Wednesday, December 8, 2010

RAJA-RAJA MELAYU : SUDAH TERBALIK

Keadaan sudah terbalik. Hari ini Raja-raja Melayu lebih lantang dari pemimpin UMNO dalam memperjuangkan segala hak dan keistimewaan melayu yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan.

Dulu, sewaktu menentang Malayan Union, pemimpin-pemimpin melayu, diketuai oleh Dato Onn yang mendesak supaya raja-raja melayu bangkit melindungi tanah air dan umat melayu. Mereka mendesak supaya raja-raja melayu jangan menurunkan tandatangan untuk menyerahkan kuasa sultan-sultan kepada British melalui Malayan Union.

Akhirnya Raja-raja Melayu tunduk kepada desakan umat melayu waktu itu. Hasil dari desakan yang dibuat oleh umat melayu melalui platform UMNO, maka seluruh umat melayu begitu yakin dan percaya bahawa UMNOlah satu-satunya pertubuhan yang layak dan berkemampuan untuk memimpin umat melayu dan membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah.

Di sini jelas, umat melayu bersatu di bawah UMNO ketika itu adalah disebabkan keberanian, ketegasan, keikhlasan dan keinsafan para pemimpin yang memimpin UMNO ketika itu dalam memperjuangkan segala hak dan kedaulatan bangsa melayu.

Disebabkan perjuangan yang tidak kenal penat atau takut para pejuang UMNO ini jugalah yang menyebabkan raja-raja melayu ketika itu bangkit dari alpa, seterusnya menimbulkan azam, semangat dan kekuatan di dalam diri raja-raja melayu untuk menyambut perjuangan yang dibawa oleh umat melayu melalui UMNO.

Akhirnya terpeliharalah perkara-perkara pokok dan terpenting segala perkara yang berhubungkait dengan kedaulatan umat melayu seperti hal-hal yang berkaitan dengan kesucian agama, soal bahasa, tanah rezab melayu dan lain-lain yang sudah kita maklum pada hari ini.
Bagi menjamin kesemua fasa-fasa penting ini terpelihara rapi dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menyentuh atau mencacatkan apa-apa yang telah dipersetujui, maka ianya telah diletakkan di bawah kuasa raja-raja melayu sebagai pelindung dan benteng terakhir.

Maksudnya di sini, segala perkara pokok dan terpenting ini sangat-sangat kebal kerana ia bukan saja dilindungi oleh perlembagaan negara, malahan ianya dimeteri sekali lagi melalui kuasa raja-raja melayu. Tiada siapa pun yang boleh melarutkan segala hak dan keistimewaan ini tanpa persetujuan sebulat suara Majlis Raja-Raja.

Secara ringkasnya, segala kedaulatan ini telah dirangkum di dalam satu perkataan, iaitu ketuanan melayu. Pendek kata perkataan ketuanan melayu ini hanya satu istilah untuk meringkaskan keseluruhan maksud tersurat dan tersirat mengenai segala hak dan keistimewaan umat melayu.

Hari ini, perkataan Ketuanan melayu ini telah dipolemik dan dipolitikkan. Ia telah menjadi bahan perdebatan, diputar belit dan dikelirukan dengan pelbagai tafsiran sehinggakan ada yang mentafsir terjemahan makna bahasa secara literal. Mereka cuba menyamakannya dengan makna ‘tuan’ dan ‘hamba’.

Jika mereka yang bersekolah di SRJK mungkin kita akui mereka lemah dan tidak mahir berbahasa kebangsaan. Tetapi pakar bahasa yang mengambil kursus pengajian bahasa melayu seperti Anwar Ibrahim pun turut sama menggunakan kemahiran bahasanya untuk mengelirukan pelbagai pihak yang ada di negara ini.

Melayu-melayu seperti Anwar Ibrahim ini telah menjadikan isu ketuanan melayu ini sebagai ‘punching bag’ untuk mendapat sokongan bukan melayu.

Lebih malang lagi para pemimpin melayu yang berada di dalam kepimpinan UMNO lebih ramai yang menjadi penonton dari bertindak mempertahankan agenda ketuanan melayu yang sedang cuba diruntuhkan oleh puak-puak pengkhianat melayu yang bersekongkol dengan bukan melayu. Jika ada pun di kalangan mereka yang bersuara, mereka sangat berhati-hati dan seoalah-olah takut.

Sifat pemimpin-pemimpin UMNO ini samalah sepertimana sifat yang ditunjukkan oleh raja-raja melayu ketika timbulnya isu Malayan Union dulu. Sultan-sultan ketika itu begitu berhati-hati dan takut-takut serta seolah-olah hilang keyakinan untuk berjuang dan mempertahankan kedaulatan bangsa.

Jika umat melayu seperti Dato Onn dulu tidak berbuat sesuatu dan hanya menyerah kepada takdir akan kelemahan yang ditunjukkan oleh raja-raja melayu ketika itu, mungkin hari ini nasib institusi Raja-raja Melayu samalah seperti nasib raja-raja di Indonesia yang hilang entah ke mana.

Hari ini keadaan sudah terbalik. Kelihatannya, raja-raja melayu pula yang lebih bimbang dengan ancaman yang sedang menggugat segala hak dan kedaulatan umat melayu. Keprihatinan dan kebimbangan yang wujud di kalangan raja-raja melayu hari ini, jelas mengatasi kebimbangan yang wujud di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.

Dunia ibarat roda. Mungkin sudah sampai masanya raja-raja melayu pula yang bertindak menyedarkan para pemimpin melayu yang dalam kealpaan dan tidak langsung berkerut dahi melihat ancaman terhadap kedaulatan melayu yang sudah sampai ke muka pintu.

Di Indonesia, institusi raja mereka sudah pupus kerana rakyat tidak bangkit mempertahankannya sepertimana datuk nenek kita telah lakukan di Tanah Melayu. Hari ini, giliran raja-raja melayu pula kelihatannnya bingkas menyedarkan para pemimpin melayu yang sudah takut, hilang keyakinan atau hilang jati diri.

Sekalung penghargaan dan junjungan terima kasih buat raja-raja melayu…

7 comments:

  1. Maaf cakap, sebenarnya Raja-Raja melayu lebih bimbang tentang kemunkinan kehilangan kuasa mereka dari permasaalah umat melayu sebenarnya,
    Tentang pemimpin umno pula,mereka berdiam diri kerana Datuk Sri Najib telah pun memberi jaminan di perhimpunan agung umno baru-baru ini bahawa keistimewaan org melayu tidak munkin boleh digugat oleh sesiapa pun....apakah sdr sudah lupa....memang melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  2. Ampun Tuanku ! Sembah patek harap di ampun Tuanku ! Begitulah bunyi orang-orang Melayu terdahulu,yang hidup rukun dan damai,kesetiaan kepada raja dan negara kekal abadi,tersemat di hati.
    Namun,hari ini,semua itu hanya dongengan semata-mata,disebabkan :
    1. Rukunegara hanya sekadar menghiasi belakang kulit buku latihan anak-anak kita.Kalau dlm ibadat haji,cacat salahsatu rukun haji maka batal lah hajinya. Seharusnya kerajaan bertindak lebih tegas keatas mereka yang cacat rukunegaranya.
    2. Rata-rata pemimpin orang Melayu tidak berani memperjuangkan bangsa mengatasi agama. Ini disebabkan kerana ceteknya pengenalan erti Melayu itu sendiri.Para ulamak juga lebih selesa untuk berdiam-diri dari memberi penerangan kepada rakyat umum,barangkali mereka juga tidak kenal Melayu. Setidak-tidaknya,mereka boleh menerangkan kepada umum bahawa agama itu umpama NYAWA dan bangsa itu umpama TUBUH,sekiranya kita gagal memperjuangkan bangsa(tubuh),maka lambat-laun, agama(nyawa) hanya akan kehilangan rumahnya, ketika itu nanti sememangnya tiada berguna lagi.
    3. Pemimpin orang Melayu hari ini takut akan kehilangan kekayaan yang telah diraihnya.Bab ini memang susah nak cerita sikit sebab kepercayaan resmi negara memperakui tiket untuk kejayaan dan kekayaan dalam hidup ialah bidang politik.

    Seharusnya saya berhenti disini sebelum pegangan saya sendiri berubah.
    Wasalam.

    ReplyDelete
  3. Lucu tengok komen saudara yang terlalu fanatik dgn melayu. Abg sdr iaitu Aspan kelihatan macam dah putus arang dgn kepimpinan umno. saya kira beliau lebih berpengalaman dan berhujah dengan rasional. Mengenai ketuanan melayu, saya kira ini timbul ketika pemimpin umno yang bermasalah melihat umno kian lumpuh dan ditolak oleh sebahagian org melayu. Sebab itu ahli umno ada sokong Perkasa. Bila MCA sendiri terasa isu ketuanan melayu memberi kesan kepada mereka maka sebetulnya umno dan MCA berada dalam dilemma. Umno cuba meraih simpati melayu dgn isu ini tetapi china pula rasa kepanasan. Lambat laun china hilang kepercayaan terhadap BN dan tak mustahil BN lingkup lagi lepas ini.

    ReplyDelete
  4. Mahathir yang mula2 ajar melayu durhaka kpd Raja2.

    ReplyDelete
  5. Kepada Birah, penyapu PWTC, Ghalib mari dan penyamaran yg bkaitan..
    Komen anda hanya akan dilayan secara istimewa jika
    1. ia tidak lari dari topik pbincangan dan tidak terlalu mengikut nafsu ammarah.
    2. Tidak menyentuh peribadi dan tidak sekadar nak melepas geram.
    3. Tidak berlagak spt binatang padang pasir yg menyorokkan kepala dan hanya menunjukkan kejantanan dgn cara menonggengkan punggong.

    ReplyDelete
  6. sdr k.zaman, mln ini saya dtg dari jauh utk dengar amanat dari pimpinan Perkasa Tmn T.Jaafar Sban. saya dgr nama sdr sbg pengerusi Perkasa K.Pilah. sya kira hampir 1,000 org hadir dan tak dpt duduk dlm dewan. apa yg sya dgr dari ucapan pengerusi majlis, pengerusi Perkasa NS dan seterusnya wakil Brahim Ali, rata-rata mrk adalah ahli umno yg kecewa dgn kepimpinan umno skrg. slogan ketuanan melayu dan menyanggah keras pihak pimpinan kerabat BN yg mempertikaikan Najib.

    Najib sebetulnya berada dalam trek yang berliku dan terdesak. keputusan praya lepas yg menyebabkan BN hilang byk kerusi dan berlaku swing undi kpd Pakatan Rakyat menyebabkan Najib terpaksa mencari ramuan baru untuk bangkit semula. APKO iaitu anasir yahudi dibawa masuk utk menyumbang buah fikiran dgn upah jutaan ringgit. Saya percaya sdr juga setuju penasihat ini ada kaitan dgn yahudi antarabangsa, malah apa yg dikatakan Anwar bahawa agenda 1Malaysian adalah garapan APCO dari One Israel. Sya ada bukti beberapa agenda 1Malaysia skrg hampir menyamai agenda One Israel. ketika dunia tanpa sempadan ini maka kita boleh mencapai maklumat ini dgn cepat dan mudah. Kemudian Najib cuba menerima ramuan ini utk menarik perhatian rakyat.. malangnya, situasi di sini jauh berbeza.. betul ramai china dan india kagum dgn dasar tersebut tetapi ramai pula melayu berjiwa fanatik termasuk ramai ahli umno terasa panas miang. maka terbentuklah Perkasa di bawah minda giler2 raja katak yang dah lama terbuang. Beliau berjaya menarik ratusan ahli umno untuk menyertai gagasan giler2 ini. Sya kata giler kerana sanggahan Perkasa/ahli umno itu membuatkan Najib dan sekutunya begitu tertekan.. ahli umno sebenarnya berpecah!!

    bila sya dgr Pelawok kaki rasuah iaitu Isa Samad berucap.. apa sebab beliau dijemput? adakah beliau mewakili kumpulan kiri dalam umno negeri ini? sya kira beliau berhati2 utk sebulu dgn Perkasa yg menyanggah pimpinan umno.. dia suruh pilih Najib dan tolak Hadi/Nik Aziz dan Anwar. Najib dgn 1 M'sia sdg disanggah maka apa perlu kita sokong pulak? Isa perlu ingat dgn kehadiran beliau menyebabkan bukan melayu yg menyokongnya di Bgn Pinang dulu akan mengajarnya.. ini isu menarik utk Pakatan membangkitkan siapa Isa dan Perkasa NS telah menguasai UMNO negeri. Berlaku keretakan dlam umno dan MCA/MIC.

    Sya meluat bila dgr Isa kata Nik Aziz spt gasing melayu tiada taji atau senget.. dia melepaskan geram dan kebencian mendalam terhdap Mursyidul am Pas itu, org Pas dan melayu yg berbaik sangka kpd org alim ini tdak dpt terima cemuhan begitu. Beliau bukan sebarangan tetapi telah masak dlm asam garam politik sekian lama dan keilmuan mendalam dlm agama sukar dinafikan. w'pun pdgn beliau dirasakan sukar difahami sebgian melayu luar Pas, sya kira bagi org yg mendalami agama dan mendekati ulama tau kata-kata begitu tidak menyalahi tuntutan agama miskipun pahit utk ditelan oleh umum. Dlm hearaki Pas, Mursyidul am adalah ketua dalam Majlis Syura dan majlis ini dianggap badan utama di atas Jwtkuasa majlis presiden atau Pusat. Di sana terlihat Isa dan ahli umno jahil ttg hearaki kepimpinan Pas. Pas menolak umno krn dasar parti dan matlamat perjuangan. Sya faham umno mengharap simpati pas ketika mrk direndung malang tetapi sifat ego, abang bosa dan lebih tinggi maka mrk masih tidak mahu mengalah.. jgn marah jika pas tak sudi krn MCA dan Gerakan pun memendam rasa dgn sikap abng bosa umno. Jika Perkasa terus mainkan isu ketuanan melayu dan menyonsang arus pihak pusat maka praya akan dtg akan menyaksikan tragedi dahsyat atas BN. sila perhatikan Johor dan Srawak yg ramai pengundi China... tak mustahil 2 negeri ini terlepas.. Perkasa akan menjadi Perkasam yg boleh merosakkan gulai sebelanga. Ini pdgn saya sbg melayu tanpa parti.

    ReplyDelete
  7. S/usaha agong umno minta ahli umno menjauhi diri dari Perkasa yg dipimpin oleh MP Bebas dan tiada pendirian itu. Perkasa dirasakan bermasalah kepada cita-cita Najib maka saya bersetuju dgn pandangan kewujudan Perkasa akan memberi kesan kpd perpaduan dalam BN. Rata-rata kaum bukan melayu khasnya kaum China marah dgn cemuhan Perkasa. Kenapa komponen BN yg sedang bermasalah lalu diasak tubi oleh Perkasa yang dianggotai ahli umno? ketuanan melayu pada saya ialah benteng akhir sebahagian ahli umno utk meraih simpati orang melayu dan raja-raja melayu yang berada dalam kotak emas turut disinggung. Bgm kalau calon2 MCA dan MIC bertanding di kawasan majoriti bercampur nanti.. undi melayu akan berpecah kpd Pas/PKR manakala china akan menunjukkan protes sbgm p'raya lalu.

    Saya berpendapat Najib silap perhitungan dan dia dibeban masalah dalaman parti sendiri. Sejauhmana lakunya isu-isu skandal Anwar atau serangan ke atas kerajaan Pakatan, rakyat bermaklumat dan berpendidikan kini akan membuat perhitungan muktamat pula. Umno perlu berubah bersama Maal Hijrah tahun ini, kembali kepada peradaban sejagat berpaksikan syariat untuk mendidik ahli-ahli mengutamakan adab beragama. Lebih 50 tahun dinobatkan sbg tunjang bangsa tetapi gejala buruk juga yg terus diwarisi. Isu rasuah, salahguna kuasa, pemimpin tidak berakhlak terus memimpin umno. Ini semua jadi perhatian. Kenapa ahli-ahli umno takut menjadikan quran dan hadith sbg panduan parti?

    ReplyDelete