Monday, August 10, 2009

ANWAR : 'STATEMAN' ATAU 'ESTATEMAN'?

Salam untuk semua pembaca. Maaf kerana lama tidak peduli dengan hal-ehwal blog dan para blogawan.

Jurublog tak suka pos artikel tak tentu hala. Daripada posting tak tentu hala lebih baik tak payah buat apa-apa. Kalau setakat cerita separuh masak dan melempar propaganda-propaganda ke benak pembaca memanglah mudah.

Tetapi kalau ada pegangan dan etika tertentu yang menjadi panduan pengamal media dan juga para pemimpin, jurublog rasa rakyat negara ini akan menjadi sebuah masyarakat yang rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan sentimen dan propanganda liar.

Sememangnya propaganda, khabar angin dan sentimen amat cocok dengan nafsu kita sebagai seorang manusia.

Sesiapa yang pandai bermain dengan propaganda, sentiment dan khabar angina selalunya akan diterima dan mendapat sambutan hangat, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh tertentu. Jika kena gaya dan cucuknya, sentiment rakyat akan segera bangkit. Kadang-kadang boleh mencapai tahap taksub.

Selalunya apabila sentimen berjaya dibangkitkan, rasional manusia akan bertukar menjadi emosional. Apabila pertimbangan rasional sudah hilang dari pemikiran, maka mudahlah mereka termasuk dalam perangkap dan dipandu ikut mana yang dikehendaki oleh si pembawa propaganda.

Tahun 1998 adalah tahun yang paling emosional. Ketika itu apa saja berita yang disebar tentang keburukan pemerintah diterima bulat-bulat tanpa perlu disemak kesahihannya. Apa saja isu yang dilemparkan kepada khalayak akan diterima sehingga kredibiliti semua institusi termasuk kehakiman dan polis berada di tahap paling bawah.

Usaha menaik sentimen ini kembali dipromosi oleh pemimpin yang sama tatkala negara dipimpin oleh PM baru.

Tujuannya mudah dibaca. Jika segala perancangan dan pendekatan yang dibawa PM DS Najib diterima oleh rakyat jelata, maka ia amat merbahaya kepada kedudukan barisan Pakatan Rakyat, khususnya pemimpin Raja Propaganda dan Putar Alam mereka DS Anwar Ibrahim.

Jika konsep 1Malaysia diterima majority rakyat, ia sudah cukup untuk mematikan pengaruh pembangkang yang selama ini bergantung sepenuhnya kepada kelemahan pentadbiran kerajaan, disamping mainan propaganda yang tak berkesudahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Maka jika DS Najib berjaya menghapus persepsi buruk rakyat melalui pendekatan kepimpinannya, sudah tentulah sentimen kebencian yang tidak berasas akan kembali rasional. Ini yang paling ditakuti oleh Anwar.

‘Style’ Anwar macam orang timba lubuk. Dia akan kocakkan air lubuk sampai keruh. Bila sudah keruh ikan pun mabuk. Masa tu barulah dia keluarkan tangguk dan jala.

Kalau air jernih susahlah dia nak tangkap ikan. Itu pasallah bagi Anwar, rakyat tidak boleh dibiarkan rasional dan berpijak di bumi nyata. Kalau keadaan kembali pulih, dia pasti akan cari jalan untuk keruhkan keadaan.

ISA, sejak hari pertama memegang jawatan PM, DS Najib sudah umumkan untuk dipinda, tapi Anwar masih mahu mengajak rakyat keluar di jalanraya.

Bukan kerana kasihankan rakyat tertindas. Bukan kerana memperjuangkan keadilan dan bukan untuk mendaulatkan rakyat….Dia hanya mahu pastikan rakyat terus mendaulatkan dirinya dipersada negara ini.

Itulah Anwar Ibrahim ‘estateman’ bukan stateman.

1 comment:

  1. Bintara Muda
    Aku banyak juga bersembang dengan orang Pas. Sebenarnya mereka pun tak setuju dan benci pas menubuhkan pakatan rakyat dengan DAP cuma sebab pemimpin meraka aja yan setuju kerana kemaruk kuasa dan pangkat nak jadi MB, exco dan sebagainya. kerana sesungguhnya kalau sebut aje orang melayu ini tak kira UMNO, PAS, PKR memang dah tahu dan masak dengan perangai DAP dengan sikap perkaumannya. Oleh itu fikir-fikirkanlah...........

    ReplyDelete