Tuesday, April 14, 2009

TUGAS NO.1 PM : HAPUS MENTALITI 'UNTUNG TALA' KOMPONEN...

Nasib MCA lebih buruk berbanding UMNO dalam PRU 12.

Nasib Gerakan pula lebih buruk dari MCA

MIC pula adalah penerima hukum paling buruk dalam banyak-banyak komponen BN.

Tapi penerima nasib paling buruk ni pulak yang paling ‘demanding’.

Gerakan, parti no.2 teruk prestasinya selepas MIC, menjadi parti no.2 paling banyak buat tuntutan dan bermain sentimen sejak PRU 12. Tapi senyap sebaik saja Koh Tsu Koon ditarik ke kabinet.

MCA siang-siang sudah mendesak diberi lebih besar peruntukan jawatan kabinet termasuk TPM 2 dan Timbalan Pengerusi BN, walaupun saiz keseluruhan kabinet telah dikecilkan.

Semua beri alasan untuk perjuangkan kepentingan kaum masing-masing, mendapatkan suara yang lebih besar dalam kerajaan dan untuk kembalikan sokongan kaum mereka terhadap BN yang terjejas teruk.

Semua mereka mengaku kaum mereka masih menyokong parti tapi kerana kesombongan dan keangkuhan pemimpin UMNO telah menjadi punca kaum mereka tidak lagi sokong BN.

Pendek kata UMNOlah yang bawa lumpur hingga mereka terpalit sama.

Sekarang, beri mereka kuasa dulu. Pasti kaum mereka akan kembali sokong BN. konon..

Skrip di atas 'sah laku' dan boleh diguna pakai bila mereka sudah kalah teruk.

Kalau mereka menang besar, lain pulak skrip yang dibaca.

Mungkin bunyinya begini; ‘PM harus beri 'hadiah khas' terhadap prestasi cemerlang kami’,. ‘Mandat rakyat tidak wajar dinafikan’. ‘Sudah sampai masanya jawatan PM atau TPM diberi kepada kami’. ‘ Rakyat Malaysia sudah boleh terima bukan melayu jadi PM’.

Macam-macam lagilah. Masalah ‘boleh ke dia, tak boleh ke kita’ ni bukan penyakit PKR atau Anwar saja.

Penyakit orang ‘opportunist’ memang macam ni…

Pengerusi BN faham sangat tabiat 'nak untung tala' puak-puak ni...

3 comments:

  1. bang,

    cubo kaitkat cito abang dengan jalan cito Allah dan RasulNya...cam dulu-dulu tu......

    ReplyDelete
  2. Minggu ni......blog@1 TV1...tetamunya ialah sdr. haszrul...surat dalam botol dari perak...tolong promo kit

    ReplyDelete
  3. Aiyaa...talak untung talak sokongla. Itupun lu tak tau ka..

    ReplyDelete