Saturday, July 18, 2009

T.B HOCK: BN MUNGKIN TERDEDAH KEMBALI PADA TUDUHAN KONSPIRASI

Biarlah kes tragik Teoh Beng Hock disiasat dengan kaedah yang paling memuaskan hati semua pihak.

Kalau penubuhan Siasatan Diraja boleh memuaskan hati semua pihak dan memberi keadilan sebenar kepada mangsa, maka itulah yang terbaiknya harus dilakukan.

Jangan beri ruang kepada pihak berkepentingan atau pihak yang emosional mengambil kesempatan untuk menyalahkan kerajaan semata dan mengekploitasi isu ini untuk menambah keliru keadaan yang sememangnya sangat kabur dan keliru.

Kejadian di mana ‘hanya tuhan saja yang tahu’ ini amat mudah dieksploitasi. Ia serba mungkin dan apa saja boleh diperkatakan. Terpulang kepada pihak-pihak yang mahu mengeksploitasi.

Jika dibiarkan hujah-hujah pro dan kontra berleluasa, maka tidak akan ada pihak yang berpuas hati. Tidak kira pihak itu pihak ahli keluarga, pihak pembangkang mahu pun pihak kerajaan, semua tidak akan berpuas hati.

Siapa yang boleh memberi hujah paling logik maka hujah merekalah yang akan mendapat keyakinan ramai. Jangan biarkan logik akal mempengaruhi keadaan kerana ia hanya akan menambah kelam kabut dan kekeliruan.

Kerajaan jangan dilihat mempertahankan SPRM hingga menyebabkan kerajaan akan dituduh cuba melindungi sesuatu.

Pihak pembangkang pula janganlah mengeksploitasi isu ini sehingga sebarang kebenaran yang akan diperolehi dari hasil siasatan dinafikan mentah-mentah.

Yang paling berhak mendapat kebenaran sebenar ialah ahli keluarga si mati.

Hentikanlah segala teori konspirasi yang boleh saja dibuat asal ia diterima logik akal. Ia tidak akan berkesudahan.

Jangan ada sesiapa yang cuba memperkudakan ahli keluarga si mati. Jangan ada sesiapa yang bersedia untuk dikudakan bagi maksud yang selain dari untuk mencari punca sebenar trajedi ini berlaku.

Isu ini boleh menjadi isu besar. Ia juga boleh menjadi isu yang mudah untuk diselesaikan. Syaratnya ialah semua pihak harus bersedia meletakkan kepercayaan kepada pihak yang sepatutnya diletakkan kepercayaan dalam menjalankan siasatan.

Kalau unit pathology punya kepakaran dalam bidang yang berkaitan, maka janganlah ada ahli politik menunjuk lebih pakar dari pakar pathology.

Kalau pihak polis secara lazimnya di seluruh dunia menyiasat kes-kes pembunuhan atau kematian, maka janganlah ada pihak yang ‘pre-empt’ polis berkonspirasi dan mendesak supaya Ketua Polis Negara tidak boleh terlibat dalam siasatan.

Kalau pihak polis cuba dinafikan authority mereka, kepada siapa lagi untuk diserahkan isu ini untuk disiasat?

Kalau kerajaan memutuskan untuk memwujudkan Panel Siasatan Diraja, janganlah siang-siang lagi menuduh ada yang tidak kena dari segi perlantikan ahli panel yang dibentuk.

Memang sewajibnya kerajaan yang memerintahlah yang bertanggungjawab mewujudkan Panel Siasatan ini, jika telah dibuat keputusan untuk mewujudkannya. Tidak ada dalam sejarah pihak pembangkang yang diberi tanggungjawab untuk membentuk panel siasatan. Rasional sikitlah.

Sekarang apa sebenarnya yang perlu dicari ialah kebenaran tentang punca dan sebab kematian mangsa. Perkara ini berhak diketahui oleh ahli keluarga si mati.

Ia bukan isu politik tapi isu ini amat mudah dipalingkan menjadi isu politik kalau kita mahu.

Jadi fikirlah baik-baik. Awak semua dah besar panjang. Sekolah tinggi, ilmu banyak dan pengalaman pun luas.

Tak usahlah nak meleret-leretkan cerita dengan pelbagai teori. Rakyat memanglah seronok nak dengar semua teori yang dihujahkan.

Kamu tu pemimpin-pemimpin besar janganlah mencari jalan siang dan malam menambah rasa keliru rakyat dengan pelbagai juadah fitnah, syak wasangka dan ketegangan dalam masyarakat walau pun atas nama mencari kebenaran.

Kamu hanya boleh minta kebenaran diperjelaskan dan bukan menjadi penentu kepada kebenaran.

Penentu kebenaran ada pada panel siasatan diraja, jika ia ditubuhkan. Bila dah tahu kebenaran nanti jangan pulak tak iktiraf…
Hapuskan budaya menyelamatkan diri dari disabit tuduhan dengan 'kaedah' menuduh orang lain terlebih dahulu...

No comments:

Post a Comment