Friday, August 6, 2010

KHAZANAH NASIONAL BERI EKOR PADA SINGAPURA..

Sime Darby rugi besar selepas saiz dibesarkan bila digabung dengan 2 lagi syarikat perladangan. Dato Bakke yang gagal atau tidak menyerlah di Felda pula diberi tanggungjawab untuk memulihkan Sime Darby. Orang kuat Sime Darby yang rugi berbilion RM pulak dilantik mengetuai Felda.

Penyusunan semula kakitangan atasan di ke dua-dua syarikat gergasi ini dilihat sebagai satu pertukaran kakitangan antara 2 syarikat yang gagal.

Siapa perunding yang mencadangkan semua ini?

Salah seorang tukang yang menyebabkan rumah Sime Darby senget telah dipertanggungjawabkan untuk membaiki rumah Felda, manakala tukang yang menyebabkan sebahagian dari urusniaga Felda rugi telah dihantar untuk memulihkan Sime Darby.

Tan Sri Azman Mokhtar menerbitkan Sukuk Khazanah Nasional $1.5 billion tetapi di Singapura pulak. Kenapa Khazanah Nasional ‘memberi ekor’ kepada Singapura? Tindakan ini akan membolehkan Singapura menjadi Hub pasaran kewangan Islam di Asia di masa depan? Jika Singapura diberi ekor sebegini, apa akan jadi dengan Malaysia yang telah jauh ke depan dalam pasaran kewangan Islam?

Apakah semua keputusan-keputusan penting yang dibuat ini akan memberi faedah atau lonjakan kepada daya saing negara?

Isu Sime Darby bukan isu untuk melonjakkan daya saing tapi hanyalah di peringkat untuk mengeluarkan Sime Darby yang telah terjerumus ke dalam gaung.

Isu terbitan Sukuk pula bukan usaha untuk meningkatkan daya saing pasaran kewangan Islam negara di peringkat global, sebaliknya ia akan meningkatkan daya saing Singapura ke atas Malaysia dalam Pasaran Kewangan Islam di peringkat global.

Mungkin pembuat keputusan kepada semua ini tersangat bijak sehingga semua pakar-pakar yang ada di negara ini gagal memahami setiap keputusan amalan korporat yang sedang berlaku.

1 comment:

  1. Ini semua kerja orang Melayu yang tak pernah sedar diri....Kerja dia menghabiskan harta kerajaan dan memiskinkan orang melayu. Asalkan tembolok dia penuh...dia tak peduli bangsa dia papa kedana...serupa jugak dengan PNB...dah berapa kali cukup matang....satu sen pun pemegang saham ASB dan ASN tak dapat faedah... masa zaman hussein onn dulu...matang aje dapat 60%...kan kata semua orang melayu...

    ReplyDelete