Sunday, May 17, 2009

PINDA SAJA PERLEMBAGAAN BERKAITAN HAK ISTIMEWA MELAYU...

Petikan dari Kudakepang, posting 15 Mei;

“Kepada semua kumpulan ini, sila rujuk kepada muka surat 6, 70 dan 71 Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957 yang menghuraikan sejarah mengapakah keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Kumpulan ini juga wajar memahami dan menghayati mesej di sebalik kenyataan akhbar Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Oktober 2008 mengenai peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Antara lain, kenyataan berkenaan menegaskan, Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.”

Menyahut pula desakan Presiden PERKASA Dato Ibrahim Ali supaya kerajaan bertegas berkenaan dengan kenyataan memandai-mandai Ong Tee Kiat untuk mengkaji soal pengagihan biasiswa kerajaan, Kepal Nasi juga terpanggil untuk turut serta membicarakan isu ini.

Bila diasak, pandai pula berdalih mengatakan ada cina yang lebih cemerlang keputusan pepereksaan tapi biasiswa jatuh pada cina yang tak cemerlang. Tiada meritokrasi katanya.

Kita kena ingat. Tiada guna lagi mendesak atau berdebat dengan mereka yang memang sengaja menutup pintu hatinya untuk mendengar dan menerima kenyataan yang tidak pernah mereka persetujui.

Selama ini mereka mengiktiraf kedudukan istimewa orang melayu atas maksud untuk menjadi warganegara tanah melayu kerana ia merupakan syarat asas untuk mereka diterima sebagai warganegara. Suka atau tidak mereka terpaksa telan dan akur.

Hari ini mereka sudah jadi warganegara dan tiada siapa boleh melucutkan kerakyatan mereka.

Sebarang desakan, kecaman dan penjelasan yang cuba diberikan hanyalah ibarat mencurah air paip ke dalam baldi yang tertangkup. Sia-sia.

Inilah dilemma sebenar BN untuk bergerak ke hadapan dalam usaha untuk mengembalikan kekuatan. Komponen tidak sekata. Tidur sekelambu, mimpi lain-lain. Dalam reban BN, rupanya ada musang yang menyamar memakai baju ayam.

Selagi mimpi berlainan ini tidak diselaraskan dan selagi musang ini terus dibiarkan menyamar jadi ayam, selagi itulah sebarang usaha BN untuk menemui semula sentuhannya akan gagal.
Proses pemulihan kekuatan BN harus bermula dengan melakukan pemutihan semula reban BN dari sebarang elemen musang yang berbaju ayam.
Bagaimana untuk BN mendaulatkan perlembagaan jika terdapat di kalangan komponen mereka sendiri yang tidak mahu mengiktiraf sebahagian dari peruntukan yang terdapat di dalamnya?

Semangat toleransi dan perkongsian kuasa menang-menang yang sekian lama menjadi asas kekuatan BN seringkali telah menjadi penyebab utama rakyat menyebelahi BN dalam setiap kali pilihanraya.

Pimpinan DS Najib perlu tegas dalam hal ini. Kerajaan perlu berpegang kepada apa yang tersirat dan tersurat dalam perlembagaan. Tanggungjawab utama sebagai pemerintah adalah memastikan semangat perlembagaan didaulatkan dalam perlaksanaan. Ini adalah tanggungjawab ‘paling wajib dari keseluruhan perkara wajib’ yang harus menjadi keutamaan pemerintah.

Kalau kerajaan lari dari tanggungjawab ini bermakna kerajaan turut bersekongkol dan setaraf dengan golongan yang ‘engkar’ perlembagaan.

Jika golongan yang ‘engkar perlembagaan’ dianggap penderhaka kepada negara, maka sesiapa juga yang dianggap bersekongkol boleh dianggap penderhaka.

Jika kerajaan atau rakan komponen yang sejenis dengan Ong Tee Kiat beranggapan segala keistimewaan melayu ini sudah tidak relevan lagi, maka bentang saja pindaan perlembagaan dalam parlimen supaya ianya dihapuskan dan diganti dengan apa yang dianggap relevan ketika ini.

Selagi perkara berkaitan hak keistimewaan melayu ini tersurat dalam perlembagaan selagi itulah kerajaan wajib bertanggungjawab dan mempertahankannya.

Andai kata pindaan ini diluluskan, ketika itu jika terdapat sesiapa di kalangan orang melayu atau NGO melayu seperti PERKASA cuba memperjuangkan hak-hak istimewa melayu, maka giliran mereka pula boleh dianggap sebagai golongan ‘engkar perlembagaan’ kerana memperjuangkan perkara yang sudah tidak wujud dalam perlembagaan.

Hari ini rakyat sudah keliru antara agenda ayam dan agenda musang. Keliru siapa yang harus dipertahankan… ayamkah atau pun musang?
Belum pernah berlaku musang bersikap ikhlas dengan ayam.

3 comments:

  1. sememangnya biasiswa untuk anak Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan negara.. tapi rintihan daripada kaum lain pun ada benarnya..
    di mana adilnya kalau anak cina/india dengan keputusan 10A tidak memperolehi biasiswa tapi anak melayu dgn 6A dapat pula biasiswa..??
    adakah kita nak ajar melayu tidak apa dapat keputusan yang rendah tapi boleh dapat biasiswa..?
    adakah kita juga nak kata kepada anak cina/india tak perlu dapat keputusan yang tinggi sebab memang mereka tiada akan dapat sesen pun duit biasiswa..?

    cadangan saya..
    1- tetapkan sistem pemarkahan SPM. cthnya, >90:A+,85-90:A,75-89:B+...
    tiada lagi isu graf keputusan yang boleh dinaikturunkan sesuka hati
    2- hapuskan sistem matrikulasi. kalau tak mahu, buka matrikulasi kepada semua. bukan kepada melayu shj. biarkan pelajar melayu/cina/india bersaing secara adil
    3- mana2 anak melayu yang memperolehi tempat di IPTA, perlu diberikan pinjaman boleh ubah sebagai ganti kepada biasiswa. kepada anak2 bukan melayu, diberikan pinjaman biasa shj ie PTPTN.

    diharapkan dengan cadangan di atas,ada sedikit kelebihan untuk anak melayu dan anak melayu lebih berdaya saing

    ReplyDelete
  2. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sila rujuk web : pondokhabib wordpress.com

    ReplyDelete
  3. Saya memang sokong apa yang diperkatakan oleh weber. Kerajaan ini - "Malaysia" sebenarnya bukan kepunyaan orang MELAYU, tetapi orang asli. Entah dari mana datangnya orang MELAYU dan menceroboh negara ini secara beramai-ramaian dan memaksa orang lain mengaku bahawa negara ini MALAYSIA.

    Saya dapat membaca kebodohan minda anda kerana apa yang tertera di dalam petikan ini memang sangat BODOH dan fikiran anda tidak cukupo matang. Orang MELAYU memang tidak tahu apa yang dimaksudkan sebagai BODOH dan MALU.Orang Melayu tak nak mengaku kebodohan diri berbanding dengan orang Cina dan India.

    Renung-renungkan!!!~

    ReplyDelete