Monday, July 15, 2013

PEMIMPIN UMNO YANG SAKIT ATAU AHLI?

Bila rakyat biasa pun sudah dapat "membaca dan mengagak" cara kerja dan cara politik seseorang Perdana Menteri, itu menandakan rakyat tahu di mana kekuatan dan kelemahan seseorang Perdana Menteri. 

Bila orang sudah tahu di mana kelemahan dan kekuatan PM kita, maka bersiap sedialah untuk kita menerima hakikat bahawa PM kita akan terus dibuli oleh puak-puak yang berkepentingan dari segenap arah.

Apakah wajar PM bertindak mengabaikan semua kritikan dan pandangan yang dilemparkan oleh rakyat di atas alasan, "buat apa pun tetap akan ada orang yang tidak puas hati. Jadi kita buat saja apa yang kita rasa patut dan perlu buat".

Walhal;

1. Kritikan dan kebimbangan ramai penganalisis dan rakyat majoriti senyap melihat sikap keterlaluan PM Najib memenuhi segala kehendak kaum cina, telah terbukti satu perjudian yang salah. PM Najib akhirnya kena tipu bulat-bulat dengan kaum cina.

2. Sokongan orang melayu yang bertambah kepada UMNO bukan disebabkan orang melayu teruja dengan cara UMNO melindungi kesucian agama Islam, hak istimewa melayu atau pun disebabkan yakin UMNO berupaya melindungi kepentingan ekonomi orang melayu. 

Antara faktor orang melayu kembali kepada UMNO, antaranya adalah di atas sumbangan dan sikap Anwar, PKR dan para pemimpin PAS yang terlalu berkompromi dengan segala kehendak DAP hingga kalimah Allah pun sanggup dikongsi dengan agama lain.

Orang melayu yang mempunyai kebimbangan lebih tinggi dari pemimpin UMNO sendiri dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan kepentingan melayu, melalui NGO-NGO melayu bangkit mendesak supaya UMNO bertindak tegas mempertahankan semua khazanah umat melayu ini.

Orang melayu memikirkan UMNO memang sudah memegang kuasa. Jadi mereka memikir tiada pilihan melainkan terpaksa juga menyelamatkan UMNO.

Pemimpin UMNO jangan perasan lebih. Merekalah yang sebenarnya telah diselamatkan oleh orang melayu dari hilang kuasa dan jawatan. Bukan mereka yang menyelamatkan perjuangan melayu. 

Pemimpin UMNO hari ini nak kena faham ye... Kena sedar siapa yang selamatkan siapa, siapa yang lindungi kedudukan siapa. Hari ini ahli di bawah lebih kerut dahi memikir masa depan orang melayu daripada pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO lebih kerut dahi memikir bagaimana untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing dari berkerut memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Ini sahih. Jangan nak nafi-nafi.

8 comments:

  1. as salam..sye setuju dgn pdgan saudara...adakah kita aje yg risau dgn gelombang yg melanda umat ISLAM kt msia..tp pemimpin diatas diam bisu..sye kdg2 rs blogger yg byk berperang sdgkan pak menteri santai lg..dh ilangkah hidayah dlm ati mereka..bila org mengusik ISLAM...sye rs pemimpin umno n pas sama sje..mereka hnye risau periuk nasik mereka..wlpn kdg mls nk ckp psl lembiknye pemimpin kita..tp sye terus jugak komen n tulis kat blog pasal sye x nk ISLAM lenyap dr MSIA...BNGLAH WAHAI UMAT ISLAM BERSATULAH!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Betul ke najib kata begini? ?..."buat apa pun tetap akan ada orang yang tidak puas hati. Jadi kita buat saja apa yang kita rasa patut dan perlu buat".

    Aaaiiik?... Kata nak jadi hamba kepada rakyat?... Kata zaman kerajaan lebih tahu dari rakyat sudah tamat?... Kata akan berjuang hingga titisan darah terakhir untuk umat melayu dan islam?...

    Tak pandai nak pilih mana pandangan yang bernas dan hak?...

    Adakah najib ni dah nak jadi penipu?...dah nak buat ikut suka hati dia?... apa ke jenis perdana menteri ni?...

    Kepada semua orang2 melayu tanah air tercinta ini. Kita wajib menyingkirkan najib dari terus dilanda fenomena tsunami bodohnya itu. Pilihlah ketua yang lebih bersemangat dan berani mengorbankan diri untuk kaum yang dipimpininya. Najib bukan ketua kita lagi.


    ReplyDelete
  3. Ahli Umno dan penyokong serta jadi Pengundi berhempas pulas memastikan pemimpin UMNO jadi YB tetapi bila dah jadi YB....5 tahun akan datang baru dapat jumpa lagi kalau nak jumpa pun kena tapis dulu....kalau ada jawatan di Bahagian boleh lah tapi setakat ahli....sorrylah... Ini da nak sampai masa pula para pemimpin UMNO samada nak bertahan jawatan atau naik pangkat dalam UMNO....Maka sibuklah para kempen manager hantar kain pelekat dan kurma...Kempen manager akhirnya yang tukar kereta baru.....Ini lah Pemimpin dalam UMNO...harga ayam naik minta rakyat jangan makan ayam, makan ikan...bila semua makan ikan maka ikan pula tak cukup bekalan maka ikan pula mahal....Menteri kata lagi jangan makan ikan....Daging tempatan lebih mahal, kalau nak murah makanlah daging import dari India....Lembu kurus tunggu nak mati...jadi makanlah wahai rakyat Malaysia...Daging yang berkualiti dari New Zealand tidak di benarkan import sebab tidak ada halal tetapi pekerja proses lembu termasuk Penyembileh beragama rakyat islam Malaysia.... kalau setakat otak menteri boikot baik tak payah ada menteri.....Bebaskan import ayam dan daging...biar berlambak baru harga ayam turun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri ada pergi pasar tak? Cakap macam tak ada akal. Cuba pergi pasar dan bandingkan harga ikan sekilo dengan harga ayam sekilo. Mungkin menteri ni datang dari pulau atau kampong kat pantai di mana harga ikan direct dari sampan nelayan memang murah.

      Delete
    2. ape nak buat itulah standard mentaliti Menteri kabinet Najib.sepatotnya Menteri ada kuasa berusaha selesaikan masalah rakyat yg kempunan dgn harga ayam tp cara mudah suruh rakyat jgn mkn ayam.wat abis boras ye Menteri ni.tak leh bebas nak impot ayam nti syarikat2 ayam cina muflis.d Malaysia ni minta kerajaan siarkan syarikat2 pengeluar ayam.sape mereka???

      Delete
  4. orang Melayu menyokong Umno adalah kerana orang melayu sayangkan kuasa pemerintahan Melayu kerana pada masa ini hanya UMNO sajalah yang boleh mempertahankan kuasa orang melayu. Tapi pemimpin Umno tidak sedar yang kuasa Melayu itu sedang terhakis. Mererka masih megah yang Umno masih kuat disebabkan oleh mereka. Mereka tidak sedar yang rakyatlah yang menolong mereka bukan mereka yang menolong rakyat.Mereks tidsk sedsr kalau orng melayu tidak mengundi mereka, mereka tiadak akan berada di situ. Wahai pemimpin UMNO sedarlah dari tidur!!!

    ReplyDelete
  5. Pemimpin UMNO yang tenat sekarang. Mereka fikir kedudukan mereka dalam UMNO itu adalah pusaka bapak mereka. Mereka fikir kedudukan mereka sebagai wakil rakyat itu pusaka bapak mereka. Dah tiga, empat atau lima penggal sebagai wakil rakyat masih tak dak beri laluan lepada orang lain yang lebih baik. Kalau mereka tak diberi bertanding mereka merajuk dan masuk parti pembangkang. Pemimpin apakah ini? Bodoh dan bangang tanpa memikirkan bangsa MELAYU.

    ReplyDelete
  6. Andai UMNO dulu mengaku berjuang untuk memertabatkan orang Melayu memang saya setuju. Tetapi UMNO anak dari UMNO dulu yang diharamkan(padahal tidak haram pun) yang ujud sekarang sudah tak kenal lagi perjuangan bapa dia. Kerana anak ini dilahirkan gila...bukan gila mereng tu..tapi gila jenis lain. Gila kuasa,gila betina dan yang paling teruk gila duit mau banyak pangkat mau tinggi. dari pucuk sampai JKKK bahlul yang hanya pandai mengampu YB ADUN.sistem ampu mengampu, minta habuan, dan menekan siapa yang complain dah lumrah . depa ni dah jadi anak haram jadah, setan manusia. Apa ada kira nak ngap saja.memang dah melampau sangat dah. bolih panggil babi dah pasai dah tak kenal haram halal. mabuklah hampa, mentekedarahlah hampa, akan sampai nanti masa hampa dok jilat makan pasir. tengoklah bila ada parti penganti. ketahwanlah hampa.

    ReplyDelete