Friday, December 3, 2010

BODOH

Pemimpin-pemimpin UMNO kenapa sibuk sangat beri reaksi dengan cerita Anwar nak tawan Putrajaya. Hinggakan UMNO pun turut menentang Lim Kit Siang jadi TPM. Ada juga yang mencabar Pakatan Pembangkang dedahkan kabinet bayangan.

Sedar tak sedar mereka yang konon pandai politik pun turut terjerat dengan perang saraf yang sedang dibawa oleh Anwar. Anwar berjaya membawa ke minda rakyat bahawa Pakatan Pembangkang sedang berkira-kira untuk menyusun-atur pentadbiran baru di Putrajaya di bawah pakatan mereka. Sekarang rakyat siang malam dihidangkan dengan pro dan kontra kalau Kit Siang jadi TPM.

Macam mana boleh jadi macam ni…?

Belum duduk sudah mahu berlunjur. Belum pun diadakan PRU, belum pun tahu siapa yang menang, sudah sibuk bincang wajar atau tidak Kit Siang jadi TPM. Sibuk pula tanya pandangan PAS bagaimana kalau Kit Siang jadi TPM.

Apakah ini tahap politik yang ada di kalangan pemimpin UMNO hari ini? Hanya tahu bertindak secara reaktif dan tidak tahu untuk mengalihkan isu kepada tindakan yang lebih proaktif..?

Sekali Anwar lambung bola, maka terkinja-kinjalah pemimpin UMNO menepis dan menampar semula bola yang dilambung Anwar. Masing-masing konon tahu dan faham sangat selok belok politik Anwar, tapi dalam tak sedar mereka sedang diperbodoh-bodohkan oleh Anwar.

Pemimpin-pemimpin UMNO gunalah akal fikiran sikit. Carilah strategi-strategi lain yang lebih terkehadapan sedikit dari Anwar dan pemimpin pakatan yang lain. Barulah UMNO/BN akan berada di posisi menyerang. Sampai bila mahu berada di posisi pertahanan sepanjang masa.

Cukup-cukuplah membincangkan wajar atau tidak orang bukan Melayu menjadi TPM. Cukup-cukuplah menjadi mangsa diperbodohkan oleh Anwar ni.

Ikan masih di kolam dan belum pun ditangkap, tapi sudah tertipu dengan tindakan Anwar mempersiapkan ramu-ramuan untuk menggulai ikan. Anwar bukan nak siapkan ramuan dan rempah ratus untuk masak gulai ikan, tapi dia sebenarnya sedang siapkan ramuan untuk menggulai UMNO dan BN.

Apalah bodoh sangat kita pun sibuk ke hulu ke hilir menghabiskan waktu mencari ramuan yang lebih baik dari ramuan Anwar. Patutnya kalau bijak, pergilah cari jala, tangguk dan pukat untuk memastikan kita akan lebih banyak dapat ikan.

Bodoh…

4 comments:

  1. salam dato'
    saya amat bersetuju. kita kena tangkap ikan tu supaya dia tak boleh buat gulai walaupun ada ramuah paling baik kat dunia.

    ReplyDelete
  2. Setuju!! bertindak Bijak..

    ReplyDelete
  3. PEMIMPIN UMNO NI MNEMANG NAMPAK BEBAL...SETIAP BOLA TANGGUNG DI BERI AL JUBURI DISAPU OLEH UMNO...BIAR LAH NUAR NAK CAKAP APA PUN.. KALAU KITA LAYAN ORANG GILA KITA PUN IKUT GILA...CAKAP BANYAK BUAT APA... TANGKAP SUMBAT AJA.. , ISAKAN AJA... SENYAP MALAYSIA.. KALAU DI SINGPOKE PEMBANGKANG MCM DAP/PAS/PKR TAK HIDUP KALAU BANTAI KERAJAAN DI SANA...ATAU DI MANA NEGARA PUN TERMASUK ISRAEL. AMARIKA, UK DAN NEGARA YG MELALAK HAKA ASASI MANUSIA.. PADA HAL MEREKA LAGI TERUK...MCM PKR MANA KEADILAN PKR DALAM PARTI MEREKA PUN TAK BERLAKU ADIL...APA KATA TUN MAHATHIR KITA LANTIK KETUA UMUM BN ATAU UMNO..APA AKAN DI PERKATAKAN OLEH KAKI LIWAT NI....

    ReplyDelete
  4. bola lambung mmg ditunggu oleh pemain. Kalau dalam dunia politik, itu mmg disengajakan dan bodoh sangat kalau berpolitik tapi tak reti kerja politik. Siapa yang lambung dan siapa pula yang bodoh libas tak jadi hal. Anwar adalah anak didik dari rumah tangga UMNO, kalau dia bijak silat politik itu kejayaan pendidikan umno, tahniah! pihak umno juga melalui surat khabar merapu dan TV juga ke depan menjaja fitnah sehingga jenuh pihak lawan untuk membidasnya. Saya kira samalah main politik tu. Politik juga membawa Khir Toyo ke Mahkamah, pengalaman lepas kat praya adalah beberi kena korbankan tapi 'happy ending' akhirnya... itu kerja baik pemimpin dari UMNO. saya yg atas pagar ni tengok yee.. nanti masa mengundi kita terjemahkan di kertas undi.

    ReplyDelete