Sejak 2004, saya merasakan perhimpunan UMNO 2010 adalah perhimpunan paling penting dan bermakna. Bukan saja bermakna dan penting untuk UMNO, malahan sangat penting untuk umat Melayu. Dan bukan saja penting untuk umat Melayu, bahkan sangat penting untuk difahami dan diterima oleh kaum bukan Melayu dengan hati yang terbuka dan kembali berpijak di bumi yang nyata.
Perhimpunan agung ini penting bagi UMNO kerana perhimpunan ini telah berjaya meletakkan kembali di mana UMNO harus dan sepatutnya berdiri.
Penting bagi umat Melayu kerana perhimpunan ini telah membangkit semula keyakinan para pemimpin UMNO dari segenap peringkat bahawa UMNO tidak ada pilihan lain, melainkan harus bangkit memperjuangkan dan mendahulukan agenda bangsa seperti yang sewajibnya dilakukan. Apabila pemimpin no 1 dan 2 UMNO berjaya meletakkan UMNO berdiri pada perjuangan yang sebenarnya, maka itu adalah petanda jelas bahawa UMNO akan kembali menambat hati atau naluri asal majoriti umat Melayu yang secara azalinya amat cenderung kepada sensitiviti agama, bangsa dan tanah air mereka.
Perhimpunan ini juga penting bagi rakyat bukan Melayu kerana kali ini mesej presiden UMNO yang juga Pengerusi BN cukup jelas, dan tanpa berselindung telah meluahkan secara tegas bagaimana rakyat majmuk di negara ini harus hidup dan apa yang harus dan tidak harus dilakukan jika mahu melihat rakyat negara ini hidup di dalam keadaan aman dan makmur. Presiden dan Timbalan Presiden telah berjaya membuat penegasan semula tentang perkara-perkara pokok dan paling asas seperti yang telah di maktub dan disimpul mati di dalam perlembagaan.
Segala apa yang terbuku di dalam hati majoriti umat Melayu selama ini yang telah menyebabkan ramai Melayu hilang keyakinan dan membawa haluan perjuangan masing-masing, hari ini kembali melihat dengan penuh harapan bahawa apa yang telah dipertegaskan semula oleh pemimpin besar UMNO akan benar-benar dikotakan.
Masa akan menentukan. Jika benar seperti yang diikrar oleh pucuk pimpinan dan sesudah itu dirasai pula oleh umat Melayu akan roh perjuangan bangsa Melayu yang diperjuangkan melalui UMNO, saya amat yakin UMNO akan kembali menemui sentuhannya.
Sekali lagi saya menegaskan pendirian saya, bahawa UMNO hanya akan disokong oleh seluruh umat Melayu jika UMNO membawa roh perjuangan yang seiring dengan naluri asal umat Melayu. Sebarang tindakan atau pelaksanaan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO, jika seiring dengan kehendak naluri asal ini, maka selagi itulah tindakan itu akan disokong olah umat Melayu. Jika tersasar tindakan dan dasar yang dibawa oleh pemimpin UMNO, maka akan tersisihlah UMNO dari jiwa umat Melayu. Apabila UMNO tersisih dari jiwa umat Melayu, maka apa saja yang cuba dilakukan oleh para pemimpin ini akan dipandang serong oleh umat Melayu. Apabila umat Melayu sudah memandang dengan persepsi yang negatif, bagaimana UMNO mahu diterima oleh majoriti rakyat kerana majoriti rakyat adalah umat Melayu.
Apabila majoriti rakyat bersama UMNO, maka mahu tidak mahu atau suka tidak suka, bukan Melayu pasti akan akur dan berkongsi kuasa dengan UMNO, seperti mana akurnya Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambantan dengan Perikatan yang dicadangkan oleh Tunku. Saya yakin, jika umat Melayu ketika itu tidak bersatu di bawah UMNO, maka kaum cina dan india melalui pemimpin-pemimpinnya tidak akan sudi membentuk ikatan dengan UMNO melalui Perikatan.
Keadaan hari ini juga sama kerana naluri asal setiap bangsa di dunia ini tetap sama. Tuhan telah jadikan manusia ini berbangsa-bangsa, maka sudah semestinya setiap bangsa itu ada kecenderungan dan identiti tertentu yang kekal sebagai sebuah rumpun bangsa.
Jelas, kunci kekuatan bangsa Melayu adalah perpaduan. Untuk mengembalikan sokongan kaum cina dan india, syarat asas yang wajib bagi umat Melayu adalah perpaduan. Hanya dengan menunjukkan kekuatan melalui perpaduan sesama umat Melayu Islam saja yang akan membolehkan bangsa lain tunduk hormat kepada kita.
Selagi umat Melayu kekal berpecah kepada dua atau tiga, maka selagi itulah bangsa lain tidak akan hormat kepada kita. Bukan saja tidak hormat malahan mereka akan mengambil setiap kesempatan dari kelemahan kita untuk menambah kukuhkan gigi dan geraham bagi tujuan memamah sisa-sisa hak dan keistimewaan umat Melayu yang masih tinggal.
Kaum cina sebelum merdeka mungkin akan lebih cenderung untuk menyokong perjuangan Chin Peng dan Bintang 3, jika umat Melayu ketika itu tidak menunjukkan perpaduan yang jelas dan jitu. Tapi disebabkan mereka yakin dan percaya kepada pemimpin melayu yang telah berjaya membentuk ikatan perpaduan melalui UMNO, maka mereka akur . Bagi mereka, apa yang penting ialah keselesaan, keamanan dan keselamatan yang membolehkan mereka hidup dan mencari rezeki tanpa gangguan.
Apa yang berlaku hari ini hanyalah merupakan ulangan kepada sebuah sejarah. Apabila perpaduan Melayu melalui UMNO sudah longgar dan gagal meyakinkan mereka, maka mereka akan mencari alternatif lain.
Hari ini sudah tidak wujud Bintang 3 atau gerakan haluan kiri melayu seperti API dan AWAS yang sebahagian darinya telah bersekongkol dengan komunis Bintang 3.Yang ada hari ini adalah DAP dan golongan haluan kiri dan kanan kelompok Melayu yang tidak bersetuju dengan perjuangan UMNO. Di atas kepentingan bersama mereka telah membentuk pakatan. Mereka saling mengguna dan dipergunakan. Walau pun mereka berlainan idealisma tapi demi kuasa mereka sanggup letak tepi idealisma masing-masing.
Mungkin umat Melayu sudah lupa atau ambil mudah semua fakta sejarah ini.
Melalui Perhimpunan Agung 2010, Presiden parti begitu jelas dan tegas pendiriannya. Segala perkara yang menyentuh hak keistimewaan setiap kaum di bawah Perkara 153 yang telah digubal secara bersama oleh pemimpin terdahulu, kembali dipertegaskan.
Jika penegasan semula ini mampu diterjemahkan oleh kepimpinan Presiden, tidak mustahil umat Melayu akan kembali membulatkan sokongan mereka kepada UMNO. Jika itu benar-benar berlaku, maka saya pasti sejarah akan kembali berulang. Seluruh kaum cina dan india akan menuruti jejak langkah umat Melayu dengan mencurahkan sokongan mereka kepada BN pada PRU 13 yang akan datang.
Presiden parti dan barisan kepimpinan UMNO perlu mencontohi formula yang telah terbukti berjaya seperti mana yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Janganlah mencari kaedah songsang dengan mencurahkan segala macam jaminan dan bantuan kepada mereka terlebih dahulu demi mendapatkan secebis sokongan dari mereka. Kaedah tersebut belum pasti membuahkan hasil.
Blog saudara telah dipautkan ke http://melayurayadaily.blogspot.com mohon ruang saydara sama tq
ReplyDeleteahli-ahli umno mengharapkan BN kembali dipersada sdgkan keadaan byk berubah. Punca merudumnya umno atau BN pada pdgn saya ialah perubahan sikap pengundi yg sedkit terbuka sekarang.mereka melihat pergolakan dalaman dan gaya perjuangan pimpinan sekarang sangat memalukan. Saya rasa kalau media cetak dan eletronik benar-benar bebas dari cengkaman pemerintah serta praya umum benar-benar bebas, beberapa negeri di selatan tanahair juga berubah angin. Saya pernah berbual dgn pimpinan MCA dari selangor sebelum praya lalu, beliau menyebut ketidak yakinan kaum china terhadap kerajaan dan perilaku beberapa pimpinan spt pemuda umno- KJ sbg contoh. Kaum India waktu itu bercakaran. Kemenangan di Galas adalah faktor Ku Li dan bukan kewibawaan umno. Umno kalau benar-benar matang, dewasa dan kuat perlu turun gelanggang secara jantan untuk berdepan dgn pengundi. Rampasan di Perak menjadi perhatian umum dan membuktikan tanggapan orang atas pagar spt saya bahawa UMNO khasnya zalim.
ReplyDelete