Orang Melayu dan Islam di Malaysia harus bersyukur kerana perkembangan agama Islam di negara ini tidak sama dengan di negara Arab atau lain-lain negara yang terpaksa melalui pelbagai halangan dan peperangan.
Di Tanah Melayu, ia amat berbeza. Islam datang ke dalam Istana terlebih dulu. Apabila raja memeluk agama Islam, maka seluruh rakyat jelata turut memeluk Islam. Raja-raja tanah Melayu tidak sama dengan raja Rom atau Parsi mahupun Habsyah yang menolak mentah-mentah apabila Islam dibawa kepada mereka.
Tapi, hari ini ramai Islam Melayu yang sudah lupa sejarah ini. Ramai Melayu sudah berani menempelak Raja-Raja Melayu. Dulu, pendakwah agama dari Arab dan India datang ke istana dan membawa berita tentang agama Islam. Pendakwah atau ulamak ketika itu saling bekerjasama dengan pihak Istana dalam mengembangkan Islam.
Sebenarnya, itulah beza pendekatan agama Islam di tanah Melayu berbanding dengan lain-lain negara di dunia ini. Allah swt sudah tentu lebih maklum akan segala kejadiannya. Maka proses perkembangan agama Islam di Tanah Melayu adalah sebahagian dari ‘plot’ yang telah dirancang oleh Allah swt sebenarnya.
Kesimpulannya, di atas sifat taat kepada raja yang memang sudah menjadi adat dan budaya secara turun temurun bangsa Melayu, maka di atas sebab inilah para ulama awallin telah diberi petunjuk oleh Allah swt untuk sebarkan Islam melalui istana terlebih dahulu. Dan dari sekian ramai raja-raja yang memerintah di muka bumi ini, Raja-Raja Melayu adalah kalangan raja yang begitu mudah menerima agama Islam. Parameswara hanya melihat pendakwah Islam bersembahyang di tepi pantai MElaka, lantas baginda terus tertarik dan memeluk agama Islam. Sesudah itu seluruh pengikut dan rakyat baginda pun memeluk agama Islam.
Begitulah besarnya peranan Raja-Raja Melayu dalam perkembangan Agama Islam di Seluruh Nusantara.
Hari ini, sudah ada ulamak dan manusia jahil yang mempertikaikan peranan Raja-Raja Melayu sebagai pelindung Agama Islam. Mereka lupa bahawa jika datuk nenek Raja-Raja Melayu ini tidak menerima Islam satu masa dulu, sekarang mereka pun mungkin sedang menyembah pokok sekarang ini.
Ulamak mempertikaikan peranan raja-raja dengan hujah agama. Manusia jahil dan peminum arak tegar pula mempertikaikan peranan Raja-Raja dengan menggunakan sudut perundangan dan perlembagaan negara.
Hakikatnya kedua-dua puak ini, sebenarnya tidak sedar dek untung. Pemikiran mereka sedang disongsangkan oleh syaitan dan Iblis. Si ulamak disongsangkan pemikiran oleh si Iblis dengan menggunakan hujah agama, manakala si jahil murakad pula disongsangkan pemikiran oleh si iblis dengan menggunakan hujah perundangan.
Ke dua-duanya tidaklah membawa atau menambah kebaikan kepada agama, malahan menambah keliru dan mengkalutkan lagi pemikiran umat Islam di negara ini.
Ke dua-dua hujah yang digunapakai hanyalah melambangkan mereka sebenarnya lebih mendahulukan dunia atau kuasa dan politik puak. Sifat ini juga boleh dikatakan mengamalkan politik suku agama suku atau lebih tepat lagi politik Assobiah mereka.
Segala tuduhan yang mereka lemparkan kepada UMNO khususnya, sebenarnya merekalah yang mengamalkannya.
Demi politik mereka sanggup meletakkan keraguan kepada sebuah institusi yang selama ini bertanggungjawab secara langsung sebagai penyebab mereka mengucap syahadat hari ini.
Demi politik mereka sanggup memperkatakan politik boleh dibicarakan di dalam Masjid.
Benar, politik boleh dibicara di dalam masjid. Tapi politik yang jenis mana?
Adakah politik yang membuat tuduhan kepada pihak lain tidak Islamik dan mereka lebih Islamik itu yang dimaksudkannya dibolehkan? Adakah membaca ayat-ayat suci dan hadis-hadis nabi dengan niat untuk memperlekehkan umat Islam yang tidak sehaluan dari segi politik itu yang pada maksud mereka dibolehkan?
Setahu kita asas politik Islam tidak boleh lari dari premis “hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia”.
Jika bicara politik dalam masjid terputus dari maksud “hablumminallah dan hablumminannas”, itu sebenarnya adalah politik sekular yang tidak kena mengena dengan Islam. Maka itu juga adalah politik suku agama suku. Mencampur-adukkan antara maksud duniawi dan maksud ukhrawi. Dalam masa mereka kononnya menyebarkan agama di dalam masjid, tetapi di sebalik ayat-ayat agama ini terselit niat untuk meyakinkan orang ramai supaya mengikuti fahaman puak mereka dan seterusnya menyokong gerakan mereka.
Golongan inilah golongan yang paling tegar untuk diyakinkan bahawa apa yang mereka lakukan itu silap. Mereka sukar diyakinkan kerana mereka merasai mereka lebih hampir dengan Allah dari kita, walhal, hakikatnya mereka sedang tertipu dengan belaian iblis dan syaitan melalui bait-bait ayat al-Quran dan hadis.
Alat yang berkesan untuk meyakinkan ramai orang adalah menggunakan agenda agama. Ia lebih berkesan dari menjadikan agenda bangsa sebagai agenda perjuangan. Tapi bagi perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan tanah air.
Bila kita sebut bangsa, mereka kata assobiah dan sesat. Kalau kita tanya bagaimana dengan maksud ‘negara’? Sesat atau tidak?
Salam sejahtera..
ReplyDeleteRasanya ramai rakyat Malaysia dah tahu bahawa Zaid Ibrahim boleh dikategorikan antara salah seorang ahli politik yang malang dan terkecewa dek perangainya tersendiri. Orang yang dilebelkan sebagai Kaki Botol Tegar boleh bercakap pasal agama Islam yang teramat suci? Amat memalukan sebagai orang Islam. Jika Zaid Ibrahim ni tahu halal dan haram, kenapa dia menyentuh minuman (arak) yang sudah pasti memabukkan? Seorang kawan saya bukan beragama Islam pernah beritahu bahawa arak tu haram bagi umat Islam dan agama dia pun tegah penganutnya meminum arak tetapi tidak begitu diberatkan. Jika itu dikatakan cerita lama, itu hal Zaid Ibrahim dengan Allah s.w.t tapi janganlah dia cuba menjadi penderhaka kepada Raja dan Negara terutama kepada Umat Melayu Islam di Malaysia.
Bagi saya, Zaid Ibrahim adalah seorang Peguam Cap Ayam. Larangan Allah s.w.t dia pernah engkar, apa tah lagi arahan seorang manusia yang bergelar Sultan.
Nik Aziz pula cukup-cukuplah tu!! negeri sendiri pun tak ditakdbir dengan betul ni..kan pulak nak ganggu-gugat di negeri lain. Nik Aziz boleh balik Kelantan dan cermin diri sendiri. Kata orang biarlah keluarga kita dulu sempurna baru kita perbetulkan orang lain. Jangan rosakkan hubungan rakyat dengan sultan. Saya ni rakyat Kelantan tapi bukan ahli UMNO rasa kecewa dan kesal apa yang Nik Aziz buat sekarang ni. Cukup-cukuplah Nik Aziz!!!
Nasihat saya kepada dua-dua ahli politik Kelantan ni..bersaralah dan bertaubatlah kepada Allah s.w.t supaya umat Melayu Islam tidak terus dan terpesong.
Semoga Allah s.w.t membuka pintu kedua-dua mereka ini.. Amin.......
Malaysia ni kecik je. Orang Islam di Malaysia ni tak sampai 0.001 peratus berbanding 1.4 billion umat Islam seluruh dunia. Tapi orang PAS menggambarkan seolah-olah seluruh umat Islam tu ada di Malaysia atau orang Islam hanya ada di Malaysia saja. Mereka tak pandang dunia yang luas ni. Mereka macam katak bawah tempurung.
ReplyDeleteOrang seperti Nik Aziz ni ada berjuta-juta dalam dunia. Jika Nik Aziz ni boleh dikatagorikan ulamak atau orang alim, ada berjuta-juta lagi orang alim dan ulama di dunia niseperti dia. Yang lebih hebat lagi dari Nik Aziz pun ada berjuta-juta lagi.
Maksudnya Nik Aziz bukanlah sehebat mana. Sama macam orang lain juga. Cuma orang yang taksub kepadanya saja yang mengagung-agungkan dia.
Oleh itu berentilah memuja Nik Aziz ni. Dia orang politik. Semua cakapnya cakap politik. Cuma kelebihannya dia pandai gunakan agama untuk dikaitkan dengan politik supaya orang percaya dan terpengaruh dengan cakap-cakapnya
Dalam satu kajian, didapati orang Melayu ni mudah dipengaruhi. Ada dua cara mudah utk memepengaruhi orang Melayu iatu mempengaruhi mereka melalui pendekatan agama (ceramah-ceramah agama atau ajaran agama) seperti yang dilakukan oleh ulamak-ulamak PAS dan juga oleh guru-guru ajaran sesat (ayah pin dan sebagainya) Itu sebab ramai orang terpengaruh dengan ajaran sesat termasuk orang-orang cerdik pandai.
Satu cara lagi ialah melalui pendekatan simpati, kesihan dan pembelaan. Orang Melayu akan mudah terpengaruh dengan orang atau pihak yang menunjukkan simpati kepada mereka, tunjukkan kesian dan membela nasib mereka. Kelemahan orang Melayu ialah suka dikasihani, suka didodoikan, suka apabila ada pihak yang membela nasib mereka. Jika ada orang yang bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan ini maka orang itu akan dipuja. Inilah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang kononnya membela nasib petani di Baling satu ketika dulu. Memperjuangkan nasib orang miskin malah membela orang yang kebuluran di sana. Mana ada orang kebuluran di Malaysia. Jika ada itu adalah orang yang paling malas sekali. Malulah jika dipandang atau diketahui oleh bangsa asing ada orang Melayu kebuluran di negara ini. Akhirnya Anwar dipuja dan disanjung kerana dianggap menjadi tokoh yang memperjuangkan orang susah,miskin dan kebuluran.
masyaallah
ReplyDeleteMasa tak tepat ni Bro.
ReplyDeleteKetika BN/UMNO/APCO nak luluskan judi bola,lu nak balun PAS pulak.
Cermin lah dulu
Nampak sangat Anonymous May 8, 2010 6:56 AM tak faham dengan tajuk perbincangan. Ini yang dikatakan Penyokong PAS yang DUNGU dan PALING BODOH. Orang macam nilah yang menguntungkan mereka-mereka yang mengambil kesempatan dan menanguk di air keroh. Buat malu PAS ajalah lu ni.
ReplyDeleteAbang KK,
ReplyDeleteabang kata " Pemikiran mereka sedang disongsangkan oleh syaitan dan Iblis. Si ulamak disongsangkan pemikiran oleh si Iblis dengan menggunakan hujah agama, manakala si jahil murakad pula disongsangkan pemikiran oleh si iblis dengan menggunakan hujah perundangan" saya rasa bidasan abang amat-amat keterlaluan. Mungkin kerana abang berada dalam umno maka abang bermatian mempertahankan hujah begitu. Menuduh ulama berfikiran iblis mungkin ada khasnya bagi mereka yang hidup atas nafsu serakah tapi jika tuduhan abang terhadap ulama yang ikhlas berjuang untuk agama maka alangkah hinanya abang di sisi Allah. Tidakkah abang mendengar Allah akan isytihar perang ke atas musuh yang menzalimi ulamaNya?
Pemimpin Umno pernah menzalimi ulama Pas sptmana mereka melancarkan pembunuhan di Memali. Kemudian mereka memfitnah pula ulama tersebut dgn pelbagai tuduhan. Cuba abang tanya Ust Nakhaie yang telah jadi Umno ttg sifat Ustaz Ibrahim Libya yang terbunuh itu. Adakah ciri-ciri syahid ada pada batang tubuhnya selepas pembunuhan itu. Jika ada, ini menunjukkan mereka di pihak benar dan Umno khasnya pemimpin mereka menjadi musuh Allah!! ada tuan guru pondok kata ' ada percikan darah syuhada di baju-baju orang umno' ( maksudnya mereka ada saham kelak) Awas abang KK, berpolitik janganlah lupa hukum Tuhan. Saya percaya komen saya ni tidak disiarkan tetapi saya yakin bahawa berita yg disampaikan oleh balu syuhada ttg kesyahidan suami-suami mereka itu jelas. Umnolah petualang dan pembunuh mereka. Rugilah iman dan Islam abang jika ini benar-benar terjadi. Bertaubatlah wahai saudaraku dan adakah abang tidak melihat perilaku presiden Umno dan isterinya? inikah kebanggan ahli umno yang mengaku Islam?