Wednesday, August 12, 2009

PAS DAH PENING

PAS seolah-olah sudah hilang kesabaran dengan tingkah laku rakan sebantal merangkap parti anti-negara Islam DAP.

Dulu mungkin ulamak PAS berijtihad atas dasar ‘bil-hikmah’ perjuangan maka PAS sedia bekerjasama dengan waima musuh Islam asal Islam dapat ditegakkan.

Api waktu kecil jadi kawan, bila sudah besar jadi lawan.

Air boleh beri benafaat, tapi kalau sudah lari dari kelaziman boleh bawa mudarat. Macam banjir atau melecur terkena air panas.

Orang tua-tua pesan, kalau nak mandi pertama teluk, ke dua pantai. Kalau nak pilih pemimpin pulak, yang pertama elok, ke dua pandai.

Bukan main sedap rasa dan ikut kepentingan semasa. Bila pilihanraya datang, nak menang punya pasal, buat ijtihad baru dibolehkan bersekongkol dengan orang tak reti bahasa dan jauh sekali dari reti agama. Sekarang ni tengok apa dah jadi…?

Suka sangat main api. Bila lecur sana lecur sini, baru terasa sakit.

Buat rumah tepi pantai, bila kena langgar ombak siang malam, tak boleh tahan pulak.

Itulah….Orang PAS ni sebenarnya bagus. Niat pun baik. Cuma kaedah perjuangan yang tak istiqomah dan tiada istiqlas. Sering berubah-ubah dan terlalu mudah 'terkesan' dengan alam sekeliling.

Niat baik, cara tak baik pun tak jadi. Macam niat nak dapat zuriat, tapi tak melalui cara perkahwinan yang sah. Mana boleh!!. Tuhan memang menyuruh kita kembangkan zuriat tapi pendekatan mestilah dengan cara yang halal.

Nak daulatkan agama tu baik dan dituntut serta wajib. Tapi cara mestilah ikut cara yang tuhan paling suka. Cara tuhan paling suka mestilah cara yang ditunjukkan oleh KekasihNya, Muhammad saw. Mana mungkin nak daulatkan Islam tapi ikut cara semberono dan pakai otak sendiri je.

Kalau pakai otak sendiri saja tanpa panduan dan ikutan yang betul seperti yang ditunjuk oleh kekasihNYa, itu bermakna kita membelakangi cara atau pendekatan yang tuhan paling suka. Mereka rasa pendekatan mereka lebih relevan dari pendekatan nabi.

Sekarang padanlah muka para ‘ahli hikmah’ PAS. Pakai lagi otak dan akal sendiri. Sampai bila PAS boleh bertahan dengan onak dan karenah yang dilakukan oleh orang yang tidak ada sebesar zarah pun kalimah tuhan dalam hati.

Konon bijak dan hikmah sangat membawa perjuangan agama.

Kita nak tengok lagi, apa tindakan PAS terhadap penghinaan agama yang diucapkan oleh MP DAP Jelutong. Kita pun nak tunggu apa tindak balas PAS terhadap tindakan DAP selangor terhadap Dato Hassan Ali.

Kepada PAS, janganlah kamu ingat kamu lebih bijak memperkudakan mereka untuk kepentingan perjuangan Islam yang kamu bawa. Merekalah sebenarnya yang membuatkan kamu terperangkap dengan helah dan hikmah perjuangan yang kamu rancang sendiri.

Belum ada tercatat dalam sejarah lagi, Islam memperkudakan musuh Islam untuk menaikkan Islam.

Itu semua tipu-tipuan iblis terhadap ilmuan Islam..

6 comments:

  1. SAUDARA KNKB,HUJAH HUJAH YANG SANGAT TEPAT DAN BERBISA KEPADA PEMIMPIN PAS,TERUTAMANYA ULARMAAK NIK AJIS !!


    malu kpd bukan lslam

    ReplyDelete
  2. DAP mmg la musang, tapi UMNO Musang berbulu Ayam.

    Pegi la jalan TAR, depan dan sebelah Restoren Insaf ada 2,3 kedai buku agama. Kalu lapar pekena BERIYANI dulu.

    Banyak kitab karya TGNA, bacalah hasil karya beliau. Bukan dari lidah Utusan or TV3 dan terus buat keputusan.

    Carilah juga buku Harussani, kalu ada lahhhhh ! ! ! !

    ReplyDelete
  3. Zaman cakap begini:
    Orang tua-tua pesan, kalau nak mandi pertama teluk, ke dua pantai. Kalau nak pilih pemimpin pulak, yang pertama elok, ke dua pandai.

    Den nak jawan begini, kalau nak anak kito kono pinang kek oghang, nabi kito dah posan supaya kreteria terbaik ialah mengutamakan berugamo dulu kemudian kok dapek berharta, baik ghupo dan perangai alangkah sodap mato memandang. Elok kek mano Zaman? banyak bondo yang elok kito nak dan pandai pun kok dapek biarlah pandai boleh diikut. Tak guno muka hensem ngalah aktor bollywood dan pandai sekolah mcm Rahim Tamby Chik maso jadi KM Melako.. den tau dia pandai dan hensem tapi perangai ngalah Mat Kerbau!!! Tengok Najib maso mudo.. oii kacak dan togap batang tubuh ae.. ghamai anak dagho terjoling-joling.. tapi oghang Pas tau bona skandal dio nih. Rusmah tentu sonyum bilo den sebut namo Rahim dan Najib dalam tahun 1980an dulu.. ini yg bebudak umno kono kumbah balik baju-baju lamo umno. so, pandai belum tentu elok. Kok pandai pun jadi juara jenayah kolar putih, peghabih khazanah negara, melarikan anak dara orang atau menabur airmani( kata Zaman) nak buek apo kan?

    Nik Aziz ghaso den tak pulak ado kes menjadi penyangak macam tu.. mulut basah dgn zikirullah dan cepat menyanggah apo yang tak boto kek mato dio sebagai alim ulama. Kok Mutfi N.Sembilan pun dilutu kek Isa Pendek mako cagho mano nak memulihkan kebangangan bebudak umno nih?

    Kok kobau boleh ditarik dengan tali kek idung, kok Zaman dan jejuak umno nih mengalah kobau pendek ko apo.. mano nak disangkutkan tali kek muncung dio tu?

    Ghontikan nak melagakan Pas dgn Dap. Abih kapitan MCA, Gerakan atau Koling MIC tu terlalu ELOK DAN PANDAI bagi Zaman dan umno? ekau ingat oghang Pas bangang sangat ko?

    Zaman, ekau balik ke kampung poie sapu ghumah peninggalan omak kau tu.. dah naik somak dah..

    ReplyDelete
  4. Zaman, den mintak maaf lagi sekali ulas komentar ekau nih iaitu,

    "Kepada PAS, janganlah kamu ingat kamu lebih bijak memperkudakan mereka untuk kepentingan perjuangan Islam yang kamu bawa. Merekalah sebenarnya yang membuatkan kamu terperangkap dengan helah dan hikmah perjuangan yang kamu rancang sendiri.

    Belum ada tercatat dalam sejarah lagi, Islam memperkudakan musuh Islam untuk menaikkan Islam.

    Itu semua tipu-tipuan iblis terhadap ilmuan Islam.."

    Zaman, bab politik dan strategi pograng kono bijaksano. Den tak nak sontuh bab nih sebab sebagai orang Islam kito kono bijaksano supaya cawan tak pocah air tak tumpah. Pas berpaksikan alQuran dan Sunnah. Majlis tertinggi Pas ialah Majlis Syura Ulama tak macam UMNO. Gilo kalau ulama yang mahir dalam bidang agamo tak tau mano yang terbaik untuk memimpin ummah. Kok guna akal mesti berdasarkan syariat jugak. Tak macam pemimpin umno, buat plan dan perlaksanaan sesuatu projek tanpa mengira pandangan syariat. Dulu ikut cakap Mahathir, semuo angguk hingga dia pelekeh hudud..jejuak umno buto mato sebab jahil atau takut?

    Zaman, bab "Belum ada tercatat dalam sejarah lagi, Islam memperkudakan musuh Islam untuk menaikkan Islam" ekau kono baco sirah nabi ( tanyo abang-abang ekau spt Isham dan Kamal yang pernah menadah kitab usrah maso dalam ABIM)ado tak nabi saw guno bukan Islam jadi penunjuk jalan untuk berhijrah? itulah yang den cakap, bebudak umno nih masih kebangangan tapi terlonjak-lonjak nak tunjuk kuek tongah medan silat.. kono pekomehkan songkok tinggi ekau sobab anytime boleh terlayang kono libeh. Baik ekau pakai ketayap dan ikek komeh dgn serban.. kok kono tuing pun taklah sakit bona.

    ReplyDelete
  5. tuan,
    saya baru membaca blog ini yang rasanya pro umno dan byk menyerang pihak pas. adakah pihak lawan hanya layak membaca tanpa mampu pertahankan diri?

    ReplyDelete
  6. APA NAK DIBANGGAKAN DENGAN BUKU DAN KARYA YANG MENGGUNUNG TINGGI KALAU ILMU YANG ADA TIDAK DIMANFAAT UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH,TIDAK BERMUHASABAH DIRI DAN SERING NAMPAK KESILAPAN ORANG LAIN TANPA MANGAKU KEKURANGAN DIRI.APA NAK DIBANGGA DENGAN ILMU DI DADA KALAU ILMU ITU TIDAK MEMBAWA MANFAAT UNTUK AGAMA BAHKAN DENGAN ILMU JUGA INSAN LAIN DIPERLEKEH DAN DIHINA DENGAN PELBAGAI GELARAN MALAH KEISLAMAN INSAN LAIN JUGA SERING DIPERTIKAI.APA ADA PADA MUSYIDUL AM PAS NIK AZIZ DALAM MENGANGKAT MARTABAT ISLAM KE TEMPAT MULIA.....BELIAU SERING MELAUNGKAN SEMBOYAN PERPECAHAN,TERLAMPAU SOMBONG DAN BONGKAK DENGAN SEDIKIT ILMU YANG DIKURNIAKAN ALLAH,INSAN SEAGAMA DIBENCI SEBENCI BENCINYA MANAKALA KAUM LAIN YANG TIADA SEKELUMIT KALIMAH SYAHADAH DIMULIAKAN INIKAH ISLAM CIPTAAN PAS,MURSYIDUL AM DAP(LIM KIT SIANG) SERTA KHALIFAH LIM GUAN ENG DIANGKAT SEBAGAI INSAN TERMULIA YANG SAMA-SAMA AKAN MEMERTABATKAN ISLAM DI BUMI BERTUAH INI......HAMPEH, RETORIK,PENDUSTA DEMI ALLAH ISLAM AKAN HANCUR DAN LEMAH MANAKALA UMAT MELAYU AKAN MEREMPAT DI BUMI SENDIRI ANGKARA PAS DAN KONCONYA...INIPUN MAKHLUK PAS TIDAK FAHAM DAN TIDAK NAMPAK,KARPAL SINGH PERNAH KATA LANGKAH MAYAT AKU DULU SEBELUM BUAT NEGARA ISLAM....INIPUN MAKHLUK PAS TIDAK FAHAM....AGAKNYA MAKHLUK PAS NI DAN MATI RASA DAN HATI......BERTAUBAT DAN KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN SEBELUM TERLAMBAT,USAH TERLALU TAKSUB DAN MENYOKONG MAMBUTA TANPA FIKIR DAN BERMUHASABAH.......INGATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete