- PRIBUMI + CINA + INDIA + LAIN-LAIN = RAKYAT Malaysia.
- PRIBUMI DILINDUNGI SECARA PERLEMBAGAAN SEGALA HAK ISTIMEWA TERMASUK AGAMA ISLAM, PENDIDIKAN, BAHASA DAN ADAT RESAM & BUDAYA.
- BUKAN PRIBUMI JUGA DILINDUNGI SEGALA HAK ISTIMEWA TERMASUK HAK SEBAGAI WARGANEGARA, PENDIDIKAN, BAHASA, HAK KEBEBASAN MENGAMALKAN KEPERCAYAAN AGAMA, ADAT RESAM DAN BUDAYA.
- BUKANKAH FORMULA INI SUDAH CUKUP ADIL?
- Segala hak dan perlindungan kepentingan semua kaum ini dijamin oleh perlembagaan dan ia selama ini telah digazetkan sebagai perkara-perkara SENSITIF dan sebarang tindakan menyongsang atau pelanggaran terhadap perkara ini akan disabitkan sebagai isu keselamatan. Masing-masing kaum tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang boleh membangkit sensitiviti, kepentingan dan hak lain-lain kaum.
- Begitulah tegasnya kerajaan Perikatan atau BN apabila timbul isu-isu ini.
- Peruntukan dan perlindungan yang diberi oleh perlembagaan mencakupi semua kaum dan tiada sedikit pun meminggirkan kepentingan mana-mana kaum. Penggubal perlembagaan tidak alpa kepada semua kepentingan ini dan tiada mana-mana kaum pun yang tercicir atau tidak diberi pertimbangan di bawah perlembagaan negara.
- Ketegasan kerajaan selama ini jelas telah memberikan hasil yang sangat baik untuk sebuah negara majmuk. Semua pihak dapat hidup rukun damai, aman dan harmoni di dalam sebuah negara berdaulat.
- Walaupun kaum pribumi tidak pernah bermimpi akan hidup berkongsi negara dengan rakan baru dari gugusan hindi dan gugusan Indochina, tapi kaum pribumi telah melakukannya.
- Melayu pribumi seharusnya berfikir bahawa perpaduan Melayu semestinya lebih padu dari mana-mana bentuk perpaduan bangsa di dunia.
- Kerana apa? Ia adalah kerana orang Melayu dan pribumi sudah membuat keputusan untuk mendirikan rumah di tepi pantai. Kaum pribumi sudah membuat keputusan yang sangat berisiko tinggi apabila mereka sanggup berkongsi negara dengan kaum pendatang. Maka segala ombak dan badai yang datang haruslah dihadapi dengan perpaduan yang bukan calang-calang.
- Maka, jika soal perpaduan itu mahu diukur secara berkadar terus, sepatutnya perpaduan kaum pribumi harus berlipat kali ganda padunya dari perpaduan dalam erti kata biasa.
- Sejarah telah berlaku. Cuma persoalannya ialah sama ada kita dapat memahaminya atau pun tidak. Pengalaman pertama yang dihadapi oleh kaum pribumi dengan kaum pendatang adalah peristiwa pemerintahan haram Bintang 3 selama 14 hari, iaitu selepas Jepun menyerah kalah.
- Melayu pribumi sebenarnya tidak pandai untuk bersikap perkauman. Orang Melayu tidak tahu apa itu chauvinis atau pun komunis. Tapi paling mengejutkan apabila wujud saja ruang dan peluang, pihak chauvinis yang selama ini tinggal se kampung dengan orang Melayu,rupanya musang berbulu ayam. Ramai kalangan mereka telah bertindak menyebelahi pihak bintang 3 dan membantu Chin Peng dalam percubaan merampas kuasa secara bersenjata. Jiran-jiran ini tiba-tiba bertukar sikap dan bertindak tanpa belas. Menjadi musuh dalam selimut dan menjadi gunting dalam lipatan.
- Barulah orang Melayu sedar bahawa jiran mereka yang selama ini turut mengembek seperti melayu rupa-rupanya apabila terdapat saja ruang, terus mengambil kesempatan sepantas kilat.
- Selepas keadaan dapat dikawal, mereka kembali menjadi rakan dengan menyorokkan kuku dan belang. Boleh berjual beli dan bermasyarakat dengan orang Melayu. Orang Melayu masih boleh menerima dan bersangka baik. Itulah sifat Melayu, sebuah bangsa yang tidak tahu apa itu sifat perkauman.
- Dari peristiwa ini boleh dibuat analisa awal. Kuncinya adalah perpaduan. Apabila orang Melayu kuat dan bersatu, maka orang luar tiada pilihan. Mereka akan akur dan menerima seadanya apa yang ada. Mereka boleh menerima dan menyokong apa-apa gagasan yang diutarakan oleh para pemimpin Melayu asal saja mereka boleh mencapai maksud dan tujuan sama ada untuk mencari rezeki atau untuk menjadi sebahagian dari warga.
- Apabila negara sibuk berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, orang Melayu menerima semua kaum imigran untuk berkongsi negara. Itulah sifat tersohor orang Melayu yang tidak ada kepada mana-mana bangsa di dunia ini.
- Perpaduan Melayu terus kukuh selepas itu hinggalah ke PRU 1969. Kaum yang telah diwarganegarakan ini pun turut membangun bersama. Persefahaman antara kaum ini terus wujud sehingga PRU1969. Apabila dilihat Melayu tidak kuat lagi selepas PRU1969, peristiwa yang hampir sama selepas Jepun menyerah kalah berulang kembali. Pihak chauvinis kaum sekali lagi mengambil ruang dan peluang. Keadaan kembali tidak stabil.
- Keadaan yang berlaku ini adalah juga berpunca dari perpaduan Melayu sudah longgar. Perpecahan undi Melayu telah menyebabkan kerajaan Perikatan kehilangan beberapa negeri dan kerajaan persekutuan hampir hilang kuasa 2/3. Negeri-negeri yang jatuh merudum juga adalah negeri yang hampir sama dengan trend PRU2008.
- Ternampak jelas, ketika mereka melihat perpaduan Melayu tidak lagi sekuat sebelumnya, maka peluang seperti ini akan digunakan sepenuhnya oleh para chauvinis kaum untuk menambah cengkaman kekuasaan dan melontarkan pelbagai tuntutan. Mereka akan mengeluarkan taring dan belang tepat pada ketikanya.
- Apabila keadaan dapat dikawal melalui MAGERAN, mereka kembali menyorokkan taring dan belangnya. Mereka kembali duduk semeja melalui permuafakatan, bersedia bertolak-ansur dan menerima seadanya, asalkan kepentingan atau cengkaman mereka sekurang-kurangnya dapat dikekalkan jika tidak dapat ditambah.
- Hasilnya pada PRU 1974, Barisan Nasional disokong sepenuhnya oleh segenap lapisan kaum.
- Modus operadi yang hampir sama juga berlaku selepas PRU2008.
- Kerana apa…? Tidak lain tidak bukan kerana perpaduan Melayu kembali tergugat. Perpecahan undi Melayu sekali lagi terbahagi dua. Apabila terbelah saja undi Melayu, maka secara automatik undi kaum minoritilah yang akan menjadi kuasa pengimbang dan kuasa penentu kemenangan. Akhirnya negeri yang jatuh ke tangan pembangkang yang mirip kepada kejatuhan pada PRU1969 juga berlaku kembali.
- Pelbagai tuntutan melalui pelbagai jelmaan mula muncul di depan mata.
- Segala sensitiviti dan kepentingan Melayu yang selama ini tidak berani disentuh sudah calar-balar dicakar. Segala apa yang telah dilindungi oleh perlembagaan sudah dirobek-robek. Soal bangsa, soal bahasa, soal hak istimewa semuanya dipertikaikan kembali. Bukan setakat itu saja, malah benteng terakhir, iaitu agama Islam pun sudah berani dipertikaikan secara terbuka.
- Semua kedaulatan Melayu ini sedang dirobek dengan menggunakan tombak dan pedang liberalisasi, kesaksamaan, meritokrasi dan keadilan.
- Modus operandi yang mereka gunakan ialah dengan cara mempertikai dan menjejaskan semua institusi-institusi pelindung kepada kedaulatan Melayu dan negara. Institusi agama, institusi raja, institusi kehakiman, polis dan macam-macam lagi institusi yang ada sedang diberi suntikan beracun. Apabila semua institusi ini dapat diletakkan di tahap paling rendah di dalam sebahagian besar pemikiran rakyat, maka tiada lagi halangan untuk keseluruhan kedaulatan Melayu untuk dihapuskan.
- Hasilnya, hari ini kita lihat kaum Melayu dan pribumi sedang melalui satu proses di mana mereka terpaksa melepaskan satu demi satu kedaulatan mereka. DEB sudah malu untuk diperjuangkan. Hak Istimewa seperti biasiswa, permit dan banyak lagi sedang mengalami proses liberalisasi. Mungkin hak nama Allah juga akan turut mengalami proses liberalisasi. Terakhir, identiti bangsa juga akan turut dipadamkan dari Kad Pengenalan diri.
- Siapakah kalangan pemimpin Melayu yang ada pada hari ini sanggup, mampu dan bersedia untuk memperbetulkan semua kerosakan yang sedang berlaku ini?
- Siapa pula kalangan pemimpin Melayu yang turut berkongsi cita-cita dan turut menyumbang sama mainan api para chauvinis kaum ini?
- Siapa pula kalangan pemimpin Melayu yang terjebak dan terikut-ikut dengan rentak permainan para chauvinis ini?
- Siapa pula pemimpin Melayu yang sedang terkial-kial mencari formula dalam usaha untuk mempertahankan semua legasi peninggalan pemimpin terdahulu ini?
- Para pemimpin Melayu bolehlah menilai diri sendiri di manakah letak duduknya kategori mereka di dalam persoalan di atas.
Sunday, January 31, 2010
BINTANG 3 VS 69 VS 08..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam KNKB,
ReplyDeleteCukup teruja membaca posting saudara kali ini.Bahang panas rasa menyelinap dalam urat-urat darah kerana sedih dan geram...apabila mengenangkan kelemahan bangsa melayu dek kerana kealpaan dan kebodohan pemimpin melayu sendiri.
Tapi apakan daya kita rakyat biasa,nasib masa depan anak bangsa diperjudikan oleh pemimpin-pemimpin melayu juga.SEMOGA PM HARI INI AMBIL PEDULI APA YANG SEDANG DAN AKAN BERLAKU NANTI.'ALLAH AGAMA ISLAM'SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DIMALAYSIA INI..! AMIN!!