Tuesday, July 20, 2010

MAIN CATUR ATAU MAIN DADU..?

Tiada siapa pun yang membincangkan soal pemilihan parti di dalam UMNO ketika ini kerana pemilihan baru saja berlangsung pada Mac tahun lepas. Tiada siapa pun yang menawarkan diri apa-apa jawatan dalam parti tersebut ketika ini kerana semua orang tahu bahawa sekarang bukan masanya.

Tetapi, kenapa KJ tiba-tiba muncul dan mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang?

Apa sebenarnya yang sedang cuba dilakukannya?

Adakah dia sudah berkira-kira kalau bertanding nanti beliau akan kalah? Kalau dia memberi alasan untuk memberi laluan kepada muka baru, bukankah beliau sendiri memang seorang muka baru? Dia kata dia akan memastikan penggantinya kelak bukanlah setaraf dengan beliau. Maksudnya dia akan memastikan penggantinya mestilah lebih baik dari dia.

Tapi, kenapa dia sengaja melontarkan idea ini sekarang? Apa sebenarnya yang dia cuba lakukan?

Ada dua kemungkinan kenapa dia umumkan sekarang. Pertama mungkin kerana dia terlalu bijak sehingga tiada siapa dapat membaca bacaan politiknya. Ke dua mungkin dia tersangat tidak bijak sehingga tidak tahu langsung membaca bila waktu yang paling sesuai untuk mengumumkannya.

Jika telahan pertama benar, bolehkah sesiapa memberi pandangan, agaknya apa rasional dia berbuat demikian?

Adakah kenyataan itu dibuat di atas kesedarannya terhadap kepentingan parti dan institusi pemuda yang dikatakan ramai pihak, sudah ‘mogun’? Tapi kita kembali bertanya, kenapa sekarang? Adakah kerana dia sudah sedar bahawa beliau adalah antara penyumbang terbesar kepada hilangnya sokongan rakyat terhadap UMNO?

Kalau telahan ini betul dan dia sedar masalah liabiliti yang menyelubungi dirinya, kenapa dia hanya umumkan untuk tidak mempertahankan jawatan? Kenapa dia tidak umumkan letak jawatan sekarang demi parti? Bukankah itu lebih baik daripada hanya meletakkan harapan kepada rakyat bahawa suatu hari nanti dia tidak berjawatan penting lagi dan rakyat bolehlah berkira-kira untuk menyokong kembali UMNO?

Atau adakah dia hanya ingin menguji tahap sokongan sebenar kepada beliau dalam pemuda UMNO kini? Jika andaian ini benar, tindakan beliau sudah boleh dianggap tersilap langkah kerana sehingga kini tiada seorang pun di kalangan pemuda yang bangun dan mengeluarkan kenyataan mendesak beliau terus mempertahankan jawatan. Pemuda tidak ambil pusing langsung dengan kenyataan yang beliau buat. Hok tak, hek pun tak. Macam air lalu..

Atau pun dia sedang menguji kepimpinan tertinggi UMNO? Tapi apa yang nak diujinya? Kalau setakat ingin menarik perhatian pucuk pimpinan, masih banyak isu lain yang lebih berdaya maju untuk dibawa.

Atau… apa agaknya ye. Tak tau la. Susah betul nak di baca percaturan yang sedang dilakukannya. Sekali pandang macam main catur. Dua kali pandang macam main buah dadu. Untung sabut timbul.

Atau, adakah betul seperti yang diulas oleh blogger “APANAMA”..

1 comment:

  1. Dia nak test market je tu. Kot2 ramai yang akan tahan dia dari tarik diri, malangnya orang tak peduli, jadi faham2 sendiri lah ye KJ.
    Tapi cerita dadu atau catur, baik main catur. Kita boleh corakkan permainan, tapi kena lah baca pergerakan lawan. Kalau boleh dah tau apa langkah lawan anda, senang nak letak pagar keliling. Kalau boleh menang, kalau tak boleh menang-menang, jangan kalah udah le.

    ReplyDelete