Wednesday, February 19, 2014

UMNO/BN HAMPIR PASTI TUMBANG PRU14!!

BN, UMNO dan pimpinannya tidak akan dihormati oleh sesiapa lagi di kalangan rakyat, jika;

1. Pemimpin mereka terus "membungkam" dan tidak lagi mengerti apa maksud BN ditubuhkan (dijenama semula dari Perikatan, 1974).

2. Dan kenapa UMNO itu wujud, diwujudkan dan diterima oleh hampir seluruh umat melayu dan di dalam masa yang sama pemimpin UMNO ini diterima dan diiktiraf pula oleh lain-lain kaum sebagai pemimpin yang boleh dipercayai oleh kaum mereka.
  
Kehilangan kepercayaan umat melayu terhadap pimpinan UMNO dan hilangnya sifat "hormat dan akur" di dalam jiwa kaum cina dan India terhadap UMNO dan kepimpinannya, adalah musibah terbesar terhadap kehidupan bernegara dan keharmonian hidup rakyat.

Anwar Ibrahim yang sama, begitu mudah diuruskan oleh kepimpinan Tun Razak dengan hanya menyumbat kaki berontak ini ke Kemunting.

Anwar Ibrahim yang sama ini juga yang akhirnya akur dengan kekuatan serta pengaruh UMNO dan BN di kalangan rakyat dengan mencari jalan menganggotai UMNO dan akhirnya berjaya sampai ke tangga ke2 kepimpinan negara. Struktur parti yang kuat dan disokong oleh majoriti rakya, bukan individu pemimpin parti yang kuat. 

Anwar hanya kuat di dalam sebuah parti yang kuat. Bukan Anwar saja, sesiapa saja ketika itu yang menjadi pemimpin UMNO akan menjadi kuat secara otomatik. Hakikatnya parti dan organisasi itulah yang kuat.

Anwar Ibrahim yang sama juga yang telah dipecat dari UMNO dan kepimpinan negara. Anwar ini jugalah yang berjaya dikekang kekuatannya oleh UMNO dan kepimpinannya setelah beliau terkeluar dari UMNO dan memimpin parti pembangkang.

Kepimpinan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Mahathir terus berjaya mempertahankan sebuah kerajaan yang kuat dengan bekalan kuasa 2/3, walaupun menempuh cabaran getir yang digerakkan oleh Anwar yang sama ini.

Tetapi, Anwar Ibrahim yang sama inilah juga yang akhirnya berjaya memecahkan kekuatan 2/3 UMNO dan BN, hingga negara ini mewarisi kerajaan yang lemah di zaman Pak Lah dan Najib.

Di sini jelas boleh difahami bahawa masalah kelemahan kerajaan yang memerintah hari ini bukan disebabkan oleh kekuatan Anwar ibrahim itu bertambah. Kelemahan kuasa dan lengaruh BN dan UMNO di kalangan rakyat adalah disebabkan oleh pemimpin dan kepimpinan UMNO/BN yang lemah.

Kekuatan dan pengaruh tertinggi dan terhebat Anwar Ibrahim adalah pada ketika dia dipecat dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Kekuatan pengaruh bercampur dengan sentimen simpati begitu tinggi terhadap beliau. Ketika itu Anwar paling kuat dan berpengaruh. Pengaruh beliau pada 2008 dan 2013 jauh lebih berkurangan dari kekuatan yang beliau miliki pada tahun 1999.

Persoalannya, kenapa pengaruh beliau ketika beliau dalam keadaan begitu kuat dapat dikekang dan kenapa ketika pengaruh beliau dalam keadaan sudah merosot pada 2008 dan 2013 pula pihak pembangkang berjaya memecahkan kekuatan kuasa UMNO/BN, hingga banyak negeri yang tumbang?

Semua ini jelas membuktikan bahawa masalah pokoknya bukan Anwar atau pembangkang sudah bertambah kuat dan disokong oleh rakyat.

MASALAH SEBENARNYA ialah pemimpin dan kepimpinan tunjang BN, iaitu UMNO sudah terlalu lemah untuk mempertahankan kuasa mereka. 

1. Komponen BN dan pemimpin kaum-kaum utama yang lain sudah hilang rasa "hormat dan akur" terhadap kepimpinan UMNO.

2. Ramai kalangan umat melayu sudah hilang percaya kepada kepimpinan UMNO yang ada.

3. Kaum-kaum lain pula melihat merosotnya sokongan orang melayu terhadap UMNO sebagai suatu peluang keemasan bagi mereka untuk mewujudkan kuasa tawar-menawar di dalam keadaan politik dan kepimpinan melayu yang semakin lemah.

4. Akhirnya wujudlah situasi tidak menentu yang kita rasai dan hadapi pada hari ini.

Rumah tiang 14 komponen Barisan Nasional ini tidak akan diyakini lagi untuk didiami jika tiang utama kepimpinan BN ini sudah lemah dan boleh dimakan anai-anai. Tiang seri ini sepatutnya tidak lut dimakan anai-anai. 

Hari ini tiang utama ini begitu lemah dan longlai. Mudah alah dengan tekanan samada tekanan dari rakan komponen, mahupun tekanan dari luar.

Tiang ini dulu bukan saja kuat, malah ia lebih kuat lagi apabila dibalut pula dengan ISA yang kalis anai-anai dan makhluk perosak.

Hari ini, tiang ini tidak lagi kuat seperti batang ponak, sebaliknya hanya setaraf dengan batang "loban" yang lampung di dalam. Siqpa yang nak percaya buta dan hanya bertaklid dengan keyakinan bahawa UMNOlah satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan maruah agama, bangsa dan tanah air?

Ganti semula kepimpinan UMNO ini dengan kekuatan "ponak"! 

Selagi kepimpinan UMNO ini dibarisi oleh pemimpin bertaraf "loban" yang lampung di dalam, anai-anai Anwar Ibrahim yang sama yang gagal memamah kekuatan pemimpin ponak suatu ketika dulu akan begitu mudah memamah pemimpin loban yang akhirnya akan menyebabkan UMNO dan BN rebah menyembah bumi pada PRU14 akan datang.

10 comments:

  1. betul..kami sekeluarga yang undi BN baru2 ni pun takkan keluar undi BN lagi.

    ReplyDelete
  2. Samada UMNO,PAS atau PKR yang majoriti mewakili umat Melayu beragama Islam.Insaflah,persaingan anda tidak menguntungkan orang2 Melayu,malah lebih teruk lagi berpecah belah.Inilah golongan kafirun mahu dari dulu lagi.Mereka tidak mahu lihat perpaduan umat Melayu yang majoriti beragama Islam.Ingatlah,negara Malaysia satu satunya negara yang belum 'dijajah' secara total oleh puak2 kafirun.Janganlah kamu nanti bila anak2 cucu kamu nanti menyalahkan kamu kerana diwaktu itu menyesal tidak berguna lagi.Ayuh,bangsa Melayu yang mengaku berpegang teguh kepada Islam,lupakan sengketa politik yang untung tak seberapa,rapat barisan,bersatulah dibawah panji2 Islam,In Sya Allah,,Allah swt akan membantu kita bila umat Islam bersatu padu.

    ReplyDelete
  3. aku melayu rasis, sokong teramat. Kuburkan en. najib dari umno. Biar dia jd tukang tepuk bawah meja sudahlah. Melayu jaham kerana en. najib ni. Tolonglah kembalikan UMNO tanpa najib penakut.

    ReplyDelete
  4. With present situation, seems inevitable. But perancangan Allah swt, nobody knows.

    ReplyDelete
  5. aku dah mula belajar bagaimana untuk terima hakikat akan datang umno dan bn tidak lagi jadi kerajaan yg memerintah. aku juga dah bersedia untuk diperhambakan oleh kaum pendatang. juga aku dah bersedia secara batiniah untuk melihat dan menyaksikan melayu2 sebangsa aku terus-terusan bangang dan dibangangkan serta menjadi balaci kepada kaum pendatang. apa nak buat, bijan yg jadi pi em sekarang.

    ReplyDelete
  6. Lagi Racis...Lagi Allah Tak Bagi Rahmat kepada Malaysia dan kepada puak Racis.....itu saja kesimpulan....Melayu pun pendatang......orang Asli saja yang bukan pendatang.....buka mata fikir...apahal nak cemburu puak lain atas KETIADAAN Rahmat terhadap awak.....tukar Agama...agar boleh lihat dari perspective lain!!

    ReplyDelete
  7. Tiada usaha nak mengambil hati orang melayu yang bukan ahli umno. Yang mereka tau orang india dan cina aja perlu diutamakan. Kalau dari dulu mereka utamakan melayu ....... dah tentu ramai melayu dah kaya and tiada lagi bergantong kpd kerajaan.
    Siapa lebih hebat antara PM Najib dengan MB selangor ? Bagi saya MB Selangor.

    ReplyDelete
  8. Kekuatan pembangkang terletak pada Anwar Ibrahim kerana kejayaanya menyatukan PKR, PAS dan DAP, inilah rahsia kekuatan pembangkang begitu juga kejayaan BN yg menyatukan MCA, MIC dan UMNO menyebabkan BN kuat.

    Tetapi KNKB jgn risau dng kekuatan pembangkang tersebut, ianya hanya bersifat sementara sahaja, usaha agen2 BN tlh berjaya memecahbelah kesatuan PR, Pemuda Pas khususnya tlh merasakan bahawa parti mrk kuat dan di PRU 14 nanti mrk mahu berjuang bersendirian.

    Oleh itu kebimbangan KNKB bahawa Umno/BN akan tewas di pru 14 nanti tidak akn berlaku.......

    ReplyDelete
  9. bumi-non-malay

    Why not you try to convert into Islam, and see how the non-muslim oppressed us, from our point of view.

    Do not say Melayu itu pendatang. Melayu bukan pendatang.
    Istilah pendatang/orang asing Indonesia, Bangladesh etc hanya wujud di era persempadanan selepas era penjajahan. Sebelum penjajahan, rumpun ini milik Melayu. Rumpun itu adalah Malaysia, Indonesia, Filipina seperti yang kita lihat sekarang. Penjajahan yang menyebabkan terpecahnya dan wujudnya persempadanan dan pengwilayahan. Orang Melayu jika dia ke Bogor, jika dia ke Jawa, jika dia ke Brunei, jika dia ke Kelantan, istilahannya dia 'balik kampung'.

    Orang Cina dan India, datangnya dari Tanah Besar China dan juga India (Burma termasuk pada masa itu). Rumpun China dan India itu di bahagian utara dunia, di luar rumpun Melayu, di luar pseudonym Melayu, di luar heredity Melayu. Ini sejarah dan akar umbi penceritaan yang sesetengah orang Cina dan India tidak faham. Tidak kami sengaja menggelarkan kamu itu pendatang, tetapi sejarah yang membuktikan asal usul bumi kamu. Sedangkan Cina pada masa itu tidak mahu pulang ke Tanah Besar kerana tak mahu terikat dengan pemerintahan komunis, sedangkan Inida tidak diterima balik oleh negara asalnya kerana masalah kebuluran. Orang Melayu, yang tinggal di rumpun Melayu inilah yang berbudi menyediakan tanah dan ruang untuk kamu diam dan berlindung. Tidak saya merendahkan orang Cina dan India, tetapi itu hakikatnya yang mesti diterima.

    Rakan-rakan Muslim sila lihat surah Fussilat ayat 2, 26 dan 44.
    Terjemahannya menceritakan situasi sekarang berkenaan mslh sokongan org tertentu terhadap agama Islam dan penentangan pd agama agung ini.

    ReplyDelete