Sikap MCA dan Chua Soi Lek semakin jelas tidak langsung melambangkan parti MCA duduk sekandang dengan UMNO dalam BN. Mereka minta UMNO memahami kenapa MCA berpendirian sebegitu walau pun terpaksa membuat kenyataan yang jauh tersasar dari semangat perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan di dalam BN.
Apa maksud MCA yang begitu beriaya-iya mahukan dasar meritokrasi dan liberalisasi dijadikan pendekatan dalam memacu masa depan negara?
Pertama sekali, sudah tentu pada perkiraan MCA kaum mereka akan mendapat keuntungan besar jika dasar ini diamalkan.
Kedua, sudah tentu mereka begitu memandang rendah dengan kebolehan dan keupayaan kaum bumiputera untuk bersaing melalui sistem merit dan liberal.
Ke tiga, yang pasti bisu dan terjerat dengan kenyataan KIASU MCA ini adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri. Setakat ini Ketua Penerangan Pemuda saja yang baru membuat kenyataan. Mungkin di atas arahan ketua.
Mana mungkin Ketua Pemuda boleh menyelar kenyataan dari MCA kerana pandangan yang diutarakan oleh MCA ini selari dengan pendirian beliau sebelum ini yang beranggapan hak istimewa melayu baginya adalah sejauh mana orang melayu mampu bersaing dalam sistem merit dan liberal. Jika beliau menukar pendirian, maka sudah pasti pendirian ini akan selari pula dengan pandangan PERKASA.
TETAPI jika Ketua Pemuda UMNO terus membisu walaupun Presiden MCA telah secara terbuka memperlekehkan kenyataan balas pemimpin-pemimpin UMNO, hatta kenyataan dari seorang Timbalan Perdana Menteri, maka pemimpin lain di kalangan pemuda UMNO harus berani untuk menyelamatkan institusi pemuda dari terus tenggelam dan terkeliru dengan perjuangan sebenar yang selama ini dibawa oleh UMNO.
Dalam keadaan hak melayu dan perjuangan UMNO yang semakin jelas dicabar dari segenap penjuru, maka pemudalah pada hari ini yang sewajibnya bingkas bangun, mengasak dan memberi tekanan kepada sesiapa saja yang cuba mencabar segala hak dan kedaulatan bangsa.
Tetapi disebabkan kebijaksanaan Ketua Pemuda MCA menjinakkan Ketua Pemuda UMNO terlebih awal dalam isu biasiswa JPA, maka pada hari ini Ketua Pemuda UMNO tidak mampu lagi untuk membuat apa-apa kenyataan balas yang akan secara langsung akan mendedahkan dirinya kepada sikap tidak konsisten dalam pendirian dan halatuju yang tidak menentu sepanjang memimpin pemuda UMNO.
Sebagai rakan yang pernah duduk sebaris di dalam pemuda UMNO Malaysia, saya secara terbuka ingin menasihatkan Sdr Khairy Jamaludin supaya belajarlah menjadi pemimpin melayu terlebih dahulu, sebelum menjadi pemimpin UMNO dan belajarlah bagaimana untuk menjadi pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk menjadi pemimpin Barisan Nasional.
Sebelum berlunjur, hendaklah kamu duduk terlebih dahulu supaya tidak terhempas punggung dan sakit pinggang.

Assalamualaikum...
ReplyDeleteSelamat berpuasa anakcucu ucapkan, sedihnya mengenangkan pemikiran yang terperangkap di bawah perjuangan bangsa yang sempit... masalah dan isu tak sejagat.. sibuk memikirkan nasib bangsa melayu hingga lupa ramai orang Islam yang dah jd paderi, ramai dah orang melayu yang menghuni pusat serenti, ramai kontraktor melayu yang dah gulung tikar, ramai dah org melayu yang bunting sebelum nikah, ramai dah orang melayu yang mati ditembak polis sama ada patut atau tidak, ramai orang melayu yang jadi bonser macam ahli pekida, ramai orang melayu yang muflis akibat keberhutangan melampau, ramai dah orang melayu yang gadai emas dan tanah.... apakah ini semua harga yang terpaksa dibayar oleh orang melayu selepas 50 tahun mengundi UMNO dan BN? apakah nilai tumpah darah nenek moyang untuk kesenangan kroni UMNO dan BN yang semakin gemuk dan berkereta besar? berikut adalah budaya baru yang wujud setelah 50 tahun Malaysia Merdeka!!!
1. Budaya Lepak
2. Budaya Berkaraoke
3. Budaya Duit
4. Budaya Rasuah
5. Budaya kroni (naik pangkat sebab baik ngan orang atas)
6. Budaya rogol
7. Budaya zina
8. Budaya minum arak
9. Budaya tak solat
10. Budaya Fitnah
11. Budaya pukul cikgu
12. Budaya bunuh orang dan bunuh diri
13. Budaya pikat bini orang
14. Budaya nafsu
15. Budaya asingkan agama dengan siasah
16. Budaya tak suka baca al-quran melainkan ada kematian atau nak pilihanraya
17. Budaya ambik duit rakyat atas nama dan istilah yang macam-macam.
18. Budaya bela babi
19. Budaya ajaran sesat, kerajaan tak kisah pun melainkan klu ia nak tubuhkan kerajaan.
20. Budaya sanggup bunuh orang asal kejahatan dapat ditutup!!!
21. Budaya pakaian tak cukup
22. Buddaya buat Dosa!!!!
Bangsa Melayu adalah bangsa cuma, sama seperti India dan Cina dan Benggali n other, Allah SWT dah tetapkan yang menghuni Tanah Melayu ini memang org Melayu, namun akhirnya banyak pentadbiran diambil alih oleh orang lain, akibat tidak berpegang dengan Islam secara keseluruhan, tidak tegas teradap agama Islam... maka Allah serahkan masalah ini kepada manusia, dalam bentuk yang pelbagai...bukaklah pintu hati mu, sedarlah perjuangan yang diredhai Allah SWT adalah memartabatkan Islam di bumi ini, insyaAllah hajat kita pasti akan ditunaikan...mati syahid adalah kemuncak keredhaan yang dicari, inilah mati yang dicari oleh para sahabat, dan kereka yang mengikuti jalannya...
agama pula merupakan satu pegangan yang dikurniakan dengan kitab dan Sunnah rasulNya...ia bukan manusia, ia bukan bangsa, iamesti didukung dengan sepenuh hati oleh pemiliknya...kerana dihujung perjalanan agama itu manusia akan memilih sama ada ke syurga atau ke neraka, nah sekarang fikirkan faedah perjuangan agama, tegak agama mulialah sesuatu bangsa, seperti bangsa arab yang pernah digelar arab jahiliah, namun akhirnya Allah SWT mengangkat bangsa arab melalui agama Islam yang suci....wallahu a'lam,