Sunday, May 16, 2010

SIME DARBY: TUN M AMBILALIH..TUN LAH MUSNAHKAN...DS NAJIB BAIKI..

Belum pun tamat kisah di sebalik kerugian Pos Malaysia, negara sekali lagi dikejutkan dengan kerugian yang dialami oleh konglomerat terbesar Sime Darby. Kerugian RM1.3 billion bukanlah satu angka kecil.

Sebelum penggabungan Sime Darby-Guthrie-Golden Hope, masing-masing merupakan syarikat “cash cow” dan tidak pernah berada di dalam kerugian. Kerugian mendadak ini berlaku setelah penstrukturan semula dan penggabungan dilakukan.

Ketika saya duduk di barisan Exco Pemuda Malaysia sewaktu ketika dulu, kami telah diberi peluang untuk berdialog dengan CEO dan pasukan pengurusan Sime Darby bagi membincangkan soal kemajuan proses penggabungan tersebut.

Ada yang bertanya kenapa syarikat yang maju dan masing-masing tidak menghadapi apa-apa masalah seperti masalah kewangan, masalah pasaran atau pun pengurusan perlu digabungkan sehingga ia menjadi terlalu besar. Selalunya penggabungan akan dilakukan bagi tujuan sinergi dan bagi menampung serta mengatasi kelemahan di kalangan syarikat terbabit agar selepas penggabungan syarikat tersebut akan lebih berdaya maju dan meraih keuntungan yang lebih besar.

CEO Dato Ahmad Zubir memberikan jawapan yang secara teorinya sudah pasti mempertahankan keputusan yang dilakukan dengan memberikan angka-angka yang menyokong penggabungan tersebut.

Dipendekkan cerita, hari ini Sime Darby sudah rugi RM1.3 billion. Dengan kerugian yang sudah berlaku, maka nyatalah kepada kita hari ini bahawa segala angka-angka yang dibentangkan untuk meyakinkan kami adalah angka palsu dan tidak berpijak di bumi nyata. Pada ketika itu pasukan pengurusan yang dikatakan profesional ini gagal untuk menjangka kerugian yang bakal berlaku 2 tahun kemudiannya.

Kegagalan meramalkan kerugian sebesar RM1.3b dalam tempoh yang sesingkat itu adalah sesuatu yang menakjubkan. Menakjubkan bukan kerana kehebatan tetapi menakjubkan kerana kelemahan membuat ‘forecasting’ yang tepat atau hampir tepat. Malahan mereka meramalkan hasil dari penggabungan, syarikat ini akan melipatgandakan keuntungan hasil dari penggabungan ‘market share’ dan pelupusan kos operasi bertindih yang wujud di kalangan syarikat terbabit.

Apakah perkahwinan ini berlaku secara rela atau secara paksa? Siapa yang memaksa ke tiga-tiga madu ini kahwin dan dipaksa untuk tinggal serumah? Apa rasionalnya mereka dipaksa untuk tinggal serumah walhal mereka punya kemampuan dari segi zahir dan batin untuk tinggal berasingan? Jika ada di kalangan madu ini yang mandul mungkin ada logiknya. Mungkin si mandul boleh menjaga zuriat madu yang sibuk bekerja.

Jelas, selepas ke tiga-tiga madu ini dipaksa untuk tinggal se rumah, keluarga ini menjadi terlalu besar untuk diuruskan sehingga si suami hilang kawalan.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah tiada beban batu digalas. Sudah elok masing-masing ada rumah dan keupayaan sendiri, si suami yang mungkin kuat tidor dan lemah fikiran telah mendapat nasihat yang salah dari tuan penasihat yang mempunyai muslihat.

Akhirnya syarikat kebanggaan negara yang berjaya diambil-alih dari bekas penjajah melalui serangan selepas subuh, sekarang sudah mendapat aib dan kerugian. Kejayaan kepimpinan Tun Mahathir memilik-negarakan syarikat asing telah dirosakkan oleh kepimpinan selepasnya…
Pemimpin yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara dari kepimpinan selepas Tun Mahathir tidak boleh membenarkan lagi pasukan pengurusan ini mentadbir Sime Darby. Kesemua mereka harus meletak jawatan..

8 comments:

  1. Mungkin Musa Hitam sengaja merugikan Sime Darby kerana kerugian 1.3 bilion bukan jumlah yang sedikit.

    Dia harus dipertanggungjawabkan untuk kerugian ini.

    Is MCA a DAP in disguise?

    ReplyDelete
  2. YES THE WHOLE BOARD SHOULD TENDER THEIR RESIGNATIONS AND LET THE GOVERMENT RE APPOINT THEM ( MAYBE NOT ALL ) BASED ON MERIT...BUT OF COURSE THE CHAIRMAN MUST BE NEW ......LAH IN ORDER TO GIVE NEW IDEAS AND HOPE.....

    ReplyDelete
  3. berapa tuan penasihat?? 25 persen....
    siapa punya tuan penasihat?? hehehe....
    anyway, last para tu memang betul... tapi takkan letak jawatan sahaja kot... duit diorang kebas...

    ...adioss....

    ReplyDelete
  4. Bro,

    Kerugian adalah untuk projek yang berjalan dalam jangkamasa panjang bukannya projek yang selesai dalam setahun .kenapa provision tak dibuat sebelum ini ? BOD try to hide something?
    or they just wanted to buy time ? Tak kan tiba tiba project cost overrun.

    When they will decide on new CEO and do the Acting CEO capable to turn around the co?

    i hope DSN will removed all BOD members and make new appoinment .We still have people like TS Hassan merican , TS Tunku Mahaleel and few more capable people .Tak semestinya graduate dari Oxford ,Cambridge dan pernah berkerja dengan Temasek saja yang mampu mentadbir GLC

    ReplyDelete
  5. Musa Hitam sila serahkan surat perletakan jawatan anda. Lainlah kalau muka tak malu dan tidak bermaruah.

    Porn star at work

    ReplyDelete
  6. The fact is all the EVP appointed by Zubir is not competent to handle div of SD group. This is the true story about cronism. If SD not careful, I think one of it's div will face another corp gorvenance issues soon or later.

    ReplyDelete
  7. Graduate dari Oxford pun kalau merugikan syarikat dan menjahanamkan negara takde gunanya. Jangan-jangan graduan Oxford menjadi ejen kuasa asing macam dalam siri "Chuck".

    PKR = Illuminati

    ReplyDelete
  8. Salam...
    anakcucu nak menasihatkan anda sebagai manusia seagama supaya jangan jadi kuli batak murahan sebagai bloggers!! jelas terpancar dari setiap tulisan kamu adalah anti KJ, anakcucu bukanlah penyokong KJ, xda faedah pun anakcucu nak sokong dia, namun cara kamu menulis seolah-olah diupah...jika benar kamu diupah untuk menjatuhkan KJ, sebenarnya maruah kamu hanyalah di bawah kasut malah lebih bacul daripada KJ, kamu adalah geng bloggers yang mahukan anak2 che det yang naik jadi PM satu masa nanti, PRU13 adalah kemungkinan zaman kegelapan UMNO dan sekutunya, wallahu a'lam.

    ReplyDelete