Wednesday, March 7, 2012

TUN M DEDAH RAHSIA CARA JATUHKAN ANWAR..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kuasa rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke-13 adalah satu-satu cara untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus bermaharaja lela di negara ini.

“Terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.

“Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh AS untuk menukar Kerajaan”, katanya dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc, bertajuk “Peperangan Mesir Melawan NGO”

Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir membuat perbandingan usaha menjatuhkan kerajaan oleh kuasa asing AS yang diistilahkan ‘regime change‘ di Mesir hampir sama dengan usaha dilakukan di Malaysia.

Menurutnya, dalam mencapai cita-cita mewujudkan kerajaan boneka itu, AS membayar NGO NED (National Endowment for Democracy), dan cabang-cabangnya, termasuk NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House untuk menaja calon proksi mereka di Mesir dan Malaysia.

“Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh AS di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.

“NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika”, katanya.

Katanya lagi, apabila AS berjaya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM boneka, maka matlamat untuk menggubal undang-undang yang menghalalkan aktiviti seksualiti songsang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dapat dilaksanakan.

“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat AS.

“Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

“Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?”, katanya. Sumber AIDC

16 comments:

  1. Persoalannya adakah rakyat percaya cakap Mahathir itu, kalau benarlah apa yang dikata oleh Mahathir itu, sudah tentulah kami dari pembangkang sangat senang untuk berkempen.

    Untuk pengetahuan sdr-sdr sekalian, kami dari pembangkang terus di tekan hari demi hari, polis tekan, sprm tekan, rtm tekan , utusan tekan, berita harian tekan.

    Habis apa istimewanya, mana bantuan Amerika itu ?

    Yang sebetulnya Umnolah yang mendapat bantuan penuh dari Amerika....

    Yang sebetulnya Mahathir mengigau siang malam takut Pakatan Rakyat menawan Putra Jaya dan kesnya yang selama ini melindungi segala jenayah akan dibongkar kembali oleh kerajaan Pakatan rakyat.

    Itulah sebabnya dia siang malam menabur fitah kepada Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bantuan Amerika 2 bg kat anwar kt konco dye x bg suh cari sendiri

      Delete
    2. Bang Non,

      Polis tekan? biar betul... SPRM tekan? biar betul, kes bas sampai hari ni x da apa-apa...

      Kau mmg spesies kurang cerdik sebab tu kau rasa kena tekan...cuba kau pergi tanya ex-PKR yang lari, berapa banyak bantuan AlJub dapat dari US, Singapork dll...

      Delete
  2. haha...juak pkr sendiri pun ngaku pkr dapat support dari AS...apa lu mau crita lagi tot...

    ReplyDelete
  3. Bro Anon 4:34AM

    Yang dapat dana tu Anwar, banyak bro..., dia senang, hangpa susah.

    Memang la Anwar tak mengaku dia dapat dana, tapi hangpa pikiak la, berapa rege rumah dia buat, dia pakai kereta2 jenis apa, pi oversea naik k/terbang economi ke first class. Mana duit dia ambik. Nak harap duit dia keluaq sungai buluh berapa sen sangat dia ada, gaji MP berapa sen sangat.

    hangpa pikiak la sendiri... ada otak Allah bagi. Jangan dok kena sontot dengan dia ja...

    -art-

    ReplyDelete
  4. Anon o4.34AM,
    Kamu terasa tekan tu bukan kerajaan, si Anu dok tekan kamu dari belakang..faham? Tapi jgn pandang belakang sbb muka tua nanti putus stim...

    ReplyDelete
  5. AnonymousMar 7, 2012 04:34 AM

    Coba kau hidup macam orang ramai..bersyukur apa yang kau dapat dari pemerintah..tak senangkah lagi hidup kita dibumi aman ini...kalau kau tak salah ada polis tekan kau ada sprm tekan kau ada rtm tekan kau ada utusan tekan kau ada berita harian tekan kau.....
    Sedarlah sikit...coba kau duduk kat somalia..nak makan pon susah. Kalau kau ada anak, kau marah tak, kalau anak kau buat salah? Berpijaklah di bumi yang nyata..

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa di antara kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Kita kan merintih sendiri

    Jangan buang waktu lagi
    Majulah raih sebuah mimpi
    Hapuskan sengketa
    Teruskan usaha
    Kita kan gagah di nusantara

    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di nusantara
    Kita kan gagah di pentas dunia

    ReplyDelete
  6. Org lain panggil 'Arab Spring'
    DrM cakap 'regim Change'

    punyalah lawak, tu sbb org suruh boikot UM, TV3 yg kejanya memperbodohkan Melayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab Spring tu doktrin,

      Regime Change tu result...

      Teruk sgt kau ni bro...

      Delete
  7. golongan golongan yang tak berterima kasih ni patutnya dihantar ke pulau mindanao aja, suruh dia orang belajar dan perhatikan kehidupan orang islam di sana. bergaduh sama islam...si kapir yang kumpul kekayaan dan lepas tu gelar pula islam sebagai pemberontak...rasa rasanya melayu islam kat malaysia ni nak jadi macam tu agaknya...fikir lah sebelum nasi jadi bubur

    ReplyDelete
  8. tu laaa, aq sokong anonymous atas aq nie, baguih.. kan snag klau smua rkyat mlysia, especialy melayu pkir mcm die nie.. aman hidup..

    ReplyDelete
  9. PAS parti anutan slam memang x tahu menerima kenyataan,mereka cuma layak hidup di akhir zaman bersama ulamak2 mereka je.....

    ReplyDelete
  10. saya setuju la dgn pendapar korang semua... rakyat malaysia hidup senang aman damai, tapi tidak bersyukur, masih mencari janji-janji yang ntah jadi nyata atau tidak.. kalau anwar sodomi..isk..tarak orang lain kerrr...

    ReplyDelete
  11. apa pun kita kena ingat dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..jangan sampai cacing naik kemata

    ReplyDelete
  12. ingatlah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung jgn sampai cacing naik kemata..

    ReplyDelete