, derma2 dari luar negara terutamanya dari US yg mendokong parti mata dajal tu, lumayan sekali dan org2 atasan PKR selama ni dpt duit raya tak kira musim. Bila ke kampung2, mereka minta derma dari ahli2 yg tak teragak2 menderma lagi biarpun anak2 tak berapa cukup nak beli buku...Semakla senarai pemberian dari badan2 amal US nun...
Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah. Kalau kerajaan bertindak seperti yg didakwa menggunakan unit khas membunuh orang yg kerajaan tak suka, dah lama pemimpin pembangkang tu tak wujud!!! Tapi sepatutnya dah lama tak wujud sebab kerajaan masa tu dah racun dia dgn arsenik??? Lamanya kesan arsenik tu berjalan ye??? Cakap pakai lutut!
Tindakan Tun menahan bantuan sekolah agama dulu mungkin ada baiknya kerana apa guna memberi kepada yg tak reti menghargai dan bersyukur, berterima kasih kepada yg memberi?? Anak2 kecil di pasti dan sekolah agama mereka diajar menghina pemimpin2 kerajaan terutamnya Tun sebagai PM, menggelarnya dgn gelaran2 yg terlalu kesat, gambar2 Tun diconteng2, dikoyak2 dan dipijak2 dan Tun dimakihamun semahu2nya. Saya pernah melihat gambar2 Tun diperbuat begitu kerana saya dah lama bertugas di Pantai Timur, dan lebih 26 tahun. Anak2 mereka ini bila naik sekolah menengah, otak mereka dipasak lg dgn fitnah2 dan mereka ditegah mengikuti berita arus perdana, tv haram dan akhbar arus perdana haram. Yg halal berita2 fitnah yg mereka sendiri ada2kan. Kalau kerajaan dianggap taghut, zalim, kejam, tidak Islamik, mengapa terhegeh2 meminta bantuan dari kerajaan? Nak makan share duit dari kerajaan taghut, zalim dan kejam?? Baik jangan subahat saudara saudari.
PR lagi teruk. Bukan setakat cedok bagi, mereka sendiri yang pergi kaut guna jentolak. Bekas TimbKM PP juga ada bahagian dlm kuari...tu yg diberitahu. yg kita tak tahu??? Sama2la kita lihat apa lg yg pembangkang terutamanya pemimpin no1 mereka yg semakin kuat temberang, berbohong, berangan tak sudah...Hingga hari ini gagal membuktikan dirinya suci, tak bersalah walhal member2 dia di MCKK dulu semua tahu benar siapa dia di kalangan mereka...
Mereka kata PR telus? Terlalu telus hingga aksi di bilik tidur pun dihidangkan, hubungan dengan suami orang beragama Islam pun dihalalkan 'my dedicated boyafriend' kunun!. Ramai yang berjuang untuk terus menikmati gaji lumayan menjadi MP, MB, EXCO dan sebagainya. Apa jadi dgn MB Selangor? Kenapa hanya isytihar gajinya saja tp tidak kesemua aset yg lain termasuk apa yg isterinya ada? Ingat saham2nya dlm Guthrie shj beratus juta RM. Apa dah jadi dgn beberapa MP dan ADUN PR yg lain? Kes2 mereka pun mencerminkan nafsu lbh besar dari perjuangan untuk rakyat . Yg bersekedudukan dgn perempuan lain sedangkan isterinya ada, yang main gila dgn suami orang dari lain bangsa dan agama, yg dah pasang lebih isteri sedangkan dulu mereka marahkan pemimpin2 UMNO bila ini berlaku? Dan ada yg rakus menghambat persen2 dari ahli2 perniagaan disekeliling mereka. Tolonglah celik2 mata tengok orang2 PR jugak. Kalau rajin memeriksa orang2 kerajaan, sila periksa juga dibelakang tabir org2 PR ni sebab mereka bukan MAKSUM, tak pernah buat salah, tak ada nafsu atau tak terliur dgn duit senang dapat???
melayu...erm topic yang kadang2 membosankan...tapi bila difikir sangatla menyentuh jiwa...hendak ditolong tidak terdaya...hendak dilawan, sangatla kasihan...
ReplyDeleteingatla bahawa tiada yang sempurna di muka bumi ALLAH ini...bersyukur la sentiasa dengan apa yang telah kamu nikmati...janganla ikut hawa nafsu semata2 dengan membelakangkan mereka yang telah banyak menyelimuti kaum kamu..kerana aku tidak pernah tidur nyenyak...dihina, diusir, ditolak, dinafikan dsb.
ku berdoa agar melayu yang sejati akan terus bertahan mengharungi gelora kedewasaan ini...kekalkan keamanan yang selama ini aku nikmati di bumi tercinta ini...
Dulu orang putih pecah dan perintah Tanah Melayu.
ReplyDeleteZaman la ni pulak orang Melayu sendiri yang nak berpecah-pecah nakkan orang bukan Melayu perintah. Melayu masih me'layu', me'latah'dan me'leka'. Bila Melayu nak benar-benar hidup. Silap sikit nak mengamuk.Pemimpin-pemimpin Melayu UMNO ke PAS ke PKR ke apa ke masih sibuk dengan agenda berebut kuasa,jawatan, semua ada pingat PHD. Cakap tak nak jatuh.Yang ada pun bukannya salah tapi tak betul. Dia aje yang betul. Kebulur sangat kuasa dan duit ringgit. Macam boleh bawa mati.Mungkin nak dikapankan dengan kain songket kot macam TS P.Ramlee cakap.Yang benar-benar HERO Melayu ada ke?
'Takkan Melayu hilang di dunia', tapi yang tinggal kat dunia nipun ramai yang tak boleh pakai. Akal tak ada. Harap cakap saja lawa! Harap sahaja bahasanya BAHASA BAKU tetapi hatinya 'KAUDU'.
'Menang sorak tanah air tergadai'. Ate Yop, tanah ayor dah tingge segantang, kongsilah sorang sekepal. Dah elok-elok nama SEMENANJUNG TANAH MELAYU ditukar jadi 'MELAYU MATI' tu yang orang 'kapio' tak tau tanah yang deme pijak ni tanah siapa!
Pemuda-pemudi bangsa lain sibuk mengusung buku. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara pulak sibuk mengusung cinta , berAKADEMI FANTASIA, berpesta. Semua berangan nak jadi artis.Mak bapak pun bangga benor anak jadi artis. Kalau berJOM HEBOH sanggup berpanas berhujan namun mengalah tidak sekali.Kalau suruh mengaji lari. Surat khabar Melayu pulak, hal-hal remeh temeh, kisah dalam kelambu artis di'Front Page'kan. Hal-hal KELEMAHAN, KECICIRAN,KESONGSANGAN, KEBIADAPAN anak-anak Melayu tak keluar 'paper' pulak.Kalau ada pun tulisannya kecik sangat. Kat muka surat belakang!
PAK-PAK MENTERI,PEMIMPIN-PEMIMPIN, ULAMA-ULAMA, USTADZ-USTAZAH,CIKGU-CIKGI, CENDIAKAWAN,NEGARAWAN,ANGKASAWAN,SASTERAWAN, WARTAWAN, IBU-IBU DAN BAPA-BAPA tolonglah fikir dan buat REFORMASI besar-besaran untuk perbaiki mentaliti anak-anak muda kita. Janganlah hanya menjaga periuk nasi sendiri dan berpolitik aje. Kenalah garang dan tegas. Asyik mengalah dan mengikut saja tu yang anak-anak deme tak takut.Rotan sikit nak saman.
MELAYU-MELAYU UMNO,PAS,PKR dan yang seangkatan, berMUSYAWARAHla, berMUJAHADAHla, fikirlah nasib anak bangsa dan tanah tumpah darah kita yang tercinta ni. Apa nak jadi, apa nak jadi sampai sekarang tak bersatu lagi!!