- Mufti Harussani sedang menjalankan fungsinya sebagai seorang ulamak. Seseorang ulamak mestilah berani berkata benar dan menyatakan apa yang sewajibnya diungkapkan seperti mana kehendak Allah dan rasulnya.
- Apabila seseorang ulamak bertindak mendahulukan urusan agama daripada urusan dunia, maka selalunya mereka akan melalui seperti mana yang dilalui oleh nabi-nabi. Itu adalah fitrah kenabian. Pelbagai onak, ranjau dan duri yang dilalui oleh nabi-nabi akan dilalui juga oleh orang-orang yang mengikuti jalannya.
- Jika nabi-nabi dulu terpaksa menerima penghinaan, maka orang yang melalui jalannya pasti akan mengikuti laluan ini. Jika nabi-nabi dulu tidak membawa pendekatan menghina dan mencerca dalam usaha mengembangkan agama, maka ulamak yang menuruti jejaknya juga tidak akan melakukan penghinaan terhadap orang lain kerana ulamak ini tahu nabi-nabi tidak pernah melakukannya.
- Jika nabi nabi dulu menerima tentangan dari segenap pelosok, termasuk dari kalangan ahli kitab Yahudi dan nasara, maka barang siapa yang menuruti jejak bani-nabi ini pasti akan menerima tentangan dan penghinaan dari segenap pelosok juga, termasuklah dari kalangan ahli kitab, iaitu dari kalangan ulamak juga.
- Bukanlah sesuatu yang pelik sesuatu kebaikan untuk ummah yang ingin dilakukan akan turut ditentang oleh kalangan ulamak sendiri, kerana nabi Muhammad juga pernah mendapat tentangan dari kalangan rahib dan ahli kitab terdahulu. Bahkan ada di kalangan ahli kitab Yahudi yang tahu akan lahir Nabi Akhir Zaman. Mereka cuba menjejak siapa Muhammad yang digambarkan di dalam kitab mereka bukan bertujuan untuk mengikut dan mentaatinya, tetapi untuk menentangnya, walaupun mereka tahu apa yang bakal di bawa oleh Muhammad ini adalah benar.
- Gambaran ini membuktikan kepada kita bahawa kita tidak boleh membuta tuli menyokong dan menerima fatwa secara bulat-bulat dari mulut seseorang yang bernama ulamak hanya kerana mereka ulamak dan berilmu. Kita tidak boleh menerima secara tangkap muat fatwa ulamak seperti kita membeli durian secara borong.
- Jika kita membeli durian secara borong, maka sudah pasti kita akan mendapat durian yang baik, yang busuk dan yang berulat. Ada juga durian yang baik tapi berulat. Ada juga durian yang baik tapi isinya ‘dingkir’. Ada juga durian yang baik tapi sudah merekah dan hanya sesuai untuk dibuat tempoyak.
- Apa yang paling baik ialah kita mesti tahu ilmu asas tentang jenis-jenis durian. Apabila kita sudah ada ilmu tilik durian sebegini, apa yang perlu ialah kita mestilah membelinya satu-satu dan bukan secara pukal. Dengan cara ini barulah kita akan mendapat durian yang sempurna, iaitu isinya tebal dan kuning, serta bebas dari ulat dan busuk. Atau pun satu cara yang lebih baik ialah kita pergi ke dusun durian yang kita sudah tahu tuannya dan kita yakin bahawa tuannya tidak akan menipu kita dengan memberi durian yang tidak berkualiti.
- Kita sering kali tertipu dengan durian siam yang cantik di tepi-tepi jalan, tapi apabila kita samapai di rumah dan membelahnya, baru kita tahu durian tersebut kerang dan berulat.
- Hari ini, apa yang berlaku kita sudah tidak punya kemampuan untuk menilik siapa ulamak yang harus dan patut kita ikuti. Ramai di kalangan kita yang main tangkap muat berdasarkan sentimen asas dan kecenderungan kita untuk kita berkiblatkan kepada fatwa seseorang ulamak.
- Bagi saya, kalau saya hendak mendengar pandangan ulamak, maka saya akan dengar pandangan ulamak yang paling kurang kepentingan dunianya atau yang tidak ada langsung kepentingan dunia. Apabila mereka mempunyai paling kurang kepentingan dunia, maka fatwa mereka akan lebih cenderung dan lebih jelas menuruti (Comply) dengan apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.
- Tetapi jika ulamak-ulamak ini ada komitmen yang tinggi kepada agenda dunia yang diwakilinya, maka fatwa mereka akan lebih cenderung kepada jemaah atau fikrah yang diwakilinya. Fatwa mereka akan lebih terdedah kepada ‘bias’ berbanding dengan ulamak yang kurang komitmennya kepada jemaah atau fikrah yang diwakili.
- Saya tidak menolak sepenuhnya ulamak-ulamak yang mewakili fikrah tertentu. Cuma saya lebih cenderung untuk percaya kepada ulamak yang kurang atau pun tidak ada langsung komitmen dunianya.
- Soal perpaduan ummah dari segi urutan kepentingan sesuatu amalan adalah termasuk di dalam urutan amalan kebaikan yang terpenting. Perpaduan ummah adalah lebih penting dan tinggi kedudukannya dari amalan sembahyang, puasa atau zakat. Malahan ia lebih penting dari mendaulatkan hukum hudud pada ketika ini. Perpaduan ummah adalah ikatan kalimah Allah yang wujud di dalam diri setiap muslim. Sudah pasti amalan ini lebih tinggi dan utama dari lain-lain amalan yang penting.
- Jika ditamsilkan kepada sebuah rumah, maka soal perpaduan ini bolehlah ditamsilkan sebagai salah satu barang yang paling berharga di dalam sesebuah rumah. Tempatnya di dalam sesebuah rumah mestilah teristimewa. Tidak kenalah kalau perabot yang mahal-mahal diletakkan di dapur. Ataupun menyimpan gelang dan rantai emas di sebaris dengan cawan atau garpu di rak pinggan.
- Jika rumah kita terbakar, adalah suatu tindakan paling bodoh jika kita menyelamatkan tilam, dulang atau pun kuali terlebih dahulu sehingga terlepas pandang barang-barang berharga yang lebih penting. Kalau rumah saya terbakar, yang pertama saya akan selamatkan ialah anak dan isteri dan keduanya dokumen-dokumen penting, dan ke tiganya emas atau barang-barang berharga yang lain. Jika ada kesempatan barulah saya akan selamatkan lain-lain barangan yang dikira perlu dan penting.
- Secara analoginya, hari ini seluruh dan sebahagian besar umat Islam termasuk diri kita, amat terdedah kepada bahaya terbakar dek api neraka. Untuk kita selamatkan diri dan umat dalam keadaan hari ini, tidakungkin untuk kita dapat mengamalkan keseluruhan amalan agama. Hanya sahabat nabi dan sebahagian kecil dari pengikut selepasnya hingga akhir zaman ini sahaja yang dapat mengamalkan keseluruhan agama.
- Dalam keadaan hari ini, apa yang harus diutama dan dititik beratkan ialah amalan-amalan penting dan utama dari segi hairaki amalan berdasarkan kepada kehendak Allah dan rasulnya. Jika kita ingin menangkap anak ayam, kita boleh tangkap anak ayam ini satu persatu. Tapi cara yang paling berkesan ialah kita hanya perlu menangkap induk@ibu ayam dan masukannya ke dalam sangkar. Maka anak-anak ayam akan dengan sendirinya masuk menuruti ibunya ke dalam sangkar.
- Jika kita mengutamakan amalan-amalan utama dalam agama, maka amalan-amalan kecil yang lain juga akan mudah untuk diamalkan.
- Beginilah senario yang saya cuba gambarkan. Saya bukan ulamak dan amat jahil. Cuma yang boleh ialah menyumbang buah fikiran kalau diterima.
- Secara kesimpulannya saya bersetuju dengan saranan yang telah dibuat oleh Mufti Harussani mengenai pentingnya soal perpaduan Melayu/Islam dijayakan menjelang PRU 13. Saranan yang beliau lakukan adalah di antara amalan-amalan pokok dan utama dalam agama, iaitu menyentuh soal perpaduan ummah atau kesatuan dalam hati-hati setiap ummah Melayu Islam di dalam negara.
- Tidak ada perkara yang terlebih penting dalam keadaan hari ini, melainkan soal perpaduan dan keselamatan seluruh umat Melayu/Islam, walaupun pelbagai tanggapan yang dibuat oleh mereka-mereka yang berkepentingan politik dan kuasa.
- Soal keikhlasan tiada siapa yang mengetahui, tetapi yang pasti, beliau mempunyai kepentingan yang lebih sedikit berbanding dengan ulamak yang berkecimpung di dalam kancah kuasa dan demokrasi. Maka saranan beliau adalah lebih berkredibiliti dari lain-lain-lain saranan yang datang dari ulamak samada dari UMNO atau pun PAS.
Saturday, July 24, 2010
SIAPA ULAMAK YANG PALING KURANG KEPENTINGAN....?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.......
ReplyDeleteBETUI LA BEWAK HARUSSANI PON PEJUANG MELAYU....CUMA DIA NI NGAJI SIKIT AGAMA LULUSAN KOLEJ ISLAM.. PARTI BEWAK PEGHA DIA LAGU PEGHA ANJIN UNTUK SALAK NIK AZIK SAJA........
KLUAQ SAJA SORA NIK AZIK BEWAK NI TERUIH SALAK. KALU SEMAK KATIK TAK PAKAI TUDUNG KA....AKADEMI PANTATSIAL KA, JUDI KA, NENTAH APA2 KA, BEWAK NI WAT MACAM HALAL SAJA.
NAK DEBAT TAK MAW.........
KALU LA NABI MUHAMMAD BERJUANG UNTUK BANGSA ARAB.......FUHHHHHHHH MISTI BEWAK NI BERJUANG SAKAN UNTUK MELAYU..
he he he
geletek mufti seket
Komen Lord ried ini diluluskan utk publish semata-mata utk buktikan bahawa akhlak penulisan dan pemikiran pejuang PAS tidak ada bezanya akhlak lain-lain pari assabiah..kita perlukan hujah-hujah yang membina dan bukan hujah yg melepas nafsu ammarah. Mperjuangkan Islam kononnya tapi dDgn nafsu ammarah sampai kiamat pun Islam tidak akan bangun..
ReplyDeleteLord Reid ni mat rempit ni tak pun penagih dadah cakap macam orang lalok. Jangan lari dari topik jang.
ReplyDeleteIsu perpaduan bukan perkara baru. Bukankah telah digunakan oleh Muawiyah & Amru Al-As bila puak mereka hampir tewas di medan Saffin.
ReplyDeleteSiapakah yg belajar dari sejarah?
dato'..
ReplyDeletebaik jangan siar...saya malu nak baca...
mintak maaf pengganti diri..
sebagai orang PAS, saya harap dato' buang komen tu...saya amat malu....
berdiridenganalquran
lord ried ni aku bagi tapak kasut je kat muka dia, baru padan....otak letak kat bontot....
ReplyDeleteabang Zaman,
ReplyDeletesaya ahli Pas tapi saya tak suka pula kata-kata nista gitu. Tapi saya hairan jugak kenapa abang beria-ria sangat nak mintak pemimpin Pas sahut rayuan tok mufti pro umno tu. Bukankah Nik Aziz dah kata umno tidak islamik dan naib presiden UMNO pun kata Pas parti ajaran sesat. Jadi tak ada sebab nak bersatu nanti sesat belaka... Pemimpin tertinggi dua parti kata begitu, abang cuma ahli biasa sahaja.. Anwar Ibrahim dulu nak cuci tong najis pun tak berjaya dan dah kena tendang. Baik abang ajak Beghaim Ali masuk umno balik lagi baik untuk berjuang nasib melayu. Hidup Melayu UMNO!!!
Dia jadi alat UMNO saja, tak lebih dan tak kurang.
ReplyDeleteBila UMNO kuat Harussani ni senyap jer menikmati gaji bulanan. Bila UMNO lemah dan hampir bungkus baru la dia bingkas-bangun kata Melayu sudah berpecah-belah. Padahal UMNO dan PAS dah wujud sejak berpuluh tahun dulu, kenapa dulu tak berpecah ke, sekarang bila UMNO nyawa2 ikan baru Melayu berpecah?
Usah bimbang Harussani, jika UMNO bungkus, orang2 Melayu akan berpindah sokong PAS. PAS akan menjadi majoriti menggantikan UMNO. Kuasa Melayu kekal, cuma berpindah dari UMNO kepada PAS saja. Orang gila saja yang kata DAP akan jadi majoriti. DAP bertanding baru berapa kerusi Parlimen. Tak pandai kira ke?
Lord Ried?? Whose that fella..? Berjuang atas nama Islam kononnyer... Nama pun tak Islamic.. Lu pikirlah sendiri..
ReplyDeleteDi akhir zaman, Orang Islam akan berpecah belah dan akhirnya dikalahkan oleh musuh-musuhnya.
ReplyDeleteDi Malaysia pun tak terkecuali. Ulama-ulama yang baik dan jujur akan dihina. Ulama-ulama yang putar alam dan pandai main politik, pandai mempergunakan agama untuk politik, pandai mempermainkan hadis dan Al-Quran untuk tujuan politik akan disanjung.