Friday, September 3, 2010

PAS: FATWA BOLEH SOKMO-SOKMO

Confirmlah.. PAS tidak ada beza pun dengan mana-mana parti politik, baik UMNO, PKR, MCA atau DAP dan lain-lain.

Kiblat parti politik ialah politik. Kiblat PAS pun politik juga akhirnya. Politik mementingkan atau mempertahankan puak atau kabilah sendiri walaupun puak atau kabilah sendiri melakukan kesalahan adalah politik assabiah. Assabiah bukan saja politik yang ditegakkan di atas perjuangan bangsa. Bangsa, kaum, etnik, puak, kabilah, geng, suku, lembaga, buapak atau lingkungan perut sendiri adalah kelompok-kelompok sosial manusia. Sebarang asas yang memberatkan kelompok sendiri dan mempertahankan secara buta tuli kelompok sendiri walaupun bersalah adalah termasuk dalam perjuangan assabiah.

Kita tengok setakat ini, PAS akan mencari jalan, bukti, fatwa dan ayat Al-Quran atau hadis bagi tujuan mempertahankan apa juga tindakan pihak atau kelompok yang bersekutu dengan mereka, walau pun ada tindakan kelompoknya jelas bertentangan dengan agama atau kehidupan Islam.

Terbaru, kafir yang berhadas besar pun dimuliakan masuk ke dalam ruang solat bagi menyampaikan tazkirah.

Perempuan Islam dalam haid pun tidak dibolehkan naik ke dalam masjid atau membaca Al-Quran. Apa lagilah wanita kafir. Budaya gila liberalisasi yang cuba di bawa oleh DAP, disambut pula oleh PAS hingga adab-adab masjid pun cuba diliberalkan semata-mata di atas keperluan politik.

Adab-adab ketika berada dalam masjid pun Pas sudah lupa. Bab hadas besar pun PAS alpa. Bab aurat pun PAS ambil ringan. PAS juga sudah lupa, apa hukumnya seseorang yang bercerita tentang hal-hal keduniaan ketika beriktikaf di dalam masjid! Diterima atau tidak amalan seseorang yang mensabitkan hal-hal dunia atau berniaga dsbnya ketika berada dalam masjid?

Tok-tok guru PAS terpaksa guna hujah, Nabi Muhammad pun mempelawa orang kafir ke Madinah. Siapalah YB wanita hadas besar cina kafir ni yang PAS nak bandingkan dengan pendekatan Muhammad saw kekasih Allah dan pembawa agama benar!

Apakah maksud PAS membawa YB Hadas Besar naik ke masjid dan apakah maksud Muhammad saw penutup segala nabi mempelawa orang kafir masuk masjid nabawi? Jangan perasan atau syok sendiri untuk samakan perjuangan kamu dengan perjuangan Muhammad saw. Syeih Kadir Jailani pun berkata, perjuangan aku ini tidak mungkin sama walaupun untuk dibandingkan dengan debu-debu yang ada ditapak kaki sahabat nabi…

Adalah diingatkan kepada PAS, pemimpin dan pengikutnya… kamu boleh cakap atau beri fatwa apa pun atas nama agama, tapi kamu juga terikat dengan tanggungjawab kamu kepada Allah seperti mana orang-orang Islam lain. Akhirnya Allah jugalah yang lebih mengetahui akan apa yang tersirat disebalik semua tindakan hamba-hambaNya, samada benar, bohong atau dusta.

Siapa sebenarnya yang mendustakan agama dengan fatwa-fatwa dan hujah yang hanya menambah kelirukan pemikiran dan kefahaman masyarakat terbanyak?

Adalah diperingatkan sekali lagi bahawa, seorang ulamak yang tidak beramal dengan ilmunya yang benar akan lebih dahulu dicampak ke dalam api neraka dari seorang penyembah berhala…

2 comments:

  1. dato'
    dalam benak hati PAS ni tak tau la ada apa la. Mungkin ini lah bukti yang Allah katakan Sesat dan Menyesatkan.....

    Kita orang islam akan dengaq teguran orang..bukan ambik kesalahan orang lain unutk di bandingkan kesalahan yang kita buat.

    Islam takda istilah SPIN..tp puak dan juak PAS ni kaki SPIN... kita bagi lah keterangan depa tetap cari jalan hujah unutk membetul kan pihak depa dengan ayat-ayat Allah menjadi permainan dan hiasan di bibir depa ni...ini lah peragai dan sifat orang YAHUDI...

    ReplyDelete
  2. Kesian Dato' masih bukak kitab kuning
    La ni zaman dah berubah
    cuba tanya Lebai Google pun tahu apa hukum wanita masuk masjid.....

    Aku paste lah kt bawah ni.... (Dr Yusuf ni UMNO dah bg anugerah)

    Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.
    Pendapat Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, Ibn Hazim Zahiri, Imam serta beberapa orang lain lagi pula ialah diharuskan. Manakala ulama kontemporari seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi juga berpendapat harus dan menarik fatwa beliau sebelum ini yang mengharamkan

    ReplyDelete