Friday, January 29, 2010

GEMPAR : PEMUDA DIDAPATI BERTELUR DI TINGKAT 38

Sempena meraikan barisan exco pemuda yang sudah mula bertelur, maka penulis ulang semula posting penulis pada April 2009 seperti di bawah:


Ada 2 agenda besar yang perlu digalas oleh barisan baru pimpinan Pemuda UMNO Malaysia;


1. Memastikan golongan muda kembali menjadikan Pemuda UMNO sebagai aset perjuangan unggul, diterima dan disegani kawan dan lawan.


2. Memastikan Item ‘Ketua Pemuda UMNO, kembali diletakkan di dalam kolum asset dalam ‘Balance Sheet UMNO’. Ketika ini item ini terpaksa diletakkan di bawah kolum 'Liability'.


Item ‘Ketua Pemuda UMNO’ yang menjadi ‘liability’ telah menyebabkan ‘gearing ratio’ UMNO meningkat tinggi. ‘Gearing’ yang terlalu tinggi tidak baik untuk sesebuah syarikat atau organisasi kerana ia akan melenyapkan keyakinan pelabur untuk melabur.


Pelabur lebih cenderung memilih kaunter yang mempunyai kadar ‘gearing’ yang munasabah dan lazim bagi sesuatu organisasi. Itu lebih selamat.
Pemuda UMNO tidak boleh membiarkan keadaan ‘Tanggungan Semasa melebihi Aset Semasa’.Jika (Aset Semasa - Tanggungan Semasa) terus-terusan menunjukkan angka negatif, dikhuatiri Pemuda UMNO akan berhadapan dengan masalah ‘insolven’ sokongan golongan muda.


Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga PRU13. Jika dibiarkan pelabur yang berstatus pengundi akan mengalihkan minat dan kepentingan pelaburan mereka kepada organisasi lain yang lebih diyakini. Jika tiada pilihan, ‘liability’ yang telah menjadi penyebab kepada beralihnya minat pelabur perlu distruktur semula dan jika perlu ‘dihapus kira’, UMNO tidak perlu takut.


UMNO harus berani lakukannya untuk menyelamatkan UMNO dari digulung tikar oleh pengundi. Kita sudah lihat contoh jelas di Bukit Gantang dan Selambau.


UMNO terpaksa menutup angka ‘liability’ ini dengan melakukan ‘perakaunan kreatif’ dan luar biasa, di mana orang yang menang Ketua Pemuda terpaksa disorok di belakang stor kerana takut dilihat oleh pengundi, sebaliknya yang kalah pula terpaksa diletakkan di barisan hadapan untuk menarik sokongan pengundi muda.


Kenapa yang menang menerima nasib seperti orang kalah dan orang kalah dijulang seperti orang menang…?Semua ini berpunca dari percaturan ‘304 pegawai bank perwakilan’ Pemuda UMNO yang telah membelakangkan kemahuan akar umbi dengan memberi rating ‘AAA’ kepada calon kebencian rakyat, sebaliknya telah memberi rating ‘DDD’ kepada calon yang kukuh fundamental dan sokongan akar umbi.
Rasuah politik telah mengubah segalanya…


Setelah hampir setahun jantina barisan exco dipertikaikan oleh banyak pihak, semalam barulah teka-teki ini terjawab. Memang majoriti di kalangan barisan exco ini sudah mula bertelur. Jika proses peneluran ini berjalan dengan lancar dan tiada telur yang "sambang", insyaallah akan lahirlah benih-benih berbaka baik dari rahim pemuda.


Sememang inilah yang ditunggu ramai pihak terutama kalangan ahli UMNO dan golongan muda, termasuklah para perwakilan akar umbi yang telah dipermainkan mandat oleh perwakilan yang mewakili mereka dipemilihan lepas. Lain yang akar umbi calonkan, lain undi yang diterjemahkan oleh wakil mereka.


Walau pun respon Ketua Pemuda terhadap perkara yang dibangkitkan oleh barisan exconya tidak menjawab kepada persoalan yang diperbincangkan, itu tidaklah penting. Semua maklum Ketua Pemuda pasti tidak akan tunduk. Apa yang penting barisan exco sudah menjalankan tanggungjawab mereka kepada akar umbi pemuda yang mereka wakili.
Jika Ketua Pemuda dengan bangganya mengumumkan lebih 25,000 keahlian baru, mungkin pada tahun mendatang angka ini akan meningkat berganda jika telur barisan exco terus menetas, kecualilah jika telur-telur ini 'sambang'.
Apakah exco pemuda bersedia untuk 'write off' liabiliti besar yang mencengkam institusi mereka ini?

Tahniah...

4 comments:

  1. Yang jadi tanda tanya sekarang ni, siapakah "white knight" yang akan menyelamatkan Pemuda UMNO. Keyakinan pelabur-pelabur muda sudah hilang. Semuanya berpendapat adalah lebih baik "grow with the economy" atau melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi besar aka Pakatan Rakyat Berhad dan anak-anak syarikatnya.

    Arcadia

    ReplyDelete
  2. He he he. Tak pa bro.

    Next pemilihan akan makin hangat. Means makin banyak FULUSSSSSSS

    ReplyDelete
  3. Salam KNKB,
    Saya risau jika telur ni terhempas ke lantai, maka ianya akan hancus berderai kelak...tapi kita berdoa agar telur ni menetas jadi jantan yang akan mengejar si betina....

    ReplyDelete
  4. tolor- tolor yang sambang ni elok di toteh yo man...he he

    ReplyDelete