Jika peluang ekonomi hanya disandarkan kepada keupayaan modal kewangan, pengetahuan dan lain-lain merit semata, maka sudah pasti jurang kekayaan antara rakyat/kaum atau bandar dan luar bandar akan melebar seperti mana yang berlaku sebelum tahun 1969.
Desakan yang dibuat oleh MCA melambangkan seolah-olah kekayaan ekonomi negara sedang dimonopoli oleh kaum bumiputera dan kerajaan seolah-olah memberi peluang ekonomi hanya kepada bumiputera saja.
Malahan antara resolusi penting yang dirumuskan ialah menggalakkan lebih banyak sekolah vernakular untuk melahirkan lebih ramai pelajar mahir berbahasa mandarin bagi membolehkan Malaysia merebut peluang perdagangan dengan negara berbahasa mandarin. Kongres juga mendesak kerajaan jangan melupakan kebajikan untuk sekolah vernakular kerana khuatir akan menyebabkan bakat berpotensi akan mengalir keluar.
PM DS Najib dalam ucapan perasmian kongres tersebut, menyebut, mahukan satu perkongsian yang benar-benar tulen yang jujur antara bumiputera dan bukan-bumiputera dan bukan hanya setakat mengalibabakan projek yang diperolehi kepada bukan bumiputera atau setakat melantik bumiputera berpengaruh sebagai pengerusi atau pengarah tanpa ada pegangan ekuiti atau penyertaan dalam pengurusan.
Chua Soi Lek pula meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan kejayaan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan-bumiputera. Beliau juga berkata bumiputera mendapat banyak kelebihan dalam sektor pembinaan, syarikat GLC dan sektor minyak & gas. Katanya, perkembangan ini tidak sihat dan peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi.
Mereka juga mendesak pegangan ekuiti 30% untuk bumiputera dikurangkan secara berperingkat dengan menggantikan sistem kuota kepada sistem ‘Margin of reference’.
Akhir sekali, MCA mendesak kerajaan memberikan komitmen yang lebih dan memberikan sokongan bagi mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara kaum cina dan bumiputera bagi membina konsep 1Malaysia yang kuat.
Konsep 1Malaysia bagaimanakah yang dimaksudkan oleh MCA? Semua pihak nampaknya sedang menggunakan konsep 1Malaysia sebagai alat untuk mencapai agenda parti, kaum atau kelompok mereka.
1Malaysia menurut pemimpin kerajaan adalah berteraskan perlembagaan. Perlembagaan pula jelas telah melindungi hak-hak kaum pribumi di samping turut menjaga hak-hak lain-lain kaum-kaum yang dijadikan warganegara.
Adakah begini kesimpulan kepada konsep 1Malaysia yang cuba difahami..;?
- Meritokrasi pun selari dengan konsep 1Malaysia dan sistem berdasarkan kuota juga selaras dengan konsep 1Malaysia.
- Memberi akses(peluang) kepada bumiputera (seperti mana peruntukan dalam perlembagaan) agar mereka tidak ketinggalan dan mampu bersaing dalam sektor-sektor yang mana mereka ketinggalan seperti minyak dan gas atau pembinaan adalah selaras dengan konsep 1Malaysia. Membuka seluas-luasnya peluang kepada semua pihak berdasarkan merit juga selaras dengan konsep 1Malaysia.
- Memperkasakan pendidikan sekolah vernakular juga selaras dengan konsep 1Malaysia, iaitu bertujuan bagi mengurangkan pengaliran keluar tenaga mahir dan pada masa yang sama membolehkan Malaysia merebut peluang di negara-negara berbahasa mandarin. Memperkasakan sekolah pendidikan kebangsaan juga adalah di antara pembangunan penting modal insan negara dalam menjayakan konsep 1Malaysia yang lebih bermakna.
Sultan Azlan Shah baru saja memperingatkan rakyat, bagaimana sudah kedengaran suara-suara tuntutan yang sangat bercanggah dan bertentangan dengan semangat penyatuan rakyat di negara ini sebagai sebuah negara bangsa yang mereka dan bardaulat.
Mesej ini adalah jelas dan pemimpin-pemimpin kaum di negara ini sewajibnya memahami maksud di sebalik peringatan ini.
Jurang keupayaan ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera adalah ibarat keupayaan seekor beruk dan keupayaan seorang manusia bermain dan melompat-lompat di atas pokok. Hari ini beruk-beruk ini sedang mempertikaikan manusia yang bermain di atas pokok kerana manusia ini telah dibekalkan sedikit kelebihan seperti tali dan glove tangan bagi tujuan untuk menyeimbangkan keupayaan antara beruk dan manusia di atas pokok.
Jurang keupayaan ekonomi antara bumi dan bukan bumi ini juga boleh diumpamakan dengan pemain bola sepak yang lengkap dengan kasut dan jersi bersaing dengan pasukan yang berkaki ayam. Pasukan yang lengkap berpakaian ini mempertikaikan kenapa lawan mereka diberikan kasut untuk bersaing dengan mereka.
Inilah gambaran betapa kiasu kapitalisnya kelompok MCA yang sedang terkial-kial untuk mendapatkan sokongan masyarakat cina yang sudah lari dari mereka.
Jika beginilah desakan dan tuntutan yang sedang dimainkan oleh MCA dan pihak kerajaan pula harus memenuhi segala tuntutan mereka, maka MCA tidak perlu lagi terlibat di dalam politik BN. Lebih baik MCA menjadi watchdog saja kepada kerajaan dan memastikan kerajaan menurut saja segala kemahuan MCA.
MCA sama ada berpengaruh atau tidak di kalangan kaum cina, adalah sama saja. Masa mereka berpengaruh mereka menuntut itu dan ini dan semasa mereka bankrap sokongan pun mereka lebih dahsyat lagi membuat pelbagai tuntutan.
Apa yang pasti MCA dan kaum cina sudah pasti akan berpendirian menentang liberalisasi jika kaum cina yang ketinggalan jauh di dalam sektor ekonomi berbanding kaum lain.
Kita lihat saja bagaimana mereka meminta diberi muka untuk bertanding di kawasan-kawasan yang bukan majoriti mereka untuk membolehkan wakil mereka menang kerana mereka tahu mereka akan kalah di kawasan-kawasan yang majoritinya adalah kaum cina. Jika berdasarkan konsep meritokrasi dan liberalisasi, maka sewajarnya dalam pilihan raya akan datang semua kawasan majoriti Melayu yang selama ini diwakili oleh MCA diserah semula kepada UMNO dan biarkan MCA bertanding di kawasan kubu DAP.
Sudah sampai masanya BN memberi pengajaran yang sewajarnya kepada MCA…
Golongan oportunist ini sebenarnya semakin hari semakin termakan dengan hasutan DAP dan segala propagandanya.Cita Cita Singapura untuk bercantum semula dengan malaysia di bawah konsep 'malaysian malaysia' memang tidak dapat dinafikan lagi.Kepadatan Penduduk dan persaingan sektor ekonomi dari semua sektor terutama pelabuhan dan kewangan semakin sengit dari negara negara jiranya merupaka faktor faktor mendorong singapura harus meluaskan wilayahnya untuk meneruskan kelangsungan negara mereka.Segala langkah kearah itu sedang berjalan dengan lancar,contohnya Syarikat pelaburan kolongmerat Singapura Temasek Holding cuba menguasai beberapa syarikat berpotensi dimalaysia dengan bantuan para pemimpin korop dan pembelot melayu.Menguasai Sektor Hartanah Diselatan yg bersempadan dengannya terutama di Sri Iskandar dan akan menghalang bermatian hasrat kita untuk membina jembatan bengkok di-tambak johor.Tidak hairan kalau satu hari nanti Singapura akan membina sendiri jembatan yang menghubungkan singapura terus ke-Sri Iskandar.
ReplyDeleteSebagaimana Israel mahu menguasai bumi Pelastin secara beransur ansur dan penuh terancang walaupun memakan masa bertahun - tahun mereka akan tetap meneruskan agenda mereka sedikit demi sedikit.Ada pemimpin kita yang bertanya mengapa kita harus fobia dengan pelabur dari singapura ,apa bezanya mereka dengan pelabur jepun,korea dan sebagainya.
Nampaknya pemimpin yang kita harapkan ini gagal berfikir secara kolektif dan mempertaruhkan nasib negara dan bangsa.
MCA secara tak resmi sebenarnya telah pun keluar dari BN, hanya badan bersama BN tapi hati sudah bersama DAP jadi x hairanlah resolusi yang dikeluarkan dari Kongres Ekonomi Cina itu begitu bunyinya.
Wahai pemimpin melayu yang diberi kuasa,gunakanlah kuasa itu untuk mempertahankan bangsa dan negara kita dari dikuasai oleh kaum pendatang yang tidak pernah berterima kasih ini.Untuk itu kita tak perlu lagi berlembut untuk memenangi hati mereka,bertolak ansur dengan mereka hanyalah menunjukkan kelemahan kita.Masa tidak akan menunggu kita untuk bertegas.Orang melayu tertunggu tunggu satu tindakan berani yang akan menguatkan semangat mereka,melegakan mereka seterusnya menyatukan hati-hati mereka.
Orang Melayu hanya mampu bersaing dengan kaum lain dinegara ini hanya sekiranya pencapaian ekonomi mereka mantap.
ReplyDeleteBangsa Melayu patut akui bahawa bangsa Cina adalah JAUH lebih MAJU dalam bidang PERNIAGAAN dan kita patut mempelajari dari mereka cara berusaha gigih demi mengkecapi KEJAYAAN.
NEP kalau tujuan asal penubuhannya untuk menaikkan taraf pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi memang harus disanjung tinggi.
Malangnya setelah hampir 30tahun implementasinya, pencapaian yang di harap-harapkan masih GAGAL.
Punca utama KEGAGALAN adalah disebabkan ketidakjujuran PEMIMPIN2 UTAMA Melayu yang diamanahkan untuk melaksanakan dasar tersebut.
Perlaksanaan NEP lebih kepada kepentingan PERIBADI yang mana hanya segelintir golong Elit mengkecapi kekayaan LUARBIASA..
Kita masih ingat dizaman TDM, nama2 seperti Halim Saat, Wan Azmi, Tajuddin Ramli, Arwah Tan sri Yahya, Abdulah Shamsudin adalah anak didik dan Proksi2 Tun Daim untuk membolot kekayaan negara atas nama NEP.
Skandal demi skandal yang mengorbankan berbilion-bilion ringgit duit pembayar cukai.
konglomerat2 diterajui oleh mereka diatas kebanyakanya lingkup dan terpaksa di "Bail-out" oleh Dana dari Petronas, KWSP dan sebagainya.
Dizaman itu mungkin Media Arus Perdana banyak memainkan peranan untuk menutup segala kepincangan yang berlaku. Tapi akhir2 ini dengan kemajuan dunia siber, RAKYAT dapat mengakses setiap kepincangan yang berlaku dan menilai sendiri dipihak mana yang BENAR.
Janganlah kita asyik menyalahkan DAP sahaja, kerana MEREKA adalah PEMBAYAR CUKAI dan BERHAK untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
Mana keadilan dalam Islam kalau kita hanya memikirkan "survival" bangsa kita sahaja, kewujudan bangsa lain kita NAFIkan Hak mereka.
Kita patut persalahkan PEMIMPIN2 kita yang telah mengagalkan NEP disebabkan KETAMAKAN, yang sekarang masih hidup dan masih berluasa TANPA ada apa2 TINDAKAN diambil terhadap mereka.
Mereka adalah PENGKHIANAT BANGSA dan NEGARA