UMNO memerintah sejak merdeka bersama lain-lain komponen termasuk parti yang mewakili kaum cina dan india. Sebarang perkara yang bersabit dengan agama masing-masing pemimpin yang empunya agamalah yang akan menguruskan hal-ehwal agama masing-masing dan juga penganutnya.
UMNO tidak pernah menyuruh MCA atau MIC mewakili kerajaan untuk memberi bantuan ke masjid dan surau. UMNO sendirilah yang akan mewakilinya.
Pemerintah PAKATAN di Selangor seharusnya menyerahkan kepada exco agama yang dilantiknya untuk hal-hal ehwal yang berkaitan dengan Islam. Kenapa perlunya YB cina hadas besar untuk naik ke masjid? Kenapa tidak serahkan saja bantuan dan sumbangan yang nak diberi kepada YB Dato Hassan Ali yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama?
Cara mudah dan betul ada, kenapa pilih cara yang berpusing-pusing dan menambahkan pening kepala rakyat?
Apa tujuan?
Nampak sangat semua ini dilakukan semata-mata untuk tujuan politik dan bukan untuk tujuan agama.
Nampak sangat PAS juga ada agenda selain dari maksud agama apabila membenarkan semua perlakuan ini.
Kalau suatu hari nanti keadaan menjadi semakin caca-merba gara-gara strategi hikmah dan bijaksana perjuangan agama, kononnya, maka PASlah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap segala kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat.
Masih belum terlambat untuk para pemimpin PAS beristighfar dan bertaubat di atas keberaniannya mengambil risiko melalui tindakannya, konon untuk mengembangkan agama Islam tetapi mengikut kepala otak dan nafsu sendiri dengan membuat tafsiran-tafsiran dan pendekatan baru tentang cara mana Islam itu harus dikembangkan. Segala hadis, sunah dan ayat Quran mahu disesuaikan dengan tindakan agenda politik mereka.
Kepada para pemimpin PAS, sebenarnya kamu sedang mengambil risiko paling besar di dunia dan juga di akhirat dengan tindak-tanduk kamu yang mengelirukan masyarakat, malahan kamu sebenarnya sedang bertindak mengeliru dan menipu tuhan…iaitu Rabb kamu.
Untuk para ulamak PAS, di bawah dituliskan terjemahan surah Al-Jumuah ayat 62;
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”
Pandai-pandailah kamu tafsirkan ayat ini kerana dalam diri kamu ada banyak kitab yang tebal-tebal…
Salam KNKB.
ReplyDeleteAllah maha mengetahui segala apa yg ada di atas langit dan apa yg ada di bumi,kerana Dialah penciptanya.jemu dah orang lslam menasihati nak menyedarkan pengikut2 parti politik yg menggunakan agama ni(pas),yg mereka disesatkan oleh pemimpin untuk kepentingan ego mereka terutama Nik Aziz.Tapi nak buat macamana dah kalau ilmu kurang,mudah dipesongkan!Allah maha mengetahui segala 'niat' hambanya...kepada manusia kita bolehlah pusing2 alasan dan tunjuk
riak,bila DIA murka akan adalah 'BAYARAN CASH YG AKAN DIJANJIKAN 'kepada golongan ini nanti...kita tengoklah ....
hamba Allah
Ayat tu juga patut dibaca kpd Ulamak2 dlm UMNO.
ReplyDeleteApa kerja yg mereka dah buat, Setelah 50+ tahun adakah Non-muslim makin faham Islam.
PR baru memerintah sgor 2+ tahun...........
Racist now turn to religious bro !!!!
Ketika Masjid Negara dibina awal tahun 60'an, belum ada buruh asing Indonesia dan bangla.
ReplyDeleteCina yang tidak bersunat dan berhadas besar itulah yang membinanya termasuk mimbar yang tidak dinaiki makmum melainkan tuan khatib.
Permaidani masjid negara dikatakan dipasang oleh pekerja hindu. Dari masa ke semasa masjid negara itu dikunjungi oleh para pelancong luar negara hingga ke ruangan solat.
Bagi pengunjung wanita, disediakan gaun labuh tapi masuk dengan kepala telanjang.
salam bro ,PAS kt kelantan berape tahun dah memerintah..?,berapa ramai nonmuslim di islamkan,berapa banyak orang islam yang papa kedana dan terpaksa keluar ke negeri yang diperintah oleh BN utk cari makan,berkurangkah masaalah sosial di kelantan.Adakah kelantan boleh dijadikan Model negara islam selain dari model negeri yg diperintah oleh parti berlebelkan islam yang lebih banyak memecah belahkan islam daripada membawa kemajuan kepada islam....
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri sdra Kamarulzaman
ReplyDeleteMaaf Zahir Batin