Akhirnya DS Hj Hadi Awang membuat kenyataan dan seruan yang sama seperti yang selalu diucapkan oleh para pemimpin UMNO sejak dulu.
PAS, katanya berpendapat hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera perlu dikekalkan termasuk dasar dan pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.
Beliau juga berkata, majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut. Katanya lagi, bagaimana pun, ketika hak keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.
Untuk tujuan makluman semula, apa yang dicakapkan oleh HJ Hadi ini adalah hakikat sebenar yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.
Apabila berlaku peristiwa pergaduhan kaum pada tahun 1969, apa yang telah disebut di dalam perlembagaan telah diperkuatkan lagi dari segi pelaksanaannya dengan mewujudkan dasar yang lebih afirmatif dan pragmatik, iaitu DEB. DEB ini telah mendapat persetujuan seluruh pemimpin dari segenap lapisan masyarakat.
Kalau DEB yang dirangka itu salah, maka seluruh pihak dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat yang telah bersama merangka dan bersetuju dengan DEB itulah yang patut dipersalahkan.
Hari ini sesiapa yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar pragmatik yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN ini tidak boleh menyalahkan BN kerana BN hanya menguatkuasakan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan dan apa yang telah dimasukkan menjadi sebahagian dari dasar-dasar kerajaan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh segenap pemimpin kaum di negara ini suatu ketika dulu.
Jika Presiden PAS sendiri yang telah turut bersetuju dengan hakikat keunikan yang wujud di negara ini, kenapa PAS perlu berdolak-dalih lagi tentang cara mana negara ini harus ditadbir? Perkara-perkara pokok inilah yang sedang hebat dipertikaikan oleh DAP, MCA dan PKR sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk mencemarkan apa yang telah diperjuangkan oleh BN sejak sekian lama.
Kenapa jurang yang terbina di antara UMNO dan PAS begitu besar sedangkan isi apa yang cuba diperjuangkan oleh ke dua-dua parti adalah sama sebagaimana yang diungkap oleh Presiden PAS?
Selama ini PAS tidak pernah mengiktiraf hasil yang telah diperjuangkan oleh UMNO, walhal apa yang telah terhasil adalah hasil dari keistiqomahan UMNO dalam menjunjung apa yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan negara dan DEB yang telah dilaksanakan sejak 1970?
Hari ini Hj Hadi telah mengakuinya, walaupun tanpa menyebut ia adalah apa yang telah sekian lama diperjuangkan oleh UMNO.
Kata-kata Hj Hadi ini bolehlah dianalogikan seperti seorang bapa mertua yang tidak merestui perkahwinan anaknya kerana tidak suka pada menantu pilihan anaknya. Tapi naluri sebagai seorang datuk akan tersentuh juga apabila melihat cucu-cucu yang dilahirkan hasil dari perkongsian hidup anak dan menantu yang tidak pernah direstui. Ego sebagai seorang bapak akhirnya terlerai apabila melihat cucu-cucu yang ‘cemet-memet’ membesar walaupun si datuk tidak pernah mengiktiraf perkahwinan anaknya.
Apalah salahnya demi perpaduan umat Melayu keseluruhan, PAS membuang segala keegoan politik demi sama-sama menjaga masa depan cucu-cicit keturunan seagama dan sebangsanya yang telah semakin tergugat akibat dari pergeseran dan politik yang semakin mencabar kedudukan agama, bangsa dan tanah air ini?
Semua pihak harus berhenti menatang ‘EGO’ puak dan kabilah yang selama ini ditatang seperti menatang minyak yang penuh. Gantikanlah menatang ‘EGO’ dengan menatang ‘perpaduan ummah’ demi survival agama, bangsa dan tanah air.
Tatanglah tuntutan perpaduan ummah seperti mana kita menatang minyak yang penuh kerana itulah tuntutan sebenar sebagai pejuang agama, jika benar kamu ingin memperjuangkannya.
Keluarlah dari alam retorik perjuangan agama dan masuklah ke dalam alam realistik..
Kalau umno jujur dan ikhlas serta amanah dah lama masaalah melayu terpinggir selesai..50tahun memerintah m'sia, tak tercapai-capai lagi matlamat DEB..? Punca utama RASUAH..
ReplyDeleteAP, Permit dikeluarkan kat proksi atau kroni..dapat pajak kat cukong cina, proksi duduk goyang kaki 'collect' juta..cukong cina jalankan bisnes pakai AP buat beratus-ratus juta..konsumer majoriti bumiputera beli dengan harga yang mahal...
Yang susah bumiputera. Bukan masaalah perpaduan. Melayu memang dari dulu dah berpadu, mana kita pernah dengar melayu sama melayu berperang sama sendiri hingga berlaku pertumpahan darah pasal berlainan aliran politik?..kalau bangsa arab atau pakistan mungkin. Ini semua "gimmick" politik umno supaya terus memerintah dan merompak harta rakyat hingga licin.
iklas
Hidup Chua Soi Lek ........
ReplyDeleteanon kt atas ni sebenarnya nk cakap Pas akan suci dari rasuah dan akan berjaya meletakan DEB pada sasaran mengikut apa yg dirancang,pendek kata pas atau pembangkang tergolong dari mrk yang hebat -hebat dan dari calon ahli syurga semuanya.BN atau umno sepanjang 50thn memerintah x de kerja lain selain dr rasuah n kroni.Walaupun DEB tdk mencapai sasaran tetapi ianya telah berjaya membantu ramai bumiputra menguasai perniagaan bersekala besar ,sekali gus berjaya memberi saingan kpd bukan bumipura dlm beberapa sektor,contohnya Gutrie ,plus,celcom,proton dan bayk lagi.apakah semua ini mampu dicapai tanpa keazaman politik atau ianya terjadi secara semula jadi ?.Mereka dan individu yg berusha utk memenuhi penguasaan bumiputra dalam kek ekonomi ini terpaksa mengambil langkah yg tidak popular demi org melayu khasnya.pemimpin agong ini rela digelar bapa keroni, mahazalim dsbnya demi org melayu.kiranya orang melayu yg terpilih ini tidak dibantu dididik dan dikeronikan dimana kah kedudukan ekonomi org melayu ketika ini. Sudah tentu org melayu tdk akan mampu memiliki apa yang dikecapi sekrang ini.menunding jari mmg mudah ,cuba buat tengok.....
ReplyDeleteAnon 7:26AM
ReplyDeleteKalau dah berjaya menaikkan taraf ekonomi bumiputera maka pemimpin berhak untuk makan RASUAH ke?
Bukankah bumiputera yang dimaksudkan kamu berskala besar adalah kroni-kroni Tun Daim seperti Halim saad, Tajudin Ramli dan ramai lagi.
Kalau tidak ada Proton rakyat mungkin akan lebih senang lagi. Contohnya harga kereta seperti Honda, Nissan, Toyota di negara jiran adalah lebih murah jika dibandingkan dgn. negara kita. olehkerana demi menjaga Proton, harga kereta2 tersebut dinaikkan dgn begitu tinggi hingga menjadi beban pada orang yg. berpendapatan rendah rata2nya melayu.
Proton dijual dgn. harga sederhana dimana kalau dinegara jiran kita boleh memiliki kereta
yg. berjenama sperti Honda, Toyota dimana lebih berkualiti.
Yang menghairankan, harga Proton diluarnegara jauh lebih murah dan lebih berkualiti (export quality)
Satu lagi, mengapa kita masih ditipu dengan mengatakan kerajaan banyak membantu bumiputera dgn. memberi banyak biasiswa kpd. bumiputera.
Persoalannya, duit yang membantu bumiputera adalah hasil dari duit dari PEMBAYAR CUKAI dan hasil negara kita sendiri dan BUKANya DUIT UMNO/BN. Ingat umno/bn telah di AMANAHKAN oleh RAKYAT untuk menguruskan hasil dan DANA negara dan bukan MEMILIKInya.
Dari Rhetorik2 pemimpin UMNO seolah-olahnya mereka menjadi TUAN dan RAKYAT menjadi HAMBA.
Buka lah MINDA kita, wahai MELAYU sampai bila nak jadi BODOH.
Ingat Rakyat adalah TUAN