Tuesday, March 6, 2012

AKHIRNYA PENYOKONG PAS AKUI UMNO BAGUSSS!

luahan penyokong pas

Dosa yg tak mungkin di maafkan

Politik melahirkan haiwan! Ia dinamakan haiwan politik - political animal. Ia tidak wujud dalam politik Islam, tapi wujud dalam Parti Politik Islam yang terpalit gaya Machevelli apabila kuasa menjadi buruan dengan niat berlapis-lapis. Kuasa diburu untuk melonjak taraf sosial dan taraf ekonomi.Kuasa mahu diguna untuk mengagihkan hasil berkuasa.

Yang tidak mahu semua itu, kuasa diburu atas sifat cemburu, ingin merasainya dan menunjukkan gaya kuasa yang lebih baik. Sebagai pemerhati dan pengkagum politik PAS yang bekerja dalam lingkungan BN, aku tidak ketinggalan memerhati, mengkaji, menganalisa dan merumuskan apa yang telah dan sedang terjadi.

Satu SMS dari seorang rakan yang diterima pagi tadi telah melonjakkan hajat untuk membuka kisah ini walaupun pernah berjanji kepada si pencerita untuk menyimpannya selama yang boleh. SMS itu berbunyi..." Bahtera telah berjaya di tebuk. Ustaz Azizan telah selamat sebagai MB daripada PAS yang Pertama dan Terakhir. 

Kalau beginilah gaya perjuangan PAS, UMNO jauh lebih baik daripada banyak sudut walaupun cacat dalam banyak hal. kaum yang menentang pemimpin yang diangkat oleh ummat Islam umpama golongan khawarij - Nauzubillahi min zaalik- Harap Tuanku Sultan mempunyai pertimbangan yang terbaik dalam hal ini" 


MTK
Tentera pas baru nak sedaq yang perjuangan Umno lebih baik dari pas...tu la dulu sebelum pas jadi pentadbir hampa bukan main lagi kata kat umno ni macam2..tapi la ni baru hampa tau perangai lebai lebai ni macamana,ni bukan political animal tapi hati tu dah memang hati binatang dah..
(Medantempurkedah.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment