Maruah hanya boleh dikembalikan dengan keluar Barisan Nasional" dan "kini masa terbaiknya untuk Gerakan keluar dari BN". Alasannya, "senario tidak berubah, BN juga tidak berubah - Ketua Pemuda Gerakan.
MCA pula dengan masalah dalamannya yang tak bernokhtah. Formula demi formula telah dicuba, tapi hanyalah menambah serabut keadaan.
Suara MIC dan PPP hanya sayup-sayup kedengaran. Antara dengar dengan tidak. Entah laku entah tidak. Sokongan kaum India sudah berselerak.
Akhbar-akhbar berbahasa cina juga terus-terusan membangkit sentimen perkauman dengan cara menuduh orang lain bersifat perkauman.
Pembangkang pula memang sudah sedia maklum, sentiasa mengambil pendirian bertentangan dengan apa yang dilakukan kerajaan. Baik atau tidak baik untuk rakyat itu bukanlah pertimbangan. Apa yang dilakukan ialah pembangkang mestilah mengambil pendirian tidak bersetuju dengan apa juga rancangan kerajaan.
Semua perkara yang berlaku ini tiada satu pun yang memberi kesan positif terhadap BN.
Hanya komponen BN di Sabah dan Sarawak saja yang kelihatan berfungsi di samping UMNO dalam menyumbang kepada kekuatan BN hari ini.
Apa yang kita perhati, ‘demand’ yang dilakukan oleh komponen BN Sabah & Sarawak dalam perkara-perkara seperti barisan kabinet dan hal-hal lain seperti pembangunan ada asasnya. Mereka membuktikan kepada BN bahawa sumbangan mereka sangat signifikan kepada survival BN.
Tapi hari ini sudah lebih sudu dari kuah. Parti-parti yang insolven sokongan rakyat pula yang ‘demand’ melebihi ‘supply’.
Bukan saja ‘demand’ melebihi ‘supply’, malah tanpa mengukur baju di badan sendiri, mereka menyalahkan BN yang menjadi punca kepada tidak lakunya parti mereka di kalangan rakyat.
BN dikata tidak mahu berubah. Apakah mereka tidak BN? Merekalah yang tidak berubah, sehingga menampakkan kepada rakyat bahawa BN susah untuk berubah. UMNO sudah menjalankan beberapa siri perubahan ketara. Pindaan Perlembagaan parti pun UMNO dah lakukan. Presiden parti yang dipertikaikan pun sudah dipencenkan.
Mereka?
Samy Vellu, tiada siapa yang dapat menasihatkan dia. PPP paling hiruk pikuk, tapi kosong sokongan. Kena bagi status Senator untuk bagi ruang duduk sebagai Timbalan Menteri.
Koh Tsu Koon diberi taraf senator untuk dijadikan Menteri. Tapi Gerakan tak bergerak langsung.
MCA, kuota jawatan menteri tak luak langsung, walau pun sokongan merudum. BN minta mereka selesaikan masalah secepat mungkin secara dalaman, tapi keadaan makin parah dan menanah.
Pendek kata semua tugas dan tanggungjawab sebagai rakan komponen, sebagai barisan kabinet dan sebagai parti pemerintah langsung tidak berfungsi dan gagal 100%. Malah bertindak pulak menghentam kerajaan BN dari belakang dengan kerjasama media cina.
Nampaknya kepimpinan tertinggi BN perlu buat sesuatu bagi memulihkan mentaliti para pemimpin komponen BN ini, agar mereka kembali bermentaliti seperti rakan komponen BN. Jika duduk selesa dalam BN, tapi bermentaliti pembangkang, lebih baiklah diperhalusi semula kedudukan mereka dalam BN.
Sampai bila BN harus mengusung jenazah rakan-rakan komponen yang sudah ‘mati sokongan’ ini, dan meminta pula rakyat memberi sokongan.
Roh perjuangan mereka sudah bercerai dari badan BN. Apa yang ada dalam jasad tak bernyawa rakan komponen ini hanyalah jin yang menumpang hidup. Itu sebab nampak kelihatan mereka seolah-olah hidup. Hakikatnya mereka sudah lama mati.
Jangan hairan dan takjub jika satu hari nanti apabila jin-jin tidak bertuan ini keluar dari jasad rakan komponen yang dah mati, Komponen BN di kalangan UMNO dan komponen Sabah dan Sarawak akan turut menerima musibah bau busuk mereka-mereka yang hakikatnya sudah lama menjadi bangkai.
Tiada siapa yang akan duduk dekat dengan BN dalam PRU13 nanti, jika bau busuk mereka-mereka yang sudah mati ini masih mahu didudukkan di sebelah dan masih tidak diakui hakikat yang mereka sebenarnya sudah mati.
Walaupun pada pandangan saudara Gerakan, MIC, MCA, dan PPP itu sudah mati tapi pada hakikatnya UMNO masih memerlukan mereka. Itu sebabnya Koh Tsu Kun diberi jawatan menteri, kuota menteri untuk MCA tidak luak, dan PPP walaupun tidak mempunyai kerusi tapi masih menduduki kerusi timbalan menteri.
ReplyDeleteJadinya, apa pilihan yang ada pada UMNO? Nak singkirkan semua mereka ini? Jawapannya UMNO sendiri yang akan terima musibahnya.
GERAKAN,MCA,MIC,PPP memang dilihat macam sudah mati, tetapi HANTU-HANTUnya masih hidup berkeliaran membuat pelbagai tuntutan dan ugutan dan UMNO yang sedang dalam keadaan layu kelihatan takut kapada HANTU-HANTU ini dalam menjaga dan melindongi golongan yang medokongnya.
ReplyDeleteDalam pada UMNO sebok melayan kepentingan HANTU-HANTU ini UMNO makin lupa siapa yang meletakan mereka diteraju kepimpinan,adakah HANTU-HANTU itu atau orang melayu.
Kalau trend ini berterusan UMNO yang layu bakal akan rebah menyembah bumi, tidak mustahil ia akan berlaku.
Menteri-menteri lantikan UMNO dilihat langsong tidak berfungsi, kalau adapon setiap kali membukak mulut maka keluarlah kenyataan-kenyataan bodoh serta dasar yang tidak menyakinkan dan tidak cukup pertimbangan.
PM pula sebok dengan penghebahan satu Malaysia yang kabor landasannya dimana pendekatannya dilihat semakin menghakis segala kepentingan dan keutaman yang masih ada pada orang Melayu yang yang membariskan mereka-mereka itu dibarisan kepimpinan.
Apakah kekuatan yang ada pada UMNO sekiranya pendokong parti dilihat dilupakan malah diketepikan.