“Keberanian untuk tampil ke hadapan bagi membela rakyat Malaysia yang lain, terutama sekali apabila mereka bukan daripada keturunan, bangsa, agama mahupun latar belakang sosial yang sama seperti kita”...KJ
Perlembagaan 153(1) pula menyebut “Adalah menjadi tanggungjawab Yang dipertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
Pendirian yang mendoktrin pemikiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia jelas sekali bertentangan dan songsang dengan pemahaman yang cuba diberikan oleh perlembagaan negara tentang cara mana kerangka negara Malaysia ini dilandaskan sejak negara ini merdeka.
Di atas landasan inilah UMNO meletakkan perjuangannya sebagai pertubuhan Melayu yang mengasaskan perlembagaan ini sedemikian rupa.
Akhirnya hari ini, pemimpin nombor wahid sayap pemuda UMNO sendiri telah lari dan songsang dari landasan yang telah terbukti berjaya memupuk perpaduan nasional dalam kepelbagaian kepercayaan, bangsa dan budaya.
Bagaimana mahu diletakkan harapan dan kepercayaan kepada sayap pemuda sedangkan imam pemuda sendiri telah mengalihkan kiblat perjuangannya dari kiblat asal yang kita semua ikuti.
“Keberanian untuk memperjuangkan mana yang benar serta wajar dan bukannya sesuatu yang populis atau didorong oleh belenggu perasaan dan kekangan emosi, yang mengugut kita menilainya sebagai patut dan betul”...KJ
Jika Ketua Pemuda UMNO beranggapan pendirian beliau yang benar dan wajar, maka ini bermakna beliau beranggapan apa yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan sebagai tidak benar dan tidak lagi wajar. Maka sudah tentu bagi beliau, sesiapa saja yang memperjuangkan apa yang termaktub di dalam perlembagaan 153, adalah perjuangan yang populis dan didorong oleh perasaan dan kekangan emosi.
Jadilah seorang pemuda yang berani seperti yang beliau sarankan, tetapi keberanian itu mestilah dijuruskan kepada mempertahankan perlembagaan yang sekian lama telah digunapakai, dan bukan keberanian semberono yang berdasarkan akal dan logik yang akhirnya akan jatuh menjadi perjuangan populis dan didorong oleh belenggu perasaan dan kekangan emosi yang semakin menampakkan sikap desperado.
Perjuangan sebegini sebenarnya adalah perjuangan “paku dulang paku serpih”.
1. Mesti ada roh Melayu untuk menjadi seorang MELAYU ! Apa perkiraan sekali pun, mesti berpatah balik kepada ROH ini.
ReplyDelete2. Tak boleh kita menggantikan ROH ini dengan pangkat, jawatan, kedudukan, tahap pendidikan, liberalisme dan keangkuhan kita !
3. Orang Melayu mesti mempertahankan Melayunya daripada segala bentuk 'penjajahan' !!! Dan penjajahan zaman ini datang dalam pelbagai rupa dan bentuk ! Cuma kita sedar atau tidak ; kita mahu lihat atau tidak ; kita mahu percayai atau tidak !!! ATAU kita pasrah dan izinkan diri kita dibuai mimpi, dirasuah dengan ideologi musuh, diracuni dengan ketaksuban, ego yang terlalu tinggi serta penghinaan yang menebal kepada yang kita anggap sebagai terlalu hina dan rendah daripada kita !!! Seolah-olah dewasa ini hendak diperlikan antara puak Melayu moden dengan Melayu kuno !
4. Jika 'Melayu Moden' bererti menggadai segala hak dan keistimewaan, maka biarlah aku sentiasa kuno asalkan Melayu tetap utuh dan bangga di tanahairnya sendiri. Apa guna kita dipuji sebagai moden jika segala maruah bangsa sudah digadai atau tergadai ? Apa guna dipaksa menerima pendekatan dan pandangan baru jika semuanya itu akhirnya melenyapkan maruah dan identiti bangsa sendiri ? Betul, zaman baru memerlukan pendekatan dan pemikiran yang baru. TAPI biarlah perubahan dan pendekatan baru ini mempunyai roh Melayu itu sendiri !
Jom tukar2 link bro
ReplyDeleteTuan, saya setuju dengan tuan, saya melihat KJ menggunakan platform UMNO untuk kepentingan peribadi dan bukan atas dasar perjuangan, mereka ini yang membawa tahi kepada perjuangan UMNO. saya sedih melihat KJ tidak bersikap adil dalam pandangannya terhadap bangsa sendiri.
ReplyDelete