Wednesday, December 9, 2009

BTN : NAZRI CERCA ISTERI DAN ANAK SENDIRI

Ke mana sebenarnya halatuju Nazri Aziz? Apa sebenarnya yang dia mahukan? Sebagai pemimpin kerajaan, rasionalkah pemikirannya dalam memberi pandangan soal berkaitan BTN?

Kenapa tiba-tiba Tun Mahathir pulak yang dijadikannya sasaran paling utama dan bukannya pembangkang?

Bukankah dia yang selalu melatih pemuda UMNO melalui BTN dulu? Memanglah BTN pun ada menjalankan kursus untuk ahli UMNO. Bila kursus yang melibatkan ahli UMNO, sudah semestinya kepala ahli UMNO akan dicuci sesuai dengan modul yang berasaskan idealogi dan perjuangan UMNO.

Tapi bila BTN melatih pegawai dan penjawat awam, mereka ada modul yang berlainan sesuai dengan kepeluan latihan yang direka khusus mengikut kesesuaian fungsi dan peranan para pelatih sebagai penjawat awam di dalam sebuah kerajaan.
Seharusnya pegawai dan penjawat awam ini diberi pendedahan dan dilatih serta diindoktrinasikan mengikut acuan dan halatuju sebagai sesuah kerajaan yang memerintah. Kalau tidak, bagaimana mahu mentadbir jika antara pemimpin kerajaan dan penjawat awam berkomunikasi seperti bahasa ayam dan itik.

Tanyalah kepada penjawat-penjawat awam yang telah mengikuti kursus anjuran BTN, adakah pernah mereka diindoktrinasi mengikut modul latihan UMNO?

Nazri mungkin tak tahu atau buat-buat tak tahu perkara ni sebab dia selalu datang sebagai penceramah di atas tiket UMNO dan memberi ceramah pun kepada peserta UMNO. Dia pun terlibat sama menanamkan semangat melayu di dalam jiwa para peserta.

Dia yang terlibat secara langsung dalam membawa perjuangan rasis ini, kalau benar dia beranggapan modul BTN rasis.

Tindakan Nazri mencerca modul BTN ini bolehlah diibaratkan sama seperti dia mencerca isteri yang dikahwininya dan mencerca anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang dia sendiri akadkan.

Apa pandangan kita pada Nazri Aziz, jika dia mencerca perempuan yang dikahwininya sebagai kolot dan ketinggalan zaman?

Apa komen kita, kalau Nazri mencerca anak yang dilahirkan oleh isterinya tidak sepatutnya berwajah dan berperangai seperti itu? Bapak jenis apakah boleh dilabelkan JIKA ada bapa dan suami yang bermulut celupar seperti ini?

Lebih 20 tahun Nazri terlibat dengan BTN, baru sekarang dia memberitahu seluruh negara bahawa dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang, bahawa BTN sudah melakukan kesilapan dengan membawa obor perjuangan rasis.

Tun Mahathir yang mempertahankan modul BTN pun tidak pasal-pasal dilabel rasis!

Bagaimana UMNO dan kerajaan mahu bangkit dan diterima kembali oleh rakyat jika terdapat sebahagian dari kalangan pemimpin yang memimpin UMNO tidak yakin dengan apa yang UMNO lakukan?

Pemimpin yang diamanahkan untuk meneruskan perjuangan UMNO tapi tidak bersetuju dengan kaedah yang dilakukan oleh UMNO, adalah tidak layak memimpin UMNO. Jika golongan ini terus-terusan diberikan amanah untuk menjaga UMNO, alamat makin cepatlah UMNO akan dibatu nisankan.

Mana-mana institusi samada organisasi politik, syarikat perniagaan atau pun persatuan akan gagal jika mereka yang mengemudi organisasi itu tidak yakin terhadap apa yang organisasi itu lakukan.

Pemimpin-pemimpin yang mahu diberikan amanah di dalam UMNO harus dinilai semula kelayakan dan ketahanan mereka dalam mempertahankan perjuangan parti. Jika perkara ini tidak dilakukan jurublog tidak nampak UMNO akan berjaya melalui proses pemulihan kepercayaan rakyat.

Presiden dan Timbalan Presiden parti harus memikirkan perkara ini secara serious kerana ujian sebenar PRU 13 mahu tidak mahu terpaksa juga dihadapi dalam tempoh dua atau tiga tahun ini.

8 comments:

  1. Kami rakyat mahu DS Najib memecat Nazri bodoh ini dgn segera! Jangan disimpan pengkianat bangsa ini!

    ReplyDelete
  2. PM lembek sangat....orang atas pagar marah nazri kurang hajar..dont touch Tun..amno dan nazri akan di ajar come next election

    ReplyDelete
  3. NGABIHKAN BOGHEH YO LAH....
    INILAH DIA WAJAH MANUSIA YANG TAK MENGENANG BUDI...
    TERSILAP KANDANG UNTUK MENGUCAP KOT

    ReplyDelete
  4. Nazri nak tunjukan kesetiaannya kpd Dollah dan KJ.Penyokong Dollah dan KJ disertai pembangkang sedang giat menyerang Dr M kerana mereka sudah tahu jika pemikiran Dr M digunapakai olih Najib memang mereka tidak akan ada harapan utk memerintah negara ini.Harapan org Melayu hanya ada pada Dr M.
    Kalau nak Melayu terjual sokonglah Dollah,KJ dan pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Aku pemuda umno dari zaman najib,rtc, nazri(memangku), zahid, hinggalah ke hisham. penipu kalau nazri kata dia tak rasis, aku masih simpan ucapan nazri semasa dia jadi pemangku ketua pemuda. Jadi kalau nak jadi hero pun cermin dulu diri dan pandang kebelakang, ingat dari mana kita datang.. dia ni dah jadi macam zaid ibrahim jadi berhenti je lah macam zaid.. masuk pkr atau dap 'yg tak rasis tu ' sesuai utuk orang macam zaid dan nazri.. apa lagi bla la.. kami rakyat khususnya orang melayu tak perlu menteri macam ni...

    ReplyDelete
  6. saya sokong nazri bodoh tolol bahlol dibuang..

    ReplyDelete
  7. Salam semua,
    Nampaknya Nazri datang lagi mengkritik Tun Mahathir...rasis? MT pun kena lantik aje nak kritik Tun M yang dah membangunkan M,sia hingga terkenal seluruh antario...masuk kubur lah Nazri sebelum engkau terkubur nanti.

    ReplyDelete
  8. "UMNO membusuk dari Usus hingga ke mulut"

    Pemuda UMNO padang rengas..

    ReplyDelete