Wednesday, March 10, 2010

ENCIK AHMAD AWANG

“Memang dia (Harussani) ada menghubungi saya dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangunkan Islam.

“Tetapi bila saya tanya dia mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, dia terus diam dan meletakkan telefon. Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Macam ni ke standard ulamak warisatul anbia bercakap? Jawapan seperti ini adalah jawapan orang politik atau jawapan orang bertaraf awam. Ulamak akhir zaman memang ramai yang cakap ikut sedap mulut. Asal menjawab sudah.

Tidak payahlah diambil kira amanah Allah dan rasul kepada warisan anbia. Dari segi akauntabiliti terhadap ilmu, tuntutan sebagai ulamak dan sumber rujukan umat pun, langsung tidak diambil pertimbangan.

Umat Islam dan masyarakat awam yang menjadi mangsa kekeliruan akibat dari kenyataan ‘hubbud dunia’ seorang ulamak.

Yang paling kita hairan, ulamak ni tak takut dengan tuhan ke? Nak jawab apa dengan tuhan di akhirat nanti ni? Nak pertahan hujah depan Allah, “lebih baik bersahabat dengan DAP kafir dari bersatu dengan UMNO yang kononnya kufur kepada Allah.” Boleh ke tuhan terima alasan macam ni dan lepas tu masukkan dia dalam syurga?

Seluruh umat Islam bertanggungjawab di atas isu murtad. Bukan UMNO, bukan PAS dan bukan PKR yang akan dibicarakan di Masyhar. Yang kena naik court di Masyhar nanti ahli UMNO, ahli PAS dan ahli PKR yang ada kalimah dalam hati. Macam mana pulak Allah nak masukkan UMNO, PAS dan PKR dalam neraka? Masukkan Sijil pendaftar pertubuhan UMNO, PAS dan PKR dalam api neraka bolehlah. Apooo la ko bangang bona.

Penulis pun boleh jawab soalan bodoh isu murtad ni. Agaknya Mufti Harussani malas nak melayan hujah bodoh dan memalukan yang keluar dari mulut Ahmad Awang. Itu sebab dia letak telefon.

Ahmad Awang ni tak patut dipanggil Ustaz. Panggil Encik Ahmad Awang bolehlah. Orang cerita fasal perpaduan ummah, iaitu amalan tertinggi dalam agama, dia cerita fasal murtad.

Nik Aziz pun sama. Mufti Harussani pecah rahsia sikit pun, nak kecik-kecik hati. Tak pasal-pasal tuduh mufti jadi agen UMNO. Kalau nak jadi ulamak akhirat, mesti bersedia ditegur dan sepatutnya bersyukur kerana ada rakan ulamak yang mengingatkan apa yang patut. Orang jahil tegur salah. Orang alim tegur pun salah. Habis Nik Aziz ni dah tak perlu teguran lagi ke? Penyakit Nik Aziz ni satu….Kuat sangat menjawab. Semua kritikan sama ada dari se jahil-jahil manusia sampai se alim-alim manusia, semua dia nak jawab. Takkanlah kritikan tu semua salah dan taada satu langsung yang betul!

Mintak tolonglah tok guru. Jadilah ulamak sebenar seperti yang digariskan oleh nabi. Gugurkanlah nafsu-nafsu politik dan kuasa yang bersifat sementara dari hati tok guru. Berpegang teguhlah kepada tali Allah sebagai seorang ulamak seperti tok guru menggenggam bara api, biar sampai padam.

Barulah tok guru boleh menyejukkan pandangan rasulNya terhadap amanah yang telah diserahkan… Bukan rasuah saja yang dikatakan pecah amanah. Tidak menjalankan tugas seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul adalah lebih-lebih lagi pecah amanah ...

Ada jugalah terbaca dalam hadis nabi,…Ulamak yang tidak beramal dengan ilmunya mengikut tuntutan Allah dan rasulNya lebih dulu dicampak ke dalam neraka jahanam dari seorang penyembah berhala…

Mintak tolonglah ‘check’, betul ke tak… Kalau tak betul penulis mintak ampun pada Allah.

7 comments:

  1. ulamak atau ular dalam semak?ulamak kah itu yang sembahyang hajat nak doakan kemusnahan orang lain...itukah tujuan sembahyang hajat????

    ulamak kah itu yang mendoakan orang lain pecah perut?Aku semakin keliru....

    ReplyDelete
  2. Kenapa perpaduan selepas rakyat sudah tidak tidak memilih UMNO?

    Mengapa agaknya rakyat mengundi PAS di Perak? Meskipun jumlah kerusi PAS itu sedikit, tetapi itu tetap amanah rakyat yang tidak mahukan UMNO.

    Tergamakkah Pesuruhjaya PAS Perak yang saudara panggil Encik Ahmad Awang mengkhianati amanah pengundi? Atau mufti yang tinggi ilmu akhiratnya cuba mempengaruhi orang lain mengkhianati rakan seperjuangannya?

    Mungkin Encik Ahmad Awang masih ingat akan strategi Muaiwiyah ketika berperang dengan Saidina Ali dalam peristiwa menjunjung al-Quran. Ketika itu isu perpaduan juga menjadi puncanya.

    ReplyDelete
  3. fs-86...
    camana kau kata rakyat tak pileh umno...orang melayu perak lebih pileh umno dari pas...tak reti kira ker

    ReplyDelete
  4. KK said;

    "Penyakit Nik Aziz ni satu….Kuat sangat menjawab. Semua kritikan sama ada dari se jahil-jahil manusia sampai se alim-alim manusia, semua dia nak jawab."

    Walaupun usianya sudah lanjut tapi beliau masih mampu untuk berhujah atas apa sahaja isu. Ternyata mentalnya masih mantap untuk berhadapan apa sahaja kritikan dari segenap penjuru terhadapnya. Tidak macam sesetengah pemimpin walaupun baru berumur 60 tahun tetapi jiwa dan semangatnya sudah tua. Kebanyakan isu dia lebih banyak berdiam diri dan menyerahkan kepada anak buah untuk dirawat.

    Keupayaannya untuk menjawab pelbagai isu setanding dengan kekuatan yang ada pada Dr Mahathir Mohammad. Nik Aziz sesungguhnya adalah seorang pemimpin yang versatile.

    ReplyDelete
  5. Hanya nak tambah ttg 'terompah kayu', dipakai bila nak guna.

    Jadi minta2 janganlah ada mufti yg jd begitu.

    Pegilah rawat Umat yg murtad (10,000 ???) dan perbaikilah 'sure heboh'

    Juga jika Sult@n yg masih 'berdegung' tu nasihatkan lah jugak

    ReplyDelete
  6. lim kit siang berdengung ...ko puja. haprak punya PAS.

    zek

    ReplyDelete
  7. Seronok bila baca komen yang sebutkan kisah Muawiyah dan Saidina Ali. Cacatnya analogi itu sebab adalah jelas tidak ada pihak yang terlibat dalam peristiwa berkenaan yang berpakat dengan orang kafir untuk memperoleh atau mempertahankan kuasa. Sama juga jika sejarah persaingan Bani Umaiyah dan Abbasiyah dijadikan pedoman. Tidak ada di antara mereka yang menumpang kasih orang kafir demi kuasa politik yang dicita-citakan. Manakan PAS mahu menyamakan diri mereka dengan mana-mana golongan yang mereka suka ambil perbandingan itu. Tapi mereka taksub dan cuma mahu ungkit soalan Ahmad Awang pengapit Anwar yang TS Harussani tidak mahu layan. Mereka lupa bahawa Ahmad Awang tidak dapat jawab soalan TS Harussani tentang had gunapakai kaedah fikah dalam perkara yang telah terang dan jelas dalam Al-Qur'an.

    ReplyDelete