Sunday, May 23, 2010

MUSA : JAGALAH UMNO / SIME DARBY BAIK-BAIK

MUSA: Pada November 2007 Lembaga Pengarah baru ditubuhkan. Masa itulah saya diminta memegang jawatan tersebut. Sejak tarikh itu, Lembaga Pengarah mengadakan pelbagai mesyuarat sama ada mesyuarat besar atau kecil. Perlu dijelaskan semasa Sime Darby baru ditubuhkan ada aktiviti dan bisnes dalam kumpulan lain dulu terpaksa secara automatik masuk ke dalam kita. Antaranya Tenaga dan Utiliti yang kita kenal sekarang, asal usulnya adalah syarikat tersenarai yang dikenali sebagai Sime Engineering.

Apabila kita tubuhkan Divisyen Tenaga dan Utiliti, kita mengambil alih semua bisnes yang dikendalikan Sime Engineering atas nama Sime Darby. Di hadapan Lembaga Pengarah ada senarai projek dan kita melihat senarai itu. Soal bagaimana, macam mana, siapa memutuskan, apa sebenarnya bisnes itu kita tidak tahu. Proses hendak mengambil tahu semuanya mengambil masa.

Inilah bunyinya jawapan seorang Pengerusi syarikat perladangan terbesar di dunia, merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri, merangkap ‘elegance silent’.
Maka tidak menjadi kehairananlah kepada kita jika Sime Darby mengalami kerugian sehingga RM1.63b.

Apa makna penggabungan yang membawa sinergi tetapi mengeluarkan perkataan ‘terpaksa’ mengambil Divisyen Tenaga & Utiliti yang asalnya dari kumpulan lain?

Fahamkah Tun pengerusi bahawa syarikat Sime Engineering itu jika dibaca dari segi nama pun kita sudah tahu ia adalah anak syarikat Sime Darby?

Tapi mungkin dia memang benar-benar tidak faham. Buktinya ada pada kenyataannya di perenggan dua di atas,..”Soal bagaimana, macam mana, siapa memutuskan, apa sebenarnya bisnes itu kita TIDAK TAHU!
Apa agaknya akan jadi kalau semua pengerusi Lembaga Pengarah syarikat GLC macam ni..?
Letak jawatanlah cepat. Dulu jawatan TPM pun boleh letak... Inikan Pengerusi syarikat!

4 comments:

  1. Macam mana nak resign, duit masuk banyak sebagai chairman dan director fees, kalau korang berani senang je buat Mesyuarat Tergempar, melucutkan jawatan director-director tersebut.

    ReplyDelete
  2. Isteri Musa dulu bukankah seorang ejen kuasa asing? Jadi apa kemungkinan dia pun menjadi ejen kuasa asing?

    Majority rules

    ReplyDelete
  3. jawapan kepada artikel diatas, http://dollahyankee.blogspot.com dah pun tulis, kalau rajin turun-turun lah jenguk!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Saya sependapat dengan sdr. Musa H ini amat pandai bermain politik. Maklumlah dia orang politik tegar. Jika kita membaca jawapan dia dalam mingguan....kita akan dapati jawapannya penuh dengan politik. Bila rugi maru nak bercakap tentang kepincangan...tentang bangsa...tentang integriti. Kenapa tidak sebelum ini?. Aneh! Seperkara lagi...jika boleh sampai jemput bloger untuk menerangkan situasi...itu maknanya dah dikira betul2 cuba mempolitikkan keadaa....maka Musa adalah tetap Musa....tiada menguntungkan hanya elegance silent sajelah. Premis kepada masalah ini cukup mudah....adalah aneh hanya seorang yang dipesalahkan. Entahlah Musa,,,,zaman ini adalah zaman yang bukan anda boleh menipu rakyat mudah! SO please resign. Ikhlas.

    ReplyDelete