Sunday, December 26, 2010

SPESIS ANUGERAH TUHAN..

Anwar sangat bencikan TV3 dan Utusan Malaysia. Benci bukan kerana kekotoran fitnah dan tidak bebas, kononnya.

Budaya kotor media ini bukan salah sesiapa tapi salah Anwar. Dialah yang menanam bibit-bibit budaya kotor ini sewaktu media dikawal secara authoritarian oleh Anwar, iaitu sewaktu dia mabuk dengan kuasa secara berlebihan yang diberi oleh Tun Mahathir.

Anwar sangat bencikan budaya kronisma dan nepotisma.

Budaya ini tercipta bukan salah sesiapa tapi salah Anwar. Dialah yang menyuburkan budaya kronisma dan nepotisma ini sewaktu Tun Mahathir memberi muka secara keterlaluan kepada dia. Hingga hari ini budaya ini hidup subur dalam PKR yang sudah menjadi parti anak-beranak dan parti suku sakat.

Anwar sangat bencikan rasuah dan penyelewengan.

Budaya ini juga bukan salah sesiapa tapi salah Anwar. Dialah yang menjadi penghalang besar kepada musuh-musuh politiknya dalam UMNO ketika itu untuk melakukan rasuah dan penyelewengan kerana segala bentuk rasuah dan penyelewengan hanya dibenarkan untuk para kroninya sahaja. Selagi ada saham, permit dan konsesi, selagi itulah ia diagihkan hanya kepada mereka-mereka yang bertaraf kroni kepada Pak Syeikh.

Anwar sangat bencikan mereka yang tidak demokratik dan tidak transparen.

Budaya ini bukan budaya siapa-siapa tapi ia adalah budaya Anwar. Dialah yang merogol sistem demokrasi dalam UMNO apabila merampas jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan cara menggantikan sistem pemilihan yang berasaskan demokrasi kepada sistem pemilihan yang berasaskan limpahan matawang yang tidak terbatas.

Di dalam hal ini, Tun Mahathir patut disalahkan kerana selaku Presiden parti dan PM, beliau membiarkan saja segala budaya kotor ini dilakukan oleh timbalannya sehingga timbalannya ini hanyut oleh kuasa, wang dan wanita+lelaki.

Kesannya sangat besar hingga ke hari ini. Kesan terbesar ialah Anwar menjadi seorang yang tidak boleh sama sekali menerima takdir buruk yang berlaku terhadapnya. Anwar menjadi penentang takdir tegar. Tun Mahathirlah yang menyumbang kepada sikap dan budaya buruk yang dilakukan oleh Anwar sekarang ini. Tun Mahathirlah yang menjadi penyebab kepada sikap Anwar yang seolah-olah orang gila talak yang menentang segala perlakuan dan budaya buruk yang telah disuburkannya di dalam UMNO dan kerajaan.

Menjadi penentang nombor wahid kepada amalan tidak beretika media, membenci amalan kronisma & nepotisma, jijik kepada rasuah dan penyelewengan, benci kepada orang yang tidak demokratik dan tidak mengamalkan ketelusan. Pendek kata dia benci kepada semua amalan-amalan buruk yang telah menjadi darah dagingnya. Inilah penyakit orang gila talak.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menerima hakikat apabila dalam tempoh 24 jam dari seorang TPM yang tersohor dan ada segala-galanya telah bertukar menjadi seorang yang telah kehilangan segala-galanya.

Di sebalik semua musibah yang berlaku terhadap Anwar, sudah pasti ada sebab dan musababnya. Apa yang pasti, tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Ibarat kata Sayidina Ali, waima tersepak batu sekali pun, ia adalah akibat dari dosa-dosa kita.

Jangan sesekali Anwar cuba untuk menyamakan taraf dia dengan Nabi Yusof. Nabi Yusof memang betul-betul difitnah. Nabi Yusof difitnah bukan disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukan. Apa yang berlaku kepada Nabi Yusof adalah dugaan dan cabaran yang diberi oleh Allah dalam menyampaikan risalah kenabian baginda. Tapi apa yang berlaku kepada Anwar adalah musibah akibat dari perlakuan beliau sendiri.

Dek kerana gila talak, Anwar tergamak menyamakan diri dia dengan Nabi Yusof. Terakhir sekali beliau cuba ‘selit’ untuk samakan taraf dia dengan Aung Sang Su Kyi. Anwar juga pernah cuba menyamakan dirinya dengan Nelson Mandela. Tapi kita tak pernah pulak nak aibkan dia dengan menyamakan dia dengan spesis umat Nabi Lut.

Lihatlah perangai Anwar… kadang-kadang kita geli hati tapi kadang-kadang kesian. Tapi semua musibah yang terjadi ini adalah permintaan dari dia sendiri. Nak buat macam mana…

3 comments:

  1. buat sempadan je la... jgn buat tauladan. hehehehe (",)

    ReplyDelete
  2. Saya berharap agar dapat linkkan blog KL BOYZ di sini agar dapat dikongsi bersama pengunjung.
    Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Rais Yatim pun spesis anugerah jugak bro...

    ReplyDelete