Saturday, May 8, 2010

KRONI MENTERI ATAU PEGAWAI KERAJAAN?

Jika benar rombakan kabinet bakal berlaku, inilah peluang terbaik bagi seorang PM untuk meraih semula keyakinan rakyat.

Inilah juga peluang PM untuk membersihkan keseluruhan sistem pentadbiran kerajaan dari sebarang keraguan yang menyelubungi pemikiran rakyat sama ada PM benar-benar serious mahukan sebuah kerajaan yang berintegriti dan berkredibiliti.

Inilah juga peluang terbaik PM untuk membersihkan imej UMNO dan pemimpin BN kaki rasuah. Sekarang sudah terdedah kepada kita pelbagai kerugian syarikat GLC dan pelbagai isu yang menyelubungi petronas.

Tuduhan menyatakan semua yang berlaku ini adalah angkara tangan ghaib dari pemimpin kerajaan yang menyuburkan budaya kronisma dan rasuah.

Sekarang sudah terbongkar sedikit demi sedikit bahawa perbuatan para CEO yang dipertanggungjawabkan mengendalikan jabatan atau agensi kerajaan juga tidak boleh dilepaskan begitu saja dengan cara menuduh pihak menteri dan PM yang terlibat setiap kali berlakunya penyelewengan.

Perlantikan pengarah-pengarah dalam syarikat GLC dan Petronas sebagai contoh, adalah bukti jelas bahawa wujud kroni di kalangan mereka sesama sendiri. Merekalah yang membina empayar secara tidak langsung dengan cara membawa rakan-rakan mereka untuk menduduki jawatan-jawatan strategik di dalam syarikat dan agensi-agensi penting.

Sistem yang ada hari ini, PM hanya melantik kepala yang mengetuai agensi atau jabatan kerajaan. Apabila PM sudah melantik seorang Ketua, maka tanggungjawab melantik dan mengisi jawatan-jawatan di bawah pentadbiran ketua (surbodinate)adalah tanggung jawab si ketua. PM atau Menteri sudah tidak punya kuasa untuk menentukan siapa yang harus menduduki jawatan-jawatan ini.

Ini jugalah amalan yang berlaku di bawah kementerian yang diketuai oleh KSN atau KSU.

Kuasa eksekutif terletak di tangan-tangan mereka yang telah dilantik mengetuai sesebuah agensi atau kementerian. Seorang menteri hanyalah mengkoordinasi dan meneliti atau memantau segala dasar dan proses pentadbiran yang dijalankan oleh seorang CEO berjalan mengikut landasan sepatutnya.

Jika diteliti betul-betul, mereka yang mempunyai kuasa eksekutif inilah yang lebih terdedah kepada amalan kronisma, nepotisma dan rasuah. Seseorang menteri tidak punya kuasa untuk menandatangani sesuatu arahan, melainkan KSU atau CEO sesebuah agensi.

Apa yang berlaku hari ini, apabila berlaku saja sesuatu masalah rasuah atau penyelewengan, semua jari-jari telunjuk terus menuding kepada menteri-menteri. Apabila menteri-menteri dituduh, maka secara tidak langsung parti-parti yang memerintah akan turut terpalit sama kerana menteri-menteri ini dilantik melalui parti-parti yang mereka wakili.

Sebaliknya semua KSU, Ketua Pengarah atau CEO syarikat-syarikat GLC semua cuci tangan dan terlepas dari semua sangkaan dan tuduhan ini. Boleh dikatakan secara persepsinya semua pihak akan meletakkan kesalahan ini 100% kepada menteri-menteri atau Perdana Menteri. Merekalah konon satu-satunya pihak yang mencipta kroni dan rasuah.

Apakah mereka-mereka yang mengetuai semua agensi ini suci dari semua pertuduhan ini?

Kerugian yang ditanggung Pos Malaysia ini angkara siapa? Adakah kita mahu menuduh menteri telekomunikasi?

Adakah kesulitan para kontraktor untuk berurusniaga dengan Petronas adalah disebabkan oleh Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga Petronas? Siapa yang bertanggungjawab secara eksekutifnya di dalam Petronas bagi menentukan semua urusniaga yang wujud dalam Petronas? Apakah tidak terfikir oleh kita semua, bahawa kemungkinan wujudnya kroni di kalangan pihak yang mempunyai kuasa eksekutif di dalam Petronas? Kenapa kita terus menuding kepada Perdana Menteri tanpa sedikit pun kita terfikir orang dalam mempunyai akses yang lebih untuk melakukan rasuah dan membentuk kroni sendiri?

Tengoklah Tuan Presiden Petronas sendiri. Siang-siang sudah membawa masuk Kroni dan kekasih gelap untuk duduk di jawatan penting di Petronas.

Bukanlah kita bermaksud untuk mempertahankan menteri-menteri semua bersih dan tidak rasuah. Tetapi kita perlu adil dan realistik dalam menilai secara benar semua senario yang berlaku ini.

Kerajaan pentadbiran DS Najib perlu mengambil peluang dari rombakan kabinet ini untuk melakukan pembersihan imej di kalangan menteri dan pihak pentadbir sebaik mungkin.

Jika ada menteri yang benar-benar menyusahkan kerajaan untuk berhadapan dengan rakyat, mereka wajib dibuang saja. Begitu juga dengan KSU, Ketua Pengarah atau CEO agensi-agensi kerajaan yang sedia ada, perlu dinilai semula. Jangan nanti angkara tupai dan kera di atas pokok, lembu yang di bawah dituduh makan pisang.

Mereka yang jadi tupai dan kera di atas pokok perlu dihapuskan dan pada masa yang sama lembu di bawah yang berkeliaran juga perlu dikandangkan. Barulah tanaman-tanaman dapat mengeluarkan buah dengan sempurna dan para rakyat yang dapat menuai hasilnya tanpa ada apa-apa prasangka kepada pimpinan negara.

Para penuduh dan pengkritik kerajaan terutama dari kalangan pembangkang boleh siasat sendiri amalan kronisma dan rasuah di kalangan pegawai kerajaan dan agensi atau GLC. Ada ramai di kalangan mereka ini juga adalah penyokong tegar pembangkang. Semua orang tahu kakitangan Petronas, GLC dan kakitangan kerajaan sekarang majoritinya adalah penyokong pembangkang. Mereka juga terlibat membentuk kroni dan melakukan rasuah dengan rakusnya, tapi tiada siapa yang ambil pusing. Bila merekalakukan rasuah, mereka juga yang tuduh pemimpin kerajaan rasuah. Tapi merekalah sebenarnya kaki rasuah.

7 comments:

  1. Saya sokong 200%. Menteri hanya mengawal tetapi yang buat kerja ialah pegawai-pegawai Kerajaan dan CEO-CEO!!

    ReplyDelete
  2. Kupasan yang sangat bagus. Syabas.

    ReplyDelete
  3. Mengapa CEO-CEO, KSN, KSU berani melakukan kronisma dan sebagainya didalam organasasi mereka? Jawabnya kerana orang atasan mereka juga mengamalkan sikap demikian, contohnya di Petronas, Presiden berani melakukannya kerana PM sendiri melantik ikut pintu belakang kawan(PM) Mustapha Omar Ong sebagai Pengarah di Petronas jadi kalau kau boleh buat aku jugak boleh buat. Kesimpulanya pihak atasan yang harus bertanggungjawab jika ada sesuatu kerugian atau kesilapan berlaku. Kalau kepala keretapi dah tak betul macam mana gerabak nak jalan betul.

    ReplyDelete
  4. Salam KK,
    Harap PM dapat fikirkan/sabitkan reshuffle bagi jawatan CM negeri kami bah.

    ReplyDelete
  5. Setuju..buanglah KSU KSU yang mendatangkan masalah kepada kementerian..cakap mencarut..kaki betina pun ada..menyekat kenaikan pangkat anggota jabatan dibawah seliaan..hanya kroni sahaja cepat naik pangkat..proses kenaikan pangkat dilambat2kan..cuba kajilah..hantar SPRM ke kementerian berkenaan..siasat jgn tak siasat..hantar sahaja ke pool..walaupun dia ni senior..

    ReplyDelete
  6. Lantik kroni yang hanya pandai membodek tidak patut berlaku sama sekali. Ini kerana pembodek tak semesti pandai buat kerja.

    PAS, ally of communist

    ReplyDelete
  7. Sesuatu penyelewengan yang dilakukan patut disiasat dengan setelus-telusnya.

    Chauvinist party

    ReplyDelete