Wednesday, March 10, 2010

BUTA BERGANDA @ MULTIPLE

  1. Pendekatan politik ‘sedap mulut bercakap’ yang diamalkan secara berleluasa oleh Pakatan Pembangkang agak sukar untuk kita bendung. Nak lawan terasa kita bodoh. Bila tak lawan nanti orang kata apa yang pembangkang cakap betul belaka. Padang permainan tak sama rata.
  2. Sekali fikir, ada jugak kebenaran kata-kata Fairus, mantan TKM Penang yang kata Pakatan Pembangkang amal politik tak bertamadun.
  3. Penulis tambah lagi apa yang Fairus cakap…. Bukan saja tak bertamadun tapi mereka amal pendekatan politik ala kafir Quraish Mekah sewaktu membuat perjanjian Hudaibiah dengan Nabi. Orang Islam masuk Mekah kena tangkap, tapi kalau orang Kafir Mekah masuk Madinah tak boleh tangkap.
  4. Cuba tengok senario ni:
  5. Kalau ada kalangan mereka yang isytihar keluar parti, maka yang tak betul mesti orang yang keluar parti. Parti dan kepimpinan mereka gerenti tak salah. Semua baki yang tinggal adalah ikhlas dan tiada agenda peribadi, kecuali kalau mereka keluar parti.
  6. Mereka yang keluar mesti kena tuduh dah kena beli. Tukang beli pulak bukan calang-calang orang yang nak dipalitkan…sama ada Najib atau Rosmah je. Azmin kata dia ada ‘tape’ perjumpaan Rosmah dengan YB Zul. Tapi bila orang UMNO tunjuk bukti ‘tape’ terlarang Anwar CIFU, dia cakap jangan percaya. Semua tu rekaan.
  7. UMNO tunjuk ‘tape’ macam mana leher Anwar sekejap elok, sekejap seliuh pun penyokong tak percaya. Blogger tunjuk tulang belakang Anwar sekejap patah sekejap elok pun penganut fahaman taksub tak percaya.
  8. Tapi kalau dia tuduh pemimpin UMNO, mereka kata semua ada bukti dan tunggu masa sesuai nak dedah.
  9. Agaknya macam manalah rupa ‘masa paling sesuai’ yang dimaksudkannya tu ye?
  10. Berpuluh kotak rahsia yang dikatakan mampu membogelkan segala penyelewengan pemimpin negara, sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa waktu yang sesuai untuk didedahkan. Sejak Tun M sampai sekarang dah 3 kali tukar PM, masih juga tak sesuai nak dedah. Dua PM dah pencen, pun masih tak dapat masa yang sesuai.
  11. Bukti kukuh penglibatan Rosmah dan Najib dalam pembunuhan Altantuya pun masih belum jumpa masa yang sesuai nak didedahkan. Sampai orang yang nak dedah pun dah lari luar negara, bukti tak juga didedahkan. Tak tau lah kalau bukti akuan sesumpah yang Bala buat tu dimaksudkan sebagai bukti kukuh. Patutnya CIFUT Anwar boleh kena hukum Qazaf fasal main tuduh sedap mulut tanpa saksi.
  12. Ini belum masuk kira pengumuman demi pengumuman yang dibuat kepada seluruh rakyat, Pakatan nak ambil alih Putrajaya.
  13. Pengumuman demi pengumuman, sekian ramai, sekian ramai MP Barisan Nasional akan lompat ke pihak mereka. Siap lobi dan buru secara terbuka MP BN sampai ke Taiwan. Boleh pulak tu. Tak ada pulak cerita kalau nak lompat kena letak jawatan MP dulu, sebab dulu MP menang atas tiket BN.
  14. Di Perak hari tu pun macam tu juga. Bila Adun Bota Dato Nasharudin lompat ke sebelah dia, terus disambut dengan pulut kuning. Bila keadaan terbalik kot, MP dia yang keluar parti, kena mintak mandat rakyat pulak dah.
  15. Memang mentaliti kafir quraish hudaibiah betullah puak dia orang ni.
  16. Lagi satu hal, kalau pemimpin BN dituduh di mahkamah. Perkara pertama yang dia orang akan desak…letak jawatan. Siasatan sedang berjalan. Pemimpin bukan saja perlu bersih, tapi mesti dilihat bersih.
  17. Tapi bila ketua mereka yang dituduh buat jenayah liwat, tak ada pulak suara desakan supaya dia melepaskan jawatan Ketua Pembangkang ke…letak jawatan MP ke. Buat-buat lupa je pulak…
  18. Dulu pemimpin UMNO semua dituduh bapak kronisma dan nepotisma, tapi dia anak beranak perintah parti boleh pulak. Wan Azizah-Nurul Izzah-Anwar, Lim Kit Siang-Lim Guan Eng dan Karpal-Gobind, Nik Aziz-Arif Fahmi. Rupanya yang tak boleh buat macam tu hanya orang UMNO.
  19. Jadi macam mana kita nak layan game politik ‘sedap mulut bercakap’ dia orang ni?
  20. Yang paling kita kasihan dan simpati ialah melihat lagak penyokong yang mengalami penyakit buta berganda - buta mata & hati. Pemimpin melompat, penyokong mengambo. Pemimpin rukuk, penyokong dah sujud. Pemimpin baru cakap sakit perut nak berak, pengikut dah siap tadah tangan. Bila pemimpin nak berak tapi tak lepas-lepas, terus tuduh pemimpin BNlah yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan pemimpin mereka sembelit. Main sedap mulut je tuduh BN. Walhal yang 2 hari sembelit tak dapat berak tu Saiful. Itu pun akibat dari tusukkan.
  21. Rupa-rupanya pendekatan budaya rimba dan tak bertamadun ala kafir quraish hudaibiah yang CIFU Anwar buat ni berkesan. Tak tau pulak macam tu. Apa yang kita tau rakyat dah bijak dan pandai. Rupa-rupanya CIFU Anwar yang mampu menghidu tahap pemikiran rakyat masih lagi rendah. Masih terdapat ruang dan cara untuk memanipulasi pemikiran rakyat, ikut dia suka, khususnya bagi kategori rakyat yang buta berganda – buta mata dan buta hati.
  22. Kalau makin ramai rakyat yang mengalami buta berganda, maka makin besarlah pengaruh CIFU Anwar. Kalau bilangan yang buta berganda meningkat hingga tahap majoriti, maka tidak mustahil CIFU Anwar boleh jadi PM.
  23. Hanya Anwar yang tau untuk mengurus rakyat yang buta berganda… Kalau yang buta hati&mata ni minoriti bilangannya, Anwar dah lama cabut lari ikut rakan khianatnya, Raja Petra…Tapi disebabkan penyokong buta berganda masih ramai, maka bolehlah CIFU Anwar berlindung disebalik komuniti buta ni..
  24. Takkan kita nak lawan orang buta...

2 comments:

  1. bro,bila dah buta d mata buta d hati,maknenya kene sodomi minda oleh aljuburi le mereka sumer nih.......kasihan....

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuagan Tuan Bloger..
    Yakinlah, yang benar tetap dilindungi..

    amin

    ReplyDelete